Saturday, April 12, 2014

Untukku beri Harapan pd yang Lain...

Assalamualaikum

Kalau dah lama follow blog YM ni,memang dah arif sangat yang Yayan (anak Ym) tu menghidap penyakit jantung sejak dia dilahirkan.Pada yang masih belum tahu,boleh baca kat link ni k?--> Kisah Yayan

Pada mulanya YM diberi dugaan ni,YM asyik bertanya-tanya di dalam hati.Soalan demi soalan berlegar-legar di kepala YM.Apakah yang YM buat sampai YM diduga sebegini hebat.Diduga bertimpa-timpa.YM pun manusia biasa,adakalanya di pertengahan jalan,YM hampir-hampir berputus asa,kehilangan diri sendiri,jalan terasa sangat sukar untuk diteruskan.Namun,disebabkan Yayan...YM cuba kuatkan semangat,especially setiap kali YM pandang mata dia,alhamdulillah....ada sinar harapan buat YM. I always feel like, he said "mommy,please dont give up on me!pleasee...".


Setelah hampir 5 tahun berlalu kisah tu,setelah melihat kelincahan dan kepetahan Yayan,ya Allah...hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya YM.Melihat pada kehidupan yang kami lalui sekarang,YM sangat-sangat bersyukur.Dugaan-dugaan yang kami lalui bersama Yayan menjadikan YM seorang yang lebih baik dan lebih berjaya.Syukur alhamdulillah.

Yayan mengajar kami untuk lebih menghargai kehidupan dan live the life to the fullest!Kesedihan dan kesakitan yang kami lalui bersama sebelum ini menjadikan kami lebih bahagia sekarang,alhamdulillah.Kerana kesedihan dan kesakitan yang YM lalui semua tu la menjadikan YM manusia yang lebih kuat semangat!Lebih kuat semangat untuk berdepan dengan apa jua dugaan yang mendatang.


Kini,baru YM sedar...Allah swt menduga kami kerana mahu memilih kami untuk memberi "harapan" pada orang lain.Memberitahu yang lain bahawa harapan itu sentiasa ada...


Semoga kita semua sentiasa kuat semangat berhadapan dengan apapun dugaan dalam hidup kita.YM doakan kalian semua sentiasa tabah menghadapi apapun halangan dan percayalah setiap yang terjadi itu ada hikmah yang terbesar di sebaliknya.

Take care all!

2 Sweet Words:

Deq's Qienz said...

insha ALLAH. Ameen :)

Unknown said...

bukan semua orang kuat...tapi kagum ngan YM tetap tabah...moga Yayan terus ceria dan sihat...