Assalamualaikum..
Wa salute la sama lu Mat, lu memang buat mata wa terbukak!Dulu, wa pandang lu kecikkkk je.Wa pandang lu, sebelah mata je, beb!Tapi sekarang, wa tabik spring ar sama lu!Bagus la lu nih!Tak sia-sia diorang bagi anugerah Pengarah terbaik sama lu!Lu mmg berjaya buat hati wa cair dengan mesej yang lu sampaikan!Tabik spring sama lu!Toink!Toink!
Uikss!apehal YM jadi brutal semacam tuh?Dah ala-ala minah rempit dah.Panggg!!!Hehe. Ni semua pasal filem terbaru Syamsul Yusof la nie; Jalan Kembali:Bohsia2. Fuh!jgn tak taw, filem tu dah berjaya kutip RM3 juta dlm masa 4 hari, okey?4 hari tu...ish2...
YM anggap filem ni berjaya la.Sebagai pengarah muda Melayu, Syamsul doing a Very good job!YM tak rasa duit YM membazir tgk citer nih. Penuh dengan mesej yang baik.
Kehadiran Zizan Razak yang memang dikenali sebagai pelawak yang disukai ramai TIDAK membuatkan pelakon lain tidak kelihatan. Watak mereka punya kelebihan masing-masing yang mana Syamsul harus diberi kredit kerana berjaya menyeimbangkan watak pelakon-pelakonnya.Lakonan Salina Saibi, Sofi Jikan & Nabila mmg punya kekuatan tersendiri!Best!
Watak Sofi Jikan sebagai Keting mmg terbaik la! |
Watak Kak Rock mmg menarik! Ade adegan "Berus Jamban" yg buat sakit ati!nak tahu?kne pi tgk sndri k?:) |
Salina Saibi - Tetiba suka ngan lakonan dier, :) |
Yang paling utama, YM nak bagi tepukan untuk Syamsul Yusof sebab berjaya menggetarkan jiwa penontonnya dengan suci Ayat al-qur'an. YM sendiri rasa semacam.Sampai terus ke lubuk hati yang paling dalam taw. Ayat yang dipetik dalam filem ini memang digarap dengan sangat bagus.Suasana jadi senyap seketika di dalam panggung. Ini lah yang kita mahu!
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan)
sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh
jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Surah Al-Baqarah : 216
Potongan ayat ini diulang beberapa kali di dalam filem ini.Seriously, sangat-sangat bersemangat YM dengar.Ini lah filem yang berbaloi utk kita bayar, bukan filem yang buat kita ketawa berdekah-dekah then, keluar dengan tangan kosong!Nothing!
Satu je YM nak cakap, syabas Syamsul!Filem kita wajah kita!
11 Sweet Words:
tajuk entri bukan main lg hahaha..saya x berani nak tengok..takut ada scene rogol-rogol ngerilah
tabik spring la utk Syamsul Yusof... dia punya filem ni ada mesej yang jadi pengajaran buat kita semua bha kan... :)
YM org sabah jga?? nahhh.. area mana ko YM?? sama2 lah kta berbelog.. btw, moga urusan yayan dipermudahkan ya.. byk blog buat review ttg yayan.. mudahan dpt sedikit membantu..
wah..harus tgk filem ni! thanks YM sbb review filem ni..
nmpk besttt..trigin nk tgk :)
wani xtengok lg citer ni..nmpak jalan citer best..tp klu nk tgk mestila tanpa qalief sbb tak sesuai utk kanak2 rasanya filem ni heheee
alamak..cik abg tak minatt tgk citer melayu...huhuhu
ingatkan mana punya bohsia la tadi...kekeke
Tak sabar nak tengok...tunggu cik hubby up-load kat tenet hihihi
cam best je cit ni taw. nk beli dvd lah nnti :D
ish..babak Berus Jamban tu memang ganas gile..
anyway, ni antara filem Melayu yang berkualiti dan rasa xbazir duit tiket tengok..
jemput baca ulasan kami tentang filem ni di Kakiwayang.com dan komen ye...=)
Post a Comment