Saturday, July 5, 2014

Menyusu Badan Di bulan Puasa

Assalamualaikum

Hi Everyone!Di bulan Ramadhan ni,sure ibu-ibu yang menyusukan anak di bulan puasa ni akan timbul beberapa kemusykilan tentang penyusuan bayi anda dan berpuasa,betul tak?Ok,ni YM nak share info yang YM dapat daripada pembacaan YM di babycentre.Semoga bermanfaat ye.


Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.
Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.


Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?

Perubahan dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.
Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda.


Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?

Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat (badan kurang air), anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda. 



Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa.

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu.


Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?

Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:
  • Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa.
  • Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.
  • Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.
Okay,YM harap info yang YM share ni boleh memberikan pemahaman yang jelas untuk kawan-kawan semua.Kalau dilihat daripada info yang YM share tu kan,kan ada pakar menasihatkan ibu menyusu yang berpuasa untuk mengambil index glisemik yang rendah kan?Selain daripada pemakanan yang disarankan YM juga sarankan ibu-ibu menyusu ni mengambil set penyusuan utk ibu-ibu menyusu yang berpuasa iaitu :


  1. ESP Shaklee - mempunyai index glisemik yg rendah,membuka rongga2 susu yang tersumbat supaya mampu mengalir dengan lancar dan memekatkan susu ibu.
  2. Mealshake Shaklee - penuh nutrisi utk ibu dan anak.Ibu menyusu perlu lebih nutrisi ketika berpuasa.
  3.  Performance drinks Shaklee - menyejukkan badan ibu menyusu ketika berpuasa dan memastikan badan sentiasa terhidrat supaya sentiasa bertenaga dan tidak menjejaskan penghasilan susu badan.
Ketiga-tiga makanan tambahan ni adalah sangat sesuai utk membantu ibu-ibu menyusu supaya sentiasa kekal cergas dan juga mampu menghasilkan susu badan seperti biasa malah lebih berkhasiat hasil drpd pemakanan seimbang dan penggambilan set penyusuan ini ketika berpuasa ni.Ketiga-tiga suplemen ni ibu2 akan bancuh sekaligus dan diminum ketika sahur.Rasanya sangat sedap taw! (^_^)

Jom!kita tgk testimoni-testimoni ibu-ibu menyusu yang berpuasa tapi masih mampu menghasilkan susu badan seperti biasa tanpa rasa bimbang penghasilan merudum.











 Kan?Ramai ibu-ibu yang happy kan?Kalau kawan-kawan YM nie nak try,contact YM k?


 Ataupun,kalau kawan-kawan ada debit/kredit kad,rasa nak beli sendiri,bolehh.... Klik je kat Link ni --> Shaklee Online Shop  

Link tu akan bawa kawan2 terus ke shopping cart utk item ni.Jgn risau Link ni 100% dijamin SELAMAT. Owh ye,selepas kawan2 buat pembelian melalui link ni,jangan malu2 contact YM kalau ada yang tak faham pasal pembelian online ataupun kalau nak konsultasi/tanya apa2 selepas pembelian ok?Mmg YM akan bg konsultasi berpanjangan khas utk pelanggan2 YM,inshaallah.

Oklah lovelies...tu je sharing YM for today.Kita jumpa next entry ye.Thanks a lot for spending your precious time here ya?Take care!


2 Sweet Words:

Nurul Says said...

pernah ada pengalaman menyusukan ketika berpuasa alhamdulillah semuanya ok tapi tak pernah ada pengalaman mengepam sebab masa tu direct feeding

Chic Na said...

ooo gitu ye.. selalu jugak dgr kawan2 yg risau breastfeeding ms puasa.. tq info kak.. :)