Sunday, June 24, 2012

Surat Terbuka utk Adikku..

Assalamualaikum...

To Adik Nona yang sangat kakak sayangi, 

Semua yang terjadi penuh dengan hikmah, dear. Allah telah mengatur kehidupan kita dengan begitu cantik dan sempurna sekali, walaupun kadang2 kita terasa juga kesakitan dan kesedihannya sebab kita tidak tahu perancangan Allah.Semua itu rahsia Allah, dik..


Let me tell you one story that probably can heal your wound. Hope so...

Dulu, masa umur kakak 18 tahun,I'm fell in love with a guy, for a very first time. Akak jumpa dia masa akak keja kat kilang masa cuti semester yg panjang. It was so sweet memories.Really.

Dia sangat-sangat baik.Suka tersenyum dan sangat rajin & bertanggungjawab. Akak suka sangat kat dia dan dia pun suka ngan akak. Masa tuh, dia tak tahu lagi yang akak ni rupanya budak campus. Sorok kemain lagi kitorang semua masa tuh sebab nak carik duit punya pasal coz kalau company tuh tahu mesti diorang takmo trima kitorang keje sementara.Huhu...

Tapi, satu hari bila rahsia kitorang pecah sebab kitorang dah nak berhenti coz seminggu lagi semester baru dah nak start dia terus menjauhkan diri dari akak, setiap kali. Bila akak berdepan dengan dia utk kali terakhir, dia cakap dengan akak dia tak boleh teruskan dengan akak sebab akak punya pendidikan yang jauh lebih tinggi daripada dia!

Bila akak cuba pertahankan yang akak tak pandang semua tuh, dia tetap berkeras!Mungkin sekarang, takde masalah, tapi masa depan kita tak tahu, katanya. Sekuat mana pun akak pertahankan, dia tetap menolak akak. Menolak hingga akhirnya akan berputus asa, kami memang tidak ditakdirkan untuk bersama.

Masa tuh sedihnya hanya Allah yang tahu.Tu pertama kali akak suka ngan seseorang dan itu pertama kali akak dikecewakan.Aduh!memang sangat-sangat sakit. Terduduk akak taw!Tak tahu nak handle my frustration masa tuh.Mujur, alhamdulillah, kakak masih ingat tanggungjawab kakak pada keluarga.

Kakak bangkit daripada kekecewaan itu dah Move On!Walau akak tahu, dia juga tengah berperang dengan keputusan yang dia buat.Akak Tahu...

Alhamdulillah, sekarang akak rasa macam nak jumpa dia balik.Nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab kecewakan kakak dulu.Memang hikmahnya kakak boleh rasa sekarang.Kakak dijodohkan dengan seorang lelaki yang sangat istimewa dan bertanggungjawab, Muhammad Syukri.(^_^).Syukur, alhamdulillah.

Bila kita semakin matang, kita sudah boleh menilai apa sebenarnya yang terbaik utk kita, dear. Kita mahukan yang terbaik dalam hidup kita. Yes, cinta tak pandang harta benda mahupun taraf pendidikan, tapi bila sudah menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, maka di situlah segalanya bermula. Di situlah tersingkap segalanya.Taraf pendidikan tak tinggi takpe asalkan mahu berusaha meningkatkan taraf hidup, tapi kalau terjadi sebaliknya???Kalau janji hanya tinggal janji??

Sebagai remaja, carilah panduan daripada mereka yang terdahulu utk meneruskan kehidupan atau untuk mengubati luka di hati atau untuk mengukuhkan keteguhan hati. 

Akak juga pernah menjadi remaja.Remaja yang kadang2 berasa dirinya betul, remaja yang berasa keputusannya betul, remaja yang berasa pemikirannya betul.Hati memberontak.Bila sudah menginjak dewasa, rupa-rupanya,akak semakin menyedari yang akak silap.Akak mula mengimbas waktu, kalaulah, kalaulah..

Hidup kita nih terlalu singkat utk kita tangisi, dear. Kuatkan semangat. Move on, bukan isolate atau larikan diri. Berdepan.Itu yang akak buat selama ini, BERDEPAN dengan apapun dugaan yang akan datang. 

Semoga Allah menggantikan yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik, amin...amin...

11 Sweet Words:

dieyna said...

betul.. patah kan tumbuh. hilang pasti berganti...

Deq's Qienz said...

So touching la..percaturan Allah adil n saksama kan??setiap kjadian pasti ader hikmahnya..arap adek akak byk² yer. kalo ader jodoh tak kemana..hehee

Unknown said...

Terima kasih atas nasihat tu ahkak!
Ehh.. Best nyer kalau ade akak mcm YM :-)

Si Matatajam said...

Setiap yg Allah aturkan pasti ada hikmahnya...

ZULHILMI TEMPOYAK said...

dl sy penampor sedas adik sy...rini pikir2 balik xde motif pon..huhuhu

ewanthology said...

harap2 adik baca...

L said...

hehe.. ada je yg baik utk kita..=D

sal ya said...

betul tu dear. have been in the frustration stage. hahaha... tp kes kami dua2 senyap je. like him for more than 5 years. tapi sbb dia tak ckp apa2, saya terpaksa pujuk diri sendiri dan bagi peluang pada org lain. the husben will be the best man ever. takdir Allah itu bakal menemukan kita dgn sesuatu yang indah kan?

IntaNBerliaN said...

a'aa yg hilang pasti akn berganti.. kita kne tabah hadapi semua dugaan yg datang,..

Riena Haiqal said...

Amin... amin... betul tu... mungkin ada hikmah tersembunyi dsebalik kejadian ni.. jangan disesali tapi jdikan ianya pendorong utk kita maju kehadapan.. InsyaAllah ada yang lebih baik bakal menunggu di hadapan...

Ruse Sulaiman said...

Betul tu. Setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya. Allah tahu apa yg terbaik buat kita.