Assalamualaikum
Seronok pulak YM baca info-info parenting nih.Yelah,sambil carik bahan utk bacaan kawan-kawan,YM boleh dpt ilmu tu jugak.Lebih kurang mcm revision gitu.. :) Kali ni YM nak share pasal info Penyusuan di kalangan ibu-ibu pulak.YM baca kat babycentre blog dan beberapa blog lagi.Rasa mcm best je buat research utk kawan-kawan.Simple info je,tapi kena tahu.Wajib tahu,especially kalau 1st time mommy kan?
Apabila ibu-ibu mengambil keputusan utk menyusukan bayi selepas melahirkan,ada beberapa perkara penting yang harus kalian tahu.Paling Utama,kena tahu yang apa je yang kita makan atau minum akan memberi kesan kepada bayi yang kita susui.
Kena beringat yang bahan seperti kafein, alkohol (bukan muslim) dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (minta nasihat doktor mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu yg sesuai dengan ibu menyusu bagi tujuan rawatan).
Kalian boleh tahu jika bayi anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur.Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan,anda boleh lihat reaksi pada kulitnya(ruam atau gatal-gatal),dalam pernafasannya berbunyi pelik atau seperti sesak nafas), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus).
Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda,boleh la makan coz penerimaan bayi maybe tak sama.
Sebagai satu peringatan kepada kawan-kawan – beberapa makanan yang menjadi punca kolik (kembung perut) yang biasa ialah brokoli, kobis, bawang dan kobis Brussels.So,kalau boleh elakkn la yer.
Elakkan pengambilan makanan ni sekiranya bayi anda kelihatan "alah" pada makanan ni |
Semoga info yang YM kongsikan berguna untuk kawan-kawan semua.YM share atas pembacaan dan pengalaman sendiri je coz YM ni bukanlah pakar dlm bidang nih.Hehe.
Oklah semua,jumpa lagi di next entry!Take care yaa!