Friday, July 4, 2014

Persoalan Sah Batal Puasa

Assalamualaikum

Hi Everyone!Kali ni YM nak share satu info yang selalu menjadi tanda tanya di kalangan kita.Semoga bermanfaat ye.Inshaallah.Jom Baca...

Antara Persoalan Sah Batal Puasa Yang Selalu diutarakan

1. Tidur hingga ke petang, adakah batal puasa?

Tidak batal, sekadar makruh kerana masa dihabiskan dengan begitu sahaja.. Solat yang tertinggal akibat tertidur WAJIB diqadha.

2-Adakah imsak itu masa tamat sahur? Jika tengah bersahur pada waktu imsak adakah perlu dikeluarkan makanan dari mulut?
 

Imsak bukan lampu merah bagi sahur. Sekadar peringatan sudah hampir subuh. Perlu disegerakan sahur itu.

3-Masih makan ketika azan subuh. Adakah batal?

Tidak batal jika terdengar azan lalu berhenti makan. Masuk azan sudah tamat waktu sahur, makanan dikeluarkan dari mulut dan seeloknya berkumur.


4-Memasukkan sesuatu kedalam hidung dan telinga adakah batal?

Tidak membatalkan selagi tidak ke bahagian batin rongga itu. Jika memasukkan sesuatu di dalam hidung dan merasai benda itu hingga ke bahagian dalam hukumnya batal puasa.


5-Berenang dan menyelam adakah batal puasa?

Tidak batal tetapi makruh. Bimbang masuk air ke dalam bahagian batin rongga terbuka. Andaikata masuk dengan disengajakan hukum puasa batal.


6-Adakah muntah membatalkan puasa kita? Bagaimana pula jika
muntah dengan tidak sengaja?


Batal puasa andai disengajakan seperti memasukkan jari kedalam kerongkong untuk memuntahkan makanan dan sebagainya. Jika tidak sengaja tidak lah batal.


7-Bermimpi sehingga keluar air mani adakah batal puasa seseorang itu?

Tidak batal, kerana berhadas dengan mimpi bukan disengajakan.


8-Mandi junub pada siang hari adakah batal puasa?

2 bahagian. Pertama berjimak pada siang hari lalu mandi junub maka batal puasanya disebabkan junub pada siang hari. Kedua, jimak pada malam hari tetapi mandi junub pada siang hari keesokannya, tidak batal puasanya.


9-Bermusafir adakah wajib berbuka puasa?

Tidak diwajibkan. Boleh diteruskan dan harus sahaja berbuka.


10-Adakah wajib niat berpuasa? Adakah perlu niat untuk sebulan ataupun setiap hari perlu berniat?

Berbeza pandangan para Mazhab. Tetapi boleh diniatkan sehari ataupun sebulan terus berpuasa.


11-Sudah masuk azan maghrib, mana yang perlu diutamakan?Berbuka atau bersolat dahulu?
Dianjurkan berbuka dahulu, keran makruh hukumnya dilambatkan berbuka. Sebaiknya makan ringan dahulu untuk berbuka, kemudian boleh diteruskan dengan solat.


12-Bersukan di bulan puasa adakah boleh?

Boleh, tetapi tidak digalakkan berlebihan sehingga menjejaskan
pelaksanaan puasa.


13-Adakah benar merasa makanan dengan lidah tidak membatalkan
puasa.


Tidak batal puasa dengan syarat tidak menelan sekadar mencalit
sedikit di lidah sahaja.


14-Bolehkah mengerjakan tarawih dibulan puasa secara bersendirian
sahaja?


Boleh.Tetapi tidak mendapat fadhilat berjemaah.


15-Bolehkah mengerjakan tarawih sebelum solat Isya’?

Tidak. Kerana sunnah dianjurkan selepas solat.

Sumber : Ruangantakzirah

 Diharap mampu memberi pemahaman yang betul buat kita.Wallahualam.Selamat menjalani ibadah Puasa uols.Jom kita rebut banyak2 pahala di bulan Ramadhan ni. (^_^)

2 Sweet Words:

Unknown said...

Memang sangat membantu...Good sharing

Shakirah said...

Selamat berpuasa !