Assalamualaikum....
Morning...morning uols! Hari ni seperti biasa, Sunday means Monday in Terengganu. So, pepaham jelah kan?Kene lah berkerja, nama pun carik makan, makan gaji.
Luckily mendapat tidur yang cukup dan berkualiti, so takdelah nak moody-moody or monday-monday blues ari nih.YD pun kebetulan keje syif pagi ari nih.So, seawal 6.45pagi, dia gerak la gi ofis.Kol 7.00pagi kene thumb in kat terminal.
So, Pagi nih YM masak nih untuk breakfast....
Nasi Goreng Ikan Masin
Semalam lagi, YD dah request nak makan Nasi goreng Ikan Masin.So, YM pun dah get ready potong cik kangkung & cik bawang-bawangan siap-siap.Tak lupa rendam Encek Ikan Masin dlm bowl dan potong Cik Ayam comel-comel.
Takde maknanya YM nak siang-siang sayur pepagi tuh.Mata sure sedikit berpinar-pinar time pepagi nih. Kang tersiang ngan jari YM skli, tak pasal YD jadi Raja Bersiong!Aiseyyyy!simpang....simpang...
Buat nasi grg Ikan Masin nih simple je. Korang rendam je Isi ikan masin tuh semalaman.So that senanglah uols nak blend nanti. Blend jer, senang dan cepat.Dah nama pun Nasi goreng Ikan Masin kan?Ikan Masin kene jadi yang terbaekkkk la baru nasi goreng tuh menjadik, tak gitu.
Uols Tumis Bwg mcm biasa, then masukkan Ikan Masin yg dah blend tuh,Kacau.Then, masukkan ayam,bila ayam dah masak, masukkan sayur, then finally masukkan nasi.Gaulkan.Jgn lupa letak garam atau perasa yer, kang takde rasa pulak nasi grg tuh.huhuhu.Tu je, simple kan?Uols campak-campakkan ajer ikut suka hati pankreas uols.*wink*
Korang breakfast ape pagi nih???Bekpes....jgn tak bekpes. Bekpes tu penting taw!
INFO : Sarapan Pagi
Sarapan akan menetapkan corak untuk sepanjang hari dan pastinya anda akan lebih positif kerananya. Ingat – minda, tubuh dan rohani anda memerlukan tenaga untuk berfungsi pada tahap optimum. Antara manfaatnya termasuklah tahap tenaga lebih tinggi, daya tumpuan lebih tinggi dan perasaan sihat sepenuhnya. Berehat sebentar pada waktu pagi juga mampu memberi sedikit masa untuk kita bertenang dan merancang jadual sepanjang hari.
Kereta pun tidak boleh dipandu tanpa minyak, inikan pula tubuh kita, kan? Sekiranya jadual pagi anda begitu padat dan tidak mengizinkan anda untuk menikmati sarapan sewajarnya, tukarkan saja “breakfast” kepada “fast break” – makanlah sesuatu yang mudah dan pantas!
Sumber : nestle.com.my
9 Sweet Words:
alahai sedapnya... sy tak sarapan lg ni...heheh
yummm.. sedapnyer
wahhh....yummmy...yummmyy... dah lama izan tak buat nasi grg ikan masin ni. maklumlah kat umah dah lama takde stok ikan masin.
thumbs up lah pada YM... tak lupa buat breakfast utk suami tercinta ye!
Buat stkt mampu je, Izan.:-)
Menggiurkan tgk pagi2 ni, seb baik da bfast :D
wah! sedapnya.. x pnh masak lg nasi goreng ikan masin.. makan kat kedai je selalu.. coz bonda x berminat sgt.. senang gak erk.. leh cube..
Ns greing ikan masin mmg sedap. ;)
Very nice and looks so delicious. Btw, ikan masin is one of my fav and I can eat almost everyday but have learned to cut down due to the salt content.
terjah mlm......terus jadi lapo..!huhuhuhuhu
Post a Comment