Assalamualaikum....
Alhamdulillah, hari ni Ahmad Dhani Aryan a.k.a Yayan dah pun genap 2 thn 2 bulan 21hari.Syukur alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan untuk kami menjaga,mendidik dan menyayangi dia sepenuh jiwa.Setiap hari ibu tak pernah lupa memohon pada Allah untuk panjangkan usiamu, buah hati ibu.
Sebagai seorang ibu kan, miracle word atau perkataan keramat yang paling ditunggu-tunggu terpacul keluar daripada mulut anaknya ialah "Ibu" atau "Umi" atau apa-apa panggilan yang sewaktu dengannya.
Yayan tu YM dah bahasakan diri YM "Ibu".Setiap hari YM ajar dia sebut perkataan tu.
Tapi memang dia tak pernah mahu menyebut. Bila YM ajar dia sebut, dia senyap je, buat muka heran.Maybe dalam hati dia " Apa la yang Ibu dok bebel tiap2 ari ni???"
huhu.
Tak sabar rasanya dia sebut perkataan tuh. Kawan-kawan YM yang lain, anak-anak diorang kebanyakkannya bercakap lebih awal daripada Yayan. Berjalan pun lebih awal daripada Yayan. Umur Setahun je, most of them dah boleh berjalan.But, Yayan tak. Mula tu YM agak risau gak, yelah umo dah setahun lebih dia masih takleh jalan.
Tapi, bila YM fikir-fikir, Yayan ni agak special sebab dia sakit.So, maybe perkembangan dia agak berlainan drpd kanak-kanak lain. Lagipun, setiap kali dia nak move into next phase dah kene operate, yelah dlm masa 2 tahun dah 3 operations dia lalui.So, terbantut sekejap.Yelah nak tggu luka kat dada dia tu betul pulih then baru le boleh meniarap ke atau berjalan ke atau berlari ke. ATAU Maybe jugak sebab kandungan oksigen dalam badan dia tak sama macam kanak-kanak normal, so dia perlu lebih masa berbanding mereka. Maybe.
YM perasan lepas operate kali ke-3 tuh, masa Puasa last year, lepas tuh baru dia start nak berjalan. Masa tuh, Ya Allah syukur sangatt...ahamdulillah. Walaupun masih terhuyung-hayang, but its a progress kan?
Banyak-banyak words yang YM ajar, perkataan "Ibu" tak pernah mau disebutnya. Dia boleh sebut "Bye", "Jom", "Baby", "Hi", "Muah" & and even "Ayah" but NOT "IBU". Tapi biasalah, pelat sikit. sebut Jom= "Tom", Ayah= "AH".huhuhu.Tapi sebut Baby, Hi & muah, perfecto!(^_^).
Then, yesterday.....YM ajar dia sebut lagi perkataan "Ibu".Sambil tu YM tgk TV, so taklah fokus sgt. YM sebut "IBU", dia menyahut balik.Tapi perkataan tu tak bape jelas. So, YM biarkan jelah.YM sebut lagi...."IBU", then dia sebut kuat sikit....
" E-YA!" Yayan sebut.
"IBU" YM ulang lagi.
"E-YA!"Yayan sebut, kali ni memang betul2 jelas.wahhhhhhh.....happynya YM. Walaupun sebutan dia tu ke laut...tapi, YM tahu apa yang dia sebut tu IBU!Yay!!!akhirnya...
berbaloi usaha Ibu selama ini."E-ya" pun "E-ya"la anak ibu, takpe....(^_^)
Tiada perkataan yang mampu YM sebut selain daripada perkataan Alhamdulillah.Syukur Ya Allah atas nikmat terbesar-Mu ini.
and Now, I have to teach Yayan other words.Have to go.
Yayansmum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 Sweet Words:
rasa terharu kan bila anak panggil kita... semoga yayan terus sihat membesar ya...
Ariq pun masih pelat compare dgn kakak dia masa usia ni.. dia pun dah masuk 2 tahun 3 bulan.. dia mmg susah nak sebut U.. vocal yg dia boleh hanya A dan I.. U mmg susah... maybe sbb tu jugakle Yayan susah anak sebut U (IBU) kot... jangan risau.. baby boy mmg selalu pelat dan lambat ckp compare girl.. Yayan ok... dia manja je tu.. hehehe :)
anak haza ketiga2 nye lambat sebut IBU... yang di sebutnye ABU.. hikhikhik si kecik pulak 1st panggil haza MAMA (ikut my niece panggil maknye)tapi sekarang boleh sebut AVU... ok la ade bunyi2 sikit :p
sabar kak..nanti mesti dia pandai sebut..!
bila dia dah pandai sebut, dari jauh lagi terjerit2 pnggil ibuuu..!!!
nyaring je...:)
masa Kak Long lambat berjalan dulu pun risau jugak. sebab dia premature. takut ada masalah. tapi bila fikirkan semula. baby tak sama perkembangan dia roang. ada cepat ada yang lambat. tak kira la apa pun yang penting dia sihat.
syukur Yayan sihat sentiasa...berkat mummy dia yang penyayang... :)
harap2 dia akan jadi manusia yang berjasa kepada manusia sejagat bila da beso nanti...hehe...alamak,skema pulak ayat...ekekekek :P
YM, apa kata kita tukar pandangan...hehehe
p/s : anda di #tag untuk segmen ini http://faizfakhirin.blogspot.com/2012/03/7-perkara-sebelum-mati.html
Salam.
Orang kata budak memang susah sikit nak sebut perkataan ibu. Anak buah saya pun baru je baru2 ni reti nak sebut ibu. Tapi, memang jarang dia sebut. Selalu sebut ayah je. Tapi, dia reti sebut "acik" :"> heee
yayan jadi anak yg baik taw..jaga parents bebaik taw!!
Inilah jawapan sebenarnya ain tak hupdate belog selama 2 minggu.(entry bergambar).
yayan pekabo harini?sihat tak?heheh
Yayan sihat je, masih tido lagi.ekeke.Tu la, smlm YM ajak die p tgk baby baru kat umah mmber, sudahnye, pkl 10.30mlm baru tido.Dier tgh qada' tdo ler tu.ekeke.
ekeke...kelakar kan, bila dengar kepelatan diorang, :)
sweet moment! yayan good boy!
Semoga yayan terus sihat membesar spt kanak2 yg lain...
salam kak.. change blogfeed dkt blog saya,dah tamat untuk february ye.. tq so much sis!
comel yayan ni..
saat anak petama kali panggil nama panggilan kita tak kira la ibu ke mama ke mak ke, momen tu laa paling indah kan...
dah besar esok Yayan boleh geng dgn Mifz nih...:)
x sabar nk ada anak sendiri..lama-lama nanti msti yayan pandai sebut 'ibu'
Post a Comment