Wednesday, July 18, 2012

Bukan mudah rupanya...

Assalamualaikum

Malam ni YM sangat-sangat sedih & sebak. Baru kali ini YM rasa rupanya menjadi Ibu kepada pesakit jantung yang telah melalui beberapa fasa dalam kehidupannya bukannya sesuatu yang mudah. 

YM bukan bercakap mengenai segala pahit maung yang kami lalui, bukan.Tapi, YM rasa sangat-sangat sukar bila YM harus menjadi rujukan, inspirasi dan yang paling berat, harapan.Bukan YM tak mahu dijadikan rujukan atau inspirasi atau diharapkan, tapi YM sangat-sangat sedih bila YM tidak mampu memberikan yang terbaik buat ibu-ibu yang senasib seperti YM.

Dalam minggu ni sahaja, ada 2 org Ibu yang senasib dengan YM contact YM. Pertama tu, thru email.YM masih dlm proses menyiapkan 1 entry untuk dia. Kedua, YM kenal melalui ibu saudara YM.Baru je contact semalam. Dia memerlukan sejumlah wang utk pembedahan kali ke-4 untuk anak dia yang berumo 1tahun 7 bulan. YM ada bagi number fon NSTP, tapi dia inform YM, NSTP tak dapat tolong sebab kes dia under government.Diorang hanya boleh tolong utk kes yang dijalankan di hospital swasta sahaja. YM mmg sangat2 faham sebab ape NSTP taknak masuk campur. Same goes to Gomen jugak kan?Kalau buat pembedahan kat private ader diorang nak tolong?kem salam!Nape la macam nie... :(

Then, bila perkataan "give up" keluar daripada mulut siibu yang ke-2 nie, automatically airmata YM jatuh. Sedih sangat-sangat. Dia kata, Yayan untung, ada org nak tolong, but not hers. 
Buat Sue,
Jangan sesekali giveup untuk anak kita, dear.N-E-V-E-R. No matter how hard it is, we shud try, usaha, then baru la kita tawakal. 

Sue,
Perjuangan Ayu bukanlah semudah yang Sue sangkakan. Ayu juga melalui moments ditolak oleh beberapa pihak sewaktu memohon dana untuk Yayan. Ayu mohon pada Jabatan Kebajikan Masyarakat, diorang kata anak Ayu tak layak. Ayu ke pejabat wakil Rakyat, mereka kata kes Ayu akan di bawa kepada MB, yes, memang ada dibawa ke MB dan kemudian dibawa kepada Menteri Wanita, keluarga &masyarakat ketika itu, tapi setakat itu sahaja. Macamana Ayu tahu? Copy surat diorang poskan kepada saya.Then, senyap.Nothing.

Tapi, Ayu???No, Ayu takkan berdiam diri.Macam-macam lagi Ayu buat, Sue. Berpuluh2 surat Ayu poskan, termasuklah mengepos surat memohon dana pada Siti Nurhaliza & Aznil, sampai tahap tu kegilaan Ayu!Malu???Tak..Ayu dah hilang rasa malu pada masa tu. Waktu tu, kalau org suruh Ayu jadi peminta sedekah ke, badut sekalipun Ayu sanggup Sue, demi nyawa anak Ayu.

Sue, 
Allah tidak menduga kita di luar kemampuan kita. Dia tahu kemampuan kita.So, please....jangan giveup Sue. Teruskan usaha Sue.Kita kena berani sue. Berani berdepan dengan siapa pun, even PM sklipun. 
 Sue,
pertamanya, Sue ke Tabung Jantung Negara, then Ke Yayasan Kebajikan Negara, Then Yayasan Negeri, ke Wakil2 rakyat.Pergi semua tempat2 kerajaan ni sebab kes anak Sue under IJN. Masa ni bagi ayu adalah masa yang terbaik, dah dekat Pilihanraya, sure ramai yang mahu membantu, percayalah!Bawa semua dokumen2 yang berkaitan berserta gambar anak Sue.

Insyaallah Sue, Allah bersama kita. Walaupun doktor kata, harapan hanyalah 40%, but still itu adalah harapan. Harapan itu tidak wujud utk disia-siakan, Sue. Bagi Ayu, kalau Doktor kata takde harapan pun, Ayu still usaha!Doktor bukan Tuhan!

Tolonglah Sue.....jangan sesekali putus asa.....tolong.... :( Hidup kita adalah satu perjuangan.

**sigh* bukan mudah rupanya menjadi aku....... :( 



20 Sweet Words:

Emma said...

:'( bukan mudah tuk jadi seorang ibu yang sgt2 tabah spt YM :( smoga Allah permudahkan urusan YM dan Semoga Allah mmberikan kesmbuhan buat Yayan.. Amiin ya Allah! Insyaallah, rezki ad d mna2.. never give up :))

Cik Ai said...

ermm
sedih sgt bila baca.trs rs sebak =p

buat sue & YM,
moga trs tabah mghadapi dugaan.sesungguhnya Allah hnya mnguji hamba2nya yg layak kerana DIA tahu kemampuan setiap hamba2NYA.amin

Unknown said...

memang YM seorang yang sangat kental.. saya tabik sangat kat YM. Patutlah Yayan pun bersemangat tinggi.. sebab dia mempunyai seorang ibu yang sangat cekal..

Unknown said...

sebak baca entri ni.. ye, jgn sesekali give up.. rahmat Allah dtg kpda org yg x give up.. kuatkn hati, buatlh apa yg trmmpu.. bnyakkn berdoa.. tiada yg mustahil bgi Allah..

Umialya said...

akak cuma sempat menjadi ibu kepada anak yang mengalami masalah jantung 40hari cuma, Allah lebih menyayanginya..

Ardini Humaira said...

setiap dugaan itu ada hikmahnya... Allah hanya menduga insan2 terpilih.. yang kuat, tabah menghadapi ujiannya... ujian2 yang diberikan tu penuh dengan nikmat ganjaran pahala yang setimpal dengan apa yang dilalui insan tersebut... semoga dipermudahkan segala urusan :') InsyaAllah, ada harapan yang masih jelas dengan kekuasaan Allah. semoga sis sue tabah menghadapi dugaan ini, amin...

ida =) said...

erk... rasa nk nangis sorang2 depan pc.

rasanya, dia akan bangun semula. cuma, mungkin dia perlukan sedikit masa untuk tenangkan fikiran. hanya luahan perasaan. siapa tak sayang anak.... insya Allah

Myra Jay said...

Yang penting kena kuatkan semangat dan teruskan berusaha.

Semoga tabah dengan ujian Allah ni.

Riena Haiqal said...

Sue, saya juga nak bagi semangat kat awak. tolong jangan berputus asa.. itu adalah darah daging kamu.. tolong jangan berputus asa. Allah sentiasa ada disisi kita.. Banyakkan berdoa dan mengingatiNya...
Demi Anak tolong jangan berputus asa dan patah semangat.. Tolonglah bangun dari putus semangat tu..

aksarafendi said...

semoga semuanya kuat hadapi dugaan dari Allah..aminnn

Unknown said...

sebak...
hope sis, ayu n parents yg lain tabah menghadapi ujian drNya...
moga baby2 kecil ni mendapat bantuan...
teruskan perjuangan..kami sentiasa memberi sokongan sis sekeluarga...

SyaNa said...

beb, sebak aku :(
Allah hanya uji hamba nya yg mampu
Insya Allah ada jalan utk anak2 ni semua..
semoga ada insan yg dihantar Allah utk membantu

Ruse Sulaiman said...

Terharu. Semoga kalian terus tabah dan berusaha dan berdoa. Insyaallah. Jgn putus harapan. Semoga ada rezeki kalian nanti.

εïзmmyHazaεïз said...

sedih.. :'(
bersabarla.. walaupun perit..

Amieynna said...

YM sgt kental..
Allah xkan menguji hambaNya dgn sesuatu diluar kemampuan hambaNya hadapi..
tabah!

Liney said...

tahniah YM... you are such a strong mother... teruskan usaha... semoga yayan cepat sembuh.... amin...

Nik said...

sedih bila baca entry ni.hebatnya dugaaan Allah untuk awak dan Sue.moga sentiasa tabah.

Unknown said...

kuatkan la smgt YM.orang lain yang senasib dgn ym melihat ym sbg inspirasi,bimbingla tangan mereka.bantu mereka. kerana ym lah yang lebih tau apa nak dicakap tambah dengan perasaan sbg sorang ibu untuk anak yang menjalani pmbedahan yang memakan belanja yang besar...

Miss N™ said...

YaALLAH...YM..sedihnya baca kak...!

buat sue, moga tabah dan kuat..!jgn pernah kenal erti putus asa..!

sal ya said...

YM tabah. dia orang meminjam sumber kekuatan YM. semoga YM terus tabah. mmg betul sekarang ni la masa terbaik utk mintak dana. insyaAllah akan ada la yang turun padang nnt.