Assalamualaikum....
Semalam, YD citer yang ada dua kes culik happened in our area.Oh!My! I'm really freak out!Parents mana yang worry kan, sure tak senang duduk la. Tambah pulak, Yayan sekarang ni dah boleh berjalan sendiri, pastu memang peramah yang amat eventho ur a stranger!
Kalo ader sesapa datang umah.Cepat-cepat Yayan tu g tengok sambil sengih-sengih menggoda.Then say "Hi", bila soh shake hand, dier siap tambah hug and kisses lagi haaaa....hamboi...hamboi....Kalo org nak ajak pi jenjalan kan,sesapa jelah, walaupun dia baru je kenal brpa saat, wahhhh!pantang! Terus je ikut kooo!Siap say bye-bye and flying kiss to YM.ceh!kecuttt ati YM taw!sampai ati!uwaaaa!!!nasib baik la Yayan tu terer bab-bab nak pam hati YM bagi kembang balik lepas tuh.ekekekeke.
Ermm...disebabkan keramahan yang melampau ni la, YM dah atur strategi utk dia. Yelah, we have to protect our kids kan? Jom!sama-sama kita belajar tips untuk mendidik anak-anak mengenai Orang Asing a.k.a STRANGER !
Tips Elak Anak Hilang!
1. Menjelaskan maksud / definisi orang asing atau "stranger" pada anak-anak.
Memandangkan kanak-kanak sukar memahami maksudnya yang kompleks, jadi terangkan dengan konsep yang mudah. Beritahu mereka yang "stranger" adalah seseorang yang kita tidak perkenalkan kepada dia.Jangan beritahu yang "stanger" ni merbahaya ataupun jahat tetapi tidak dikenali dan mereka perlu berhati-hati.Jgn sesekali menakut-nakutkan mereka pula sebab mereka akan berasa tidak selesa atau malu-malu apabila berhadapan dengan khalayak ramai.
2. Beritahu anak-anak jangan pergi ke mana-mana dengan orang yang tidak dikenali.
Terangkan kepada anak-anak walaupun orang asing / orang yang tidak dikenali tersebut kelihatan terlalu baik dan peramah, ia tidak selamat untuk berjalan kaki dengan mereka apatah lagi masuk ke dalam kereta asing. Tidak perlu terangkan secara terperinci mengenai bagaimana orang asing mencederakan kanak-kanak, memadai dengan menegaskan ia tidak selamat sahaja. Perlu jelaskan kepada anak-anak bahawa BUKAN tugas mereka untuk membantu orang dewasa untuk menunjukkan lokasi rumah atau apa-apa sahaja kepada orang dewasa.Jika orang dewasa benar-benar memerlukan bantuan dia boleh meminta bantuan atau bertanya pada orang dewasa yang lain.
3. Didik anak-anak bahawa its okay untuk bercakap dengan orang asing dalam keadaan tertentu.
Sekiranya, ahli keluarga yang dewasa memperkenalkan mereka pada orang asing, ia tidak merbahaya untuk mereka bersikap lebih sopan dan menyapa orang tersebut. Didik mereka juga mereka perlu mendekati dan meminta bantuan orang asing sekiranya mereka sesat ataupun ibubapa atau sesiapa yang menjaga mereka mengalami kecederaan. Tekankan kepada mereka untuk tidak pergi bersama orang asing atau masuk ke dalam kereta orang asing kecuali seseorang itu memakai pakaian seragam Polis ataupun Bomba.
4. Pastikan anak-anak mempunyai beberapa orang yang mereka kenali dan PERCAYA.
Ibubapa haruslah perkenalkan orang-orang itu dengan mereka. Sekiranya perlu, ibubapa bolehlah menyediakan satu senarai orang yang dipercayai yang boleh menjemput anak-anak anda jika anda berhadapan dengan kecemasan. Jangan sesekali letakkan anak-anak di dalam situasi di mana mereka harus pergi bersama seseorang yang mereka tidak kenal dengan baik.
Sama-sama kita didik anak kita untuk berada di dalam zon yang selamat.
Gud luck, uols!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 Sweet Words:
ye betul tu, sekarang ni macam2 kan...
bagus tips yang u providekan ni YM... :)
and gambar yayan kat ujung tu tetap epic.macam2 dialog boleh diedit masukkan dalam gambar tu...hehe
Bebudak ni ym kenkadang dh cakap banyak kali tp dia ttp buat gakk...hrp2 kita yg dewasa ni sentiasa mengawasi anak2 kita agar tak terjadi lagi kes anak hilang
tips yang baik...sama2 lah kita menjaga anak2 kita...
Mmg betul, seriau je kan... Sian budak tu, katanya sorg laki ngan pompuan amik Dia naik moto
hihii mmg risaukan bila kita tahu dkt area kita ada ank ilang... tambah2 lg kita pun ada anak kecik..
Pastikan penjaga bersama2 kanak2 ketika mereka bermain di lauar rumah...
Jemput singgah ke blog Koding...
dunia sekarang penuh dengan ancaman bahaya. and strangers being everywhere! so, must be extra careful and take good care of the kids. make sure they're always with you!
mak ayah mana x cuak,kan..smoga sentiasa dlm lindunganNya~ =)
salam kenal kembali~ ^^
salam singgah..nice entri..amat berguna ni utk HM praktik dgn anak2...
nnt klu Hm p terenganu lg..HM dtg jmp Ym k..kita hang out sklai..pasti best..ni email Hm camrynnn86@yahoo.com.my
baru je semalam pi pasar malam kerteh beli anak pokok limau purut.. hehe.. Kat mana ada budak hilang tu.. baru je baca surat khabar pasal budak hilang.. risau sungguh sekarang ni bahaya ada di mana2 je...
Owh, ym pun p pasar mlm semlm, hehe.my hb kata kat area paka, hati2 ye dieyna.takut la skg ni.
amboi...ramahnya dia..siap hug n kisses..kalau my niece jumpa org luar je terus muka masam mencuka..peluk tubuh je kalau suruh salam..
takutnye la skrg kan..mcm2 kes
Mifz pun buat maso nih dengan sesiapo pun dia nak....masih tak reti takut lagi...hehe
Post a Comment