Assalamualaikum....
YM ader terbaca dalam satu magazine mengenai sorang Anak yang merajuk dengan ayahnya gara-gara ayahnya tidak membelikan kereta sport yang dijanjikan sebaliknya memberikan hadiah senaskah Al-Qur'an buatnya kerana mendapat gred yang bagus dalam peperiksaannya.
Dia marah dan merajuk lalu meninggalkan ayahnya dan rumahnya untuk hidup berdikari di luar sana. Rajuknya sampai taknak jumpa ayahnya hinggalah suatu hari dia dikejutkan dengan berita kematian ayahnya.
Bila wasiat dibacakan, semua harta benda kepunyaan ayahnya diletakkan di atas namanya. Rasa sebak menguasai dirinya.
Dia pun kembali ke rumah ayahnya.Dia melangkahkan kaki masuk ke bilik ayahnya. Tiba-tiba terlihat olehnya senaskah Al-Qur'an yang dihadiahkan oleh ayahnya kepadanya yang masih tersusun kemas. Lantas dia pun mengambil al-Qur'an tersebut dan membeleknya.
Subhanallah!!! Dia kaget!! Betulkah apa yang dilihat olehnya?????
Di dalam al-Quran tersebut, ayahnya menyelitkan kunci kereta yang diidam-idamkannya itu.Rupa-rupanya, ayahnya memang mahu memberikan apa yang dia mahu tapi bersama-sama dengan senaskah al-Qur'an itu!!
Menyesal.Menyesal.dan terus menyesal si anak atas perbuatannya.
Tapi, sudah terlambat.Ayahnya sudah tiada di dunia ini.
Kita seringkali menolak rahmat dan keberkatan kerana ia tidak selalunya di persembahkan dalam seindah indah rupa..
Benarlah sesuatu yang manis itu kadang kala dibalut dengan kepahitan..
Sesuatu yang indah pula dibalut dengan kesusahan...
Fikir-fikirkan...
Friday, March 16, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Sweet Words:
betul....selalunya mcmtu la...
pasti ada hikmahnya...=)
sedihnya baca kisah ni..moga kita djauhkan dgn sifat tamak harta...
betul tu. setuju sgt.
ini citer betul ke sis?
perghh kalau citer betul,menyesal tak habis habis laaa anak tu... >_<
manusia.. sentiasa dengan keluhan.. tapi akhirnya.. punya kemanisan..
menyesal dah tak berguna..
Sedih nyaa huhuuu
terkesan, tapi menyesal yang tidak boleh terus di sesalkan kerana mungkin ada hikmah yang besar tersembunyi hanya Allah yang maha mengetahui.
semua tu pasti ada hikmah di sebaliknya.... menyesal pun dah tak guna
sedihnya bca..! nape lah si anak snggup tggalkan ayah di sebabkan kereta..
dan myesalpun xgunakan..
Post a Comment