Tuesday, April 21, 2015

Tips menurunkan berat badan

Bismillah

Weyhhh laaa...sapa taknak slim melim uolss!ofkos la semua nak!YM tahu...Semua tgh hunting tips turunkan berat badan, tips nak kurus, cara menurunkan berat badan,dan mcm2 lagi la kan?Siap ada yang nak tahu rahsia artis kuruskan badan,specifically rahsia kurus artis Malaysia,katanyaaaa kan????
Well, meh YM share a few tips general yang sememangnya mampu menurunkan berat badan kalau kita betul-betul berdisiplin,retis-retis tu pun buat benda sama la nak turunkan berat badan,hehe


So ni antara tipsnya yer.. :
- Kuatkan keazaman untuk turunkan berat badan!Anda sanggup buat apa sahaja untuk menurunkan berat badan,selagi tak memudaratkan diri sendiri la.Contohnya buat benda-benda yang membahayakan kesihatan diri sendiri.
- Berhenti makan semua makanan yang berunsurkan "simple carbohidrat" seperti tepung,gula & kentang.Makanan jenis ni akan menaikkn paras gula dalam darah dan pankreas akan melepaskan insulin untuk menukar semua lebihan gula tersebut kepada lemak.
- Minum air masak/kosong lebih kerap.Kurangkan meminum minuman bikarbonat,jus buahan yang diproses dan sebagainya.Air kosong akan membantu untuk membuang toksin daripada badan.
- Meningkatkan pengambilan fiber dalam diet harian anda.Cuba makan 5 hidangan buah/sayuran dalam sehari.Fiber mampu membantu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan menyekat selera makan kita yang membuak-buak.Kebanyakkan makanan yang berunsurkan fiber ni sememangnya sangat rendah lemak.
Thats why YM sarankan supaya client YM mengamalkan Cinch Mix Shaklee yang sememangnya kaya dengan fiber.Memang ramai client YM yang inform sejak amalkan Cinch Mix nieh,diorang rasa kenyang lebih lama dan sekiranya mereka minum Cinch Mix 1/2jam sebelum makan tengahari ataupun malam,mereka akan makan dlm kuantiti yang sedikit sebab Cinch Mix akan membuatkan diorang rasa kenyang.Takleh nak push makan lebih-lebih dah.Hehe.
Minuman yang mengenyangkan!
- Menaikkn metabolisme badan.Cuba untuk makan 5 hingga 6 kali sehari dlm kuantiti yang sedikit dlm masa berselang 2-3 jam between meals.Lebih kerap makan adalah bagus untuk menaikkn metabolisme badan,tapi bukan dalam kuantiti yang banyak ye.So,bila metabolisme badan naik,badan kita akan menjadi pembakar lemak yang bagus.
Kami di shaklee juga suggest Lecithin untuk membantu badan membakar lemak kerana lecithin secara semulajadinya adalah pemecah lemak.So,bila amalkan Lecithin ni,ini akan menghalang badan kita daripada menyimpan makanan yang kita makan sebagai lemak dan menyingkirkan ia daripada badan.Awesome bukan?Kalau nak try, whatsapp je number tertera ye.Harga mmg sangat-sangat berpatutan,dun worry.
- Kurangkan memakan makanan yang diproses seperti,makanan segera (pizza,burger,kentang goreng,dll),makanan yang tinggi sodium seperti maggi,makanan dalam tin
- Jgn makan di waktu malam.Di waktu malam,badan kita telah pun bersedia untuk tidur dan secara semulajadi memperlahankan proses-proses dlm bdn kita.So,bila kita makan di waktu malam,apa yang kita makan tersebut tidak mampu diproses dengan baik oleh badan dan akan disimpan sebagai lemak di dalam badan.
Kita sememangnya mampu dapatkan berat badan ideal sekiranya kita rajin berusaha untuk mencapai matlamat kita.All the best semua!
Owh ye...nak tahu apa rahsia Ibu beranak 3 ni turun 20kg??? Tonton video comel ni ye...hihi..

                  
Maklumat Lanjut, sms/whatsapp YM : 011-21121422

Wednesday, April 15, 2015

WW : Rindu Abah!

Bismillah

Tetiba je sayu bila tengok adegan anak peluk ayah kat drama nieh.Tetiba pedih rasa kat ulu hati...tetiba bergetar rasa seolah-olah boleh rasa pelukan abah.Allah...Allah...rindunya kat Arwah Abah!

Ada beberapa perkara yang YM sesalkan sebab tak sempat buat sebelum abah pergi...Tapi,yelah..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya.
                                                          

Tuesday, April 14, 2015

Tips Penjimatan : Cara mengekalkan kesegaran Ikan

Bismillah
Pagi kelmarin,awal-awal lagi lepas brekfast YM pegi beli ikan Fresh kat tepi jeti Kuala Kerteh,dekattt je ngan umah YM (dalam 5 mins je ngan keta).Stok ikan dah clear kat Fridge.So,memang dah rutin la stock up ikan,so takyah beli ikan hari-hari walaupun Pasar Basah boleh jalan kaki je dari rumah tu about 5 mins dah sampai.Memang selalu beli ngan abg kat tepi jeti bawah pokok ni coz harga ikan dia agak murah berbanding ngan YM beli kat Pasar basah tu.
Bila nampak je muka YM ngan asben keluar dari keta,abg tu terus je cakap.. "ha,meh beli ikan nie,fresh lagi baru je naik dari laut!Harga hari ni pun tgh murah nieh.Ikan kembung RM12 sekilo,biasanya RM14 kan.Ikan pun gemuk-gemuk,hijau-hijau2 lagi".Panjang pulak abg ni pot-pet,hihi.Tapi YM suka je dengar,at least kita dpt info dan kita taw dia mmg jenis peramah kan?
Bila YM tengok sendiri ikan tu...wahhhhh!mmg fresshhh uols!Takdenye mata merah or lembik-lembik.Keras lagi haaaa.Memang kalau masak,manis la rasa ikan tu.Nyum-nyum.Dah terbayang bila goreng cecah sambal belacan/air asam/budu or Tempoyak,perghhh!terangkat!
So,YM pun borong 2 kilo skligusIkan Kembung tu.Abg tu pun kata,sementara murah ni,better la stock up lebih sikit.Yelah,betul juga kan?sementara dapat berjimat nieh,better la beli lebih sikit,at least boleh la jimat RM4 (dah lepas dah GST utk 1 resit tu,kikiki).Then,YM beli Ikan Mudok sekor yang bersaiz sederhana nak buat masak Gulai nanti.Ikan Mudok mmg best uols.Nak-nak kalau fresh!
Bila dah sampai umah,YM pun terus asingkan ikan-ikan nie ikut invidual pack.So,bila nak masak,takdelah YM kena keluarkan semua untuk defroze kan?Selalunya setiap kali masak,YM akan masak dalam 2 - 3 ekor camtu.Al-maklumlah,My asben n son mmg suka sangat meratah ikan.Hihi.
Bila dah asingkan 3 ekor dlm setiap bag tu, so YM dapat la 4 bags.Oklah kan,utk 4 kali makan.YM memang dah lama buat camni dan ikan mmg rasa fresh dan tahan lama berbanding dengan kita letakkan dalam satu bekas,then bila nak masak kena keluarkan semua ikan-ikan tu utk proses defroze.Coz biasalah kan,kita selalunya kalau nak percepatkan proses defroze tu akan rendam fish tu dengan air kan?so teknik tu la akan buat ikan tu cepat rasa tak best.
At least,bila kita dah asingkan ikut kuantiti yang kita masak setiap hari,ikan yang lain takdelah kena keluarkan sekali kan?dok la diam2 dalam deep freeze.Hehe.Selain menjimatkan masa dan minyak,takyah berulang banyak kali ke Pasar,ikan pun fresh kan?
Selamat Mencuba kawan-kawan!

                                                   

Monday, April 13, 2015

Melepaskan "Stuff" kesayangan itu sukar,tapi berbaloi!

Bismillah


Tudiaaa..lama benooo tak update blog ha.Punya la busy sampai tak nyempat2,hihi.Idea tu memang ada,tapi tak sempat nak mencurahkan pada blog je.YM busy sikit ngan proses let go barang-barang lama yang masih elok dan yg masih ada value.Plus,YM busy juga attend appointment doctor untuk my son & myself also.Huhu.
Kebanyakkannya YM let go Tudung-tudung YM.Tak sangka uols,ramai juga peminat tudung2 tu.Of course la YM reducekan 50% - 60% daripada harga asal.Yelah,prelove kan,takkn la nak jual mahal-mahal.Tapi kan,ramai je YM tgk yang let go Preloved items tu dengan harga yang agak mahal.Sudahnya,lambat sangat terjual.YM nak percepatkn proses tu,thats why YM jual murah-murah je.Lagipun brg2 tu semua kan kita dah guna,jadi bg YM mcm tak elok pulak kita jual memahal kan?Lagipun tak nyabo gak clearkan otak serabut bila nengok almari tu.Bila almari pakaian dan tudung2 tu dah banyak space yang kosong,rasa alahaiiiii leganya.Rasa happy je tgk tak banyak sangat dah barang dlm tu...almari boleh bernafas dgn bahagianya,hihi.
Mmg tak dinafikan time nak let go semua tudung-tudung tu kan,rasa mcm lahaiii....semua taknk let go taw,sayang sangat rasanya.Tapi bila memikirkan nak clearkan almari yang melimpah tu dan nak jayakan plan debt-free YM tu,ok...kuteruskan jua.Alhamdulillah,hasil let go tudung-tudung & baju-baju lama yang masih sangat elok,adalah hasil dalam RM400+. Not bad kan?Boleh la YM guna untuk bayar hutang2 berkaitan dan buat saving sket.Perjalanan YM untuk debt-free masih terlalu jauh,tapi inshaallah target YM tahun ni juga setel 3 keping CC tu.Aminnnn...no more hutang CC dah lps nieh.Inshaallah.

Owh ye..pada kawan-kawan yang nak tahu apa tips YM clearkan wardrobe yang melimpah tu, boleh baca kat sini ye-- > Tips Mengemas Almari yang Melimpah!
Ok juga la YM let go brg2 nie coz al-maklumlah skrg ni kan dok heboh pasal GST tu,so at least boleh la YM dpt income tambahan sikit kan.Lagipun,YM masih lagi dlm proses menabung utk simpanan pembedahan Jantung anak YM,Aryan nieh.Mudah-mudahan la dipermudahkan.Moga-moga YM konsisten dalam usaha YM nak setelkan segala hutang-hutang piutang nieh.

Ada juga beberapa barang yang YM bagi pada sedara-mara yang YM tahu diorang mmg sgt perlukan.Ofkos,tudung2 dan baju2 yang masih elok.At least,manfaat berterusan bila kita cuba membantu kan?Lagipun,bila barang-barang ni berkurangan dan tak melimpah sangat kita boleh hidup dalam keadaan yang lebih tenang dan aman tanpa berserabut kepala menengoknya kan?Hidup pun lebih manageable kalau tak banyak sangat stuff dalam rumah kita kan? :)