Sunday, June 22, 2014

National Conference Shaklee 2014

Assalamualaikum


Hi Everyone! Owh!amagad!its took me foreverrrrr nak update tentang National Conference Shaklee 2014 yang YM attend 7hb hingga 8hb June hari tu,ish-ish-ish.Yelah,bila nak menulis je kan,banyak benooo rasa nak tulis.Rasa mcm,adeh...ni kalau tulis ni maunya makan masa sehari dok depan PC,haha!over kan... Takpe-takpe,YM ringkaskan seringkas mungkin.Senang.Kalau tak,sampai bulan depan pun tak hapdet2,kang citer dah basi sapa pun takmo nak baca.

Jemputan yang YM dapat thru email dari Shaklee, (^_^) Alhamdulillah..
Ok.Ni acara tahunan sebenarnya.Memang setiap tahun shaklee akan buat conference ni untuk menghimpunkan semua ahli-ahli sah shaklee dalam satu majlis untuk menerima anugerah.Bab anugerah ni memang best sebab tahun ni YM special sikit banding last year.Last year YM hanya dpt 1 je award,tapi alhamdulillah tahun 2014 ni Allah bagi rezeki lebih,YM dapat 5 awards,syukur alhamdulillah.Masa keje makan gaji dulu pun 1 award je YM dapat tiap tahun- Perfect Attendance.Hehehe.Tu jelah tiap2 tahun.Excited,memang excited nak pi.Excited nak rasa naik stage berkali-kali pi ambik awards,haha!sabo jelah.Yelah,masa skool je selalu rasa cmtu kan?




Rezeki tahun 2014,syukur alhamdulillah.Segala kerja keras selama ni rasa "berbayar".Yelah,bukan senang nak senang kan?Kalau peluh tak jatuh bergelen-gelen,airmata takyah nak citer la kan? (^_^).Adat kalau nak berjaya,ye tak? Tapi,yang bestnya semua tu YM lalui bersama anak dan suami di sisi.YM hanya beroperasi dari rumah.Kerjaya seorang suri rumah dari rumah,syukur.Semoga segala rezeki yang dilimpahkan Allah ini tidak membuatkan YM lupa,inshaallah.Semoga makin dekat aku dengan-Mu ya Allah...


Punyalah YM imagine suka sangat turun naik stage kan??tetiba on that day,ya hampunnnn...ribuan manusia membuatkan YM rasa sesak nafas.Ngan Dak Yayan lagi buat pangai macam x-men,haha!So,memang tak teringat la nak pesan kat sesapa soh ambik gambar masa tu.Memang haru sungguh la.Seb baik la my fren yang baik hati,sempat snap gambar kitorang,tu pun dari jauh beb.Tapi,oklah...dari takde langsung kan?




With all the Gojes Ladies yg ohsem

With one of my gojes Leader in my grup,Zulaikha
Majlis penyampaian awards ni sebenarnya 2 hari.Tapi malang sungguh la nasib YM,2nd day punya awards YM tak sempat nak pi ambik.Datang lambat,gara-gara Dak Yayan tak sihat then buat perangai,huhu.Takpelah,takde rezeki naik stage lagi.Lagipun 1st day tu YM dh naik kan,so takdelah rasa ralat sangat,hehe.So,jawabnya YM kenalah kutip trophy belakang stage,hihi.




Hari ke-2 memang sarat dengan info-info dan motivasi.Aktiviti seharian ni memang banyak perkongsian daripada leader-leader shaklee yang hebat la.Inshaallah,sempat bisik dalam hati,satu hari nanti,YM pulak berucap kat atas stage,ecececece..hehe...inshaallah,takde yang mustahil kalau kita usaha kan?

Program yang last sekali hari ke-2 tu ialah,abg Faizal Tahir nyanyi,buat persembahan.Hehehe.Last year,shaklee tak jemput artis pun,ntah nape tahun ni shaklee jemput.Maybe sebab lagu "gemuruh" tu "berhantu" ngan leader-leader Shaklee kot.Hehehe.Yelah,lagu tu memang favourite ramai org dalam shaklee, termasuk YM sekali ha. (^_^)


Time Faizal Tahir lagu gemuruh  nieh..ish2,punyalah gemuruh dewan semua org pakat nyanyi sekali.Hehe.Tapi yang nak tergelak,last sekali time-time nak habis lagu gemuruh tu,boleh pulak sound system shut down!ahaha,sian taw abg pejal kita,terkulat2 dia,seb baik pandai cover,akustik ramai2,hihihi.


Sikit punya sporting Faizal tahir nih ha...siap ambik fon kita,selfie diri sendiri taw!hehehe.Sabo jelah.Alhamdulillah,overall program shaklee kali ni memang happening la.Ofkos la bila ramai-ramai ni,almost 5 thousand people,ada la kekurangan here and there juga.Tapi YM yakin diorang mesti akan improve!Dan YM pun,inshaallah next year akan improve untuk dapat yang lebih baik lagi ,inshaallah.Kalau boleh nak la dapat kurang-kurang pun 7 awards,hehe.Aminnnnnn....

Semoga YM terus kuat semangat mengejar impian YM,inshaallah.Jum,kawan-kawan,kita kejar impian kita semua.Tiada yang mustahil kalau kita tak putus asa. Oklah semua,thats all cite pasal NC shaklee 2014!nanti YM sambung citer pasal percutian 5 bintang Shaklee pulak ye.Hurm..yang ni lagiii excited YM nak share ngan kawan-kawan.seronok!hehe...

Till then,take care semua!muchas gracias for spending time here.Really appreciate that!xoxo

1 Sweet Words:

Ibu Yusuf Maryam said...

Tahniah YM. Ada gak terselit wajah selebet Ibu Yusuf dan Maryam hari ke2 tu yer.. Kelakar, hari pertama punyalah cun, hari kedua punyalah selebet. Keh3x..