Wednesday, March 28, 2012

Didik Mereka agar Mereka Doakan kita Nanti

Assalamualaikum...

Hati ibubapa mana yang tak bahagia kalau anaknya, uiii!bijak, cerdik, genius & berbakat kan?Kalau YM pun YM bangga.Tapi, sebagai seorang Muslim semuanya hendaklah seimbang, dunia dan akhirat tak gitu?

Tersentuh hati dan naluri keibuan YM bila tengok gambar nih.


Gambar nih YM shoot kat Surau Mall, tempat YM keje. Si anak dan ibu masuk ke surau sebaik sahaja YM selesai menyempurnakan kewajipan. Mata YM tak lepas kat kanak-kanak nih.Dia lain sangat daripada kanak-kanak yang selalu YM tengok masuk ke surau sebelum nih.

Terdetik di dalam hati YM ketika itu,apa la teknik yang digunakan oleh si ibu hinggakan anak yang baru berusia lingkungan 4 tahun itu sudah mahu bersembahyang bersama-sama ibunya.I'm so impressed!

Betul la ada yang mengatakan Ibu adalah pendidik utama yang terbaik untuk anak-anak.Bukan nak kata ayah tak mampu mendidik dengan baik, tapi sentuhan seorang ibu tu sangat-sangat meninggalkan kesan.Semoga YM selalu ingat apa yang YM tulis ni, insyaallah.


I am sooooo takjub taw bila tengok dua beranak ni sujud bersama-sama.Ya Allah....I really hope soon i can bow down to You the Greater Creator, together with Yayan nanti, insyaallah.

"Melentur buluh, biarlah dari rebungnya", yes i agreed. Yelah, kalau sudah menjadi buluh,takut-takut tangan kita pulak yang terluka kan? Diri YM sendiri pun masih terlalu banyak here and there to be improved.Dah jadi parents ni kene pandai-pandai la tunjukkan contoh teladan yang baik kan?

Semoga kita mampu memberi didikan terbaik untuk anak-anak dan semoga mereka mampu mendoakan kesejahteraan kita di alam Barzakh kelak.

Ya Allah, bimbing hati kami,Ya Allah. Tunjukkan jalan terbaik untuk kami didik anak-anak kami.Amin.

13 Sweet Words:

LYAfrina said...

bgusnya... sejuk j hati.. itulah ..mdidik anak biar dari kecik..bru sng dilentur kan

PCL said...

ajar yg baik2 utk anak2, kalau tak ajar secara direct pn..mmg kanak2 suka mengikut apa yg dia nampak dan perhatikan so, bila kita khususnya keluarga terdekat buat yg baik pasti dorang ikut...yes, kepimpinan melalui teladan cmtu.

- AZIE - said...

bagus btl..memg susah nak jumpa budak2 yg umur mcm nie boleh ikut solat sama..semenya dgn didikan ibubapa kan

@e_da said...

bertuahnay si ibu mendapat anak begini kan.. semoga kita juga berjaya mendidik anak kita seperti ibu itu insyaAllah

Aine Ainun said...

Betul ym, sebaiknya dlentur dr rebungnya...

Insyaallah niat baik ym tu,
semua org mngharapkan yg terbaik utk anaknya...

Riena Haiqal said...

tersentuh hati saya.. semoga saya juga mampu mendidik anak saya menjadi insan yang soleh dan terbaik...

farhanamasdo said...

tapi sesetengah anak . bila dah besa . ta ikot ckp ibu dah . T.T

Deru Ombak said...

Sweet sgt...

Kasih sayang tersangat penting dlm sesebuah keluarga.

Unknown said...

moga anak kita anak solehah...

Neeza.Areef said...

semoga kita juga mampu utk mendidik anak2 kta sebegitu amin

Miss N™ said...

insyaALLAH..nur rasa, YM juga mampu didik Yayan. kalau boleh, sebelum YM nak solat, bersihkan yayan dari sebarang kekotoran, tukarkan pempers baru, pakaikan dia baju yg elok2.

lepas tu, YM dan YD boleh solat depan yayan, xpe biar yayan tgk, nanti lama2 dia akan terikut.

tengah solah tu, yayan datang dekat pun YM xperlu risau dah, sebab dia dah bersih.

nanti cuba YM buat, kalau yayan tanya YM buat ape, YM jelaskanlah, dan ajak dia ikut sekali. InsyaALLAH, dia pun akan suka nanti.. :)

YM panjang pula komen ni, maaf ye.. :)

eija_sweetmama said...

Insyaallah, moga kita semua berjaya mmberi didikan yg sempurna dunia & akhirat buat anak2 kita..

anak eija Zaquan selalu gak akan ikut kita bila kita sembahyang, tp selalunya mmg dia byk kacau dr ikut bersembahyang..tp selalu ingatkan dia supaya ikut sembahyang disebelah bkn kacau duduk di hadapan mama bila sembahyang..

Unknown said...

betul..kena didik anak2 jadi yag terbaik kerana satu hari nanti doa2 mereka lah kita prlukan