Assalamualaikum....
Hari tu YM buat Kueh Cucur Hypo. Aisey, silap pulak!Kueh Cucur Badak. Tak sempat nak update and tangkap gambar Cucur Badak tuh siap digoreng ko!Lupa, sebab melahap tak hengattt doniaa.
Cucur Badak dah siap ditelan semua, baru tingat, alar!tak hambekk gambar!owh, tidak! Skg ni baru terhegeh-hegeh nak update.kehkehkeh. hari tu YM buat banyak, buat utk frozen skli, so senang, rasa nak makan je, unfreeze kan, goreng, then Ngap je. :) Jimat, takyah nak beli2.Froozen food dah ader dalam fridge. (-_^).
Maka, terpaksa le daku meminjam khidmat Google utk pic ini..huhu |
Tapi, dek kerana asyik teringat akan kewujudan mereka di dalam fridge, Kueh tu habess dalam masa 2 hari sahaja.Aisey....sangat cepat!Ape taknya, pagi petang-siang malam dibedal.hehe.
Bila dah buat frozen food, YM panggil Cucur Badak tuh, Choh-Choh-Bah-Daa, hikhik...cantik tak nama dier??comercial sikit bunyi. haha!*byk la komersial!*
Okay, meh sini, YM ajar buat kueh ni dengan cara yg sgt senang.
Kupas Ubi keledek dan potong gini, supaya ubi tu cpt masak. YM suka guna Ubi kaler nih sebab Ubi kaler nih sgt sweet dan sgt memberi kerjasama pd YM.
Kemudian, rebuskan sampai empuk.Boh garam sket yer.
Sementara, tggu Ubi tu empuk. Sediakan Bahan INTI pulak k? ni- Bwg Merah+Serai+Cili Kering (yg telah direndam ngan air Panas terlebih dhlu)
Kemudian, zrenggggg! B-L-E-N-D
Udang Kering - sila basuh bersih-bersih okey? |
Nih Kelapa yg YM beli kat Pasar Tani.YM freezekan kat Fridge sebab tu ghopenye lagu nie. Time nak pakai baru unfreeze kan, so kelapa parut lebih tahan lama.Terima kasih. hehe
Kemudian, ambik bahan-bahan kat atas tuh, masukkan ke dlm Blender tadi, Blend. YM tak blend sekali mula-mula tadi sebab nak bagi serai tu betul2 hancur.Kang kalo korang boh awal2, serai tu akan menjadi empat segi tepat,yang sangat susah ditelan oleh tekak!haha!
Bila dah settle, blend. Panaskan kuali, masukkan minyak, Then masukkan bahan blend tadi. Api slow okay, kang hangetttt pulak.
Lenyekkan Ubi keledek itu sekuat hati. |
Masukkan tepung+minyak masak, then gaulkan dengan jemari mu yang cute itu, :) |
Menjadi ini....tadaaa... :) |
By the time uols dah siap nie, Inti pun dah masak. But, ingat yer, api slowkan, dan jgn lupa tgk2 kejap2, gaulkan.okey?
Inti yang siap sedia utk dimasukkan ke dlm doh. |
My Mother In Law ajar, bulatkan doh, kemudian picit di bahagian tepi je, so that yang tengah tuh still tebal.Jadi Inti tu takdelah bocor sana-bocor sini. |
Nih part yang agak crucial. amboii, bahasee.ekeke. Tapi, bukan masalah besar la. Kita kan belajar. Memula tu biasalah, ada je yg tak kene kan?Tapi, klu kita tak belajar, smpi bila2 pun tak pandai kan?
Tadaaaa.....
Dah pun siap.
Ready utk digoreng atau dijadikan Froozen Food.
Pilihan di tangan anda.
Cewahhhh....
Selamat Mencuba!
p/s ada yang suka boh jintan manis / jintan putih /ketumbar /Bilis / serbuk kunyit.Tapi YM takmo.klu korang suka, boh jelah yer. (^_^)
6 Sweet Words:
huwargh!!!!!!!!!! sedapnyer
cara masak dia, ala2x buat keripap kan hehe
owh..x sangka senang je...selama ni main beli je kan...pasni bole la try...hehe
EEE..sedapnyaaa
Hurm... Sedap! Ran atau malas? Pilihan di tangan sendiri
sedap pulak... sayang pulak sebab husbnd saya tak suka makan kuih muih ini.... nak buat utk diri sendiri jer la... :)
Post a Comment