Thursday, September 4, 2014

Aku,Endometriosis & Shaklee

Bismillah

Sejak semalam sy asyik di PM dek anak2 buah bisnes tentang ni - Rahim bengkak selepas ambik Shaklee! Wahh..gitu.....Reaksi saya?Senyum...tapi PERLU berkata-kata la...sebab isu rahim2 bengkak ni sgt dekat dengan YM.Sangat2.

Sebelum YM mulakan ni,its better kalau YM declare dulu yang YM ni Bukan doktor,bukan Pakar ok?Apa yang YM share ni adalah berdasarkan PENGALAMAN SENDIRI dan pembacaan SENDIRI.

YM disahkan menghidap penyakit endometriosis pada tahun 2007 selepas 2 tahun berkahwin tapi masih belum ada rezeki.Kisah YM dengan endometriosis ni banyak YM kongsikan di blog ni pd tahun 2012.So,kalau korang nak baca lbh lanjut ttg perjalanan YM dengan endometriosis ni,klik la bahagian 2012 tu ok?

Selepas membuat pemeriksaan dengan doctor,ada ketulan cyst yang dikesan.Pada masa tu 6.5cm di ovari kanan dan 6cm di ovari kiri dan rahim ofkos membengkak.Sebenarnya sejak YM di sekolah menengah YM memang seringkali diserang dengan senggugut setiap kali dtg bulan.Bukan setakat senggugut biasa.Tapi senggugut yang menyebabkan YM pening,muntah dan pengsan juga.So,bagi YM selama ni memang cyst tu memang dah ada sebelum kahwin lagi.Dah bertahun2 dok kat dalam tu tapi tak taw sebab tak pernah buat pemeriksaan sebab ingatkan senggugut itu fenomena biasa.Yes,tu la silapnya kita sbb dlm masyarakat senggugut tu biasa,lepas kahwin ilang la.Tu perspektif kita.

So,pembedahan pertama utk mengeluarkan cyst tu dibuat pada tahun 2007 mengunakan teknik Laparotomy disebabkan keadaan cyst yang dah besar di kedua2 kawasan.Then pd tahun 2009,kami dikurniakan seorang anak,alhamdulillah.Sewaktu pemeriksaan slps bersalin,doctor ada inform YM yang dia ada ternampak ketulan sebesar 2cm kat ovari,tapi mgkn juga disebabkan oleh hormone tak menentu masa tu katanya.So,sy pun tak check slps tu sebab terlalu sibuk menguruskan anak saya yang perlu dibedah kerana masalah jantung sejak lahir (dah 3 kali operate jantung). 

Then, penghujung tahun 2011,YM dapat rasa lain macam kat area ovari.Ni adalah satu kelebihan (yg juga kekurangan) kalau anda pernah menghidap cyst sebelum ni.So,saya pun terus check up kat klinik biasa dan ternyata masa tu cyst saya dah pun 7cm di kanan ovari!So doctor arrangekan utk saya buat pembedahan pada awal 2012.Paling mengejutkan saya pada masa tu ialah selepas pembedahan selama 4jam di operation theatre kuantan medical centre,cyst tu dah membesar menjadi 12cm!dan di ovari kiri juga dikesan ada 2cm cyst padahal masa scan,takde pun!doctor tak nampak apa2 pun.




Saya takde simpan rekod gambar2 cyst saya mcm org lain.Saya terlalu sibuk memikirkan kesakitan saya dan anak saya yang menghidap sakit jantung yang terpaksa dibedah berkali2 juga.Hidup saya masa tu huru-hara.Hanya Allah swt tahu apa yang saya lalui.

Selepas pembedahan,mcm biasa doctor akan berikan saya 1 suntikan depo-provera.Tahun 2007 sy dah ambik 6 suntikan selama 6 bulan berturut2 dan disebabkan itu doctor menyarankan saya ambik hanya 4 suntikan shj pada tahun 2012 sebab takut effect pada tulang saya.Terus terang saya cakap,selepas pembedahan dan suntikan tu,saya makin sakit.Saya menanggung kesan sampingan daripada suntikan tu hari demi hari.Sakit tulang belakang,sakit pinggang,sakit lutut,tak boleh berdiri lama,hot flash mcm org nak menopause,tak lena tidur malam,mood swing (asyik stress,sedih dan marah2),berat badan naik mendadak,muka penuh jerawat mcm org kena chicken pox!ni la semua yg saya rasa...Allahurabbi....mmg setiap kali nak cite kat org,sy mmg tak boleh tahan sebak sebab pernah satu ketika saya tak mampu bangun utk uruskan anak sendiri!

Doktor ada beritahu saya yang saya ni menghidap endometriosis,sejenis cyst yang akan kerap datang berulang-ulang walaupun telah dibuang.Dan yang paling menyedihkan saya ialah doctor juga jumpa satu ketumbuhan di belakang rahim saya yang mana dikenali sebagai adenomyosis!

Saya, Endometriosis & Shaklee

Kemudian saya diperkenalkan dengan Gla Complex oleh seorang sahabat dan bermula dari situ la perjalanan saya utk proses memulihkan penyakit ni secara alami.Itu tekad saya ketika itu.

Masa mula2 consume GLA complex,saya rasa makin sihat.Tak pernah rasa sesihat itu sebelum ni.Then,saya tambah suplemen yang saya ambik.Saya ambik beberapa suplemen shaklee termasuklah ESP,Alfalfa,Vitalea dan Vit C.Beberapa bulan selepas ambik tu,setiap kali period saya jadi macam dulu,sampai tak boleh bangun!Saya rasa tak sedap hati.Then bila saya meniarap,yes, i can feel it again!

Saya jumpa doctor terdekat dan buat scan.Yes.sangkaan saya mmg tepat!dah 4 cm di dalam!owh!bayangkan anda di tempat saya....sedihnya hanya Allah yang tahu.Terfikir kenapalah tak habis2 saya diduga!Dalam kepala saya pada mulanya,terlintas utk menyalahkan shaklee juga.Tapi,saya tak secepat itu menjatuhkan hukuman.Doctor cuba utk suggest sy utk pembedahn kali ke-3.Owhhh!masa ni la saya membuat keputusan utk cuba memulihkan penyakit saya secara alami.Cukuplah 2 pembedahan kalau boleh saya tidak mahu lagi melalui semua tu.Then saya terfikir untuk google tentang penyakit ni.

Bila saya google,subhanallah,terlalu banyak info sy dapat daripada bekas pesakit2 cyst dan endometriosis khasnya dan ofkos bukan org2 Malaysia.Semuanya dari oversea.Saban hari saya belajar tentang penyakit misteri ni.Semakin banyak info2 yang saya mula amalkan dan cuba matchkan dengan suplemen shaklee yang saya yakini selama ni.Rupanya,saya yang bodoh selama ni.Ingatkan makan suplemen ni macam telan ubat yg doctor bg.Penyakit cyst ni terlalu banyak berkait dengan keseimbangan hormon,so apa sahaja yang kami telan hatta sapu ke atas kulit akan menganggu keseimbangan hormone yang mana akan membuatkn cyst tu tumbuh dengan suburnya kat dalam!soya, susu dan apapun produk tenusu, wheat dan mcm2 lg perlu kami elakkn.Segala mcm losyen,syampu,sabun yang mengandungi SLS,Paraben dan mcm2 lagi perlu kami elakkn.Makanan2 berproses dan mengadungi banyak perisa tambahan dan pengawet juga termasuk dlm senarai.Banyak?mmg sgt byk.Thats why saya boleh ckp,ada banyakkkkk sebab lain yang boleh dikaitkan dengan kes ni.*Inshaallah akan saya share di blog ini lagi sekiranya berkesempatan.*

Doktor tak pernah advise saya apa2 tentang apa yang boleh saya makan atau tidak sebab semua ni tidak disokong oleh bukti saintifik so sebagai doktor,saya faham,dia perlu bersikap profesional.

Bermula dari sini la saya tahu yang soya dan Alfalfa tu phyto plant yang akan effect hormone kami.So,ESP dan Alfalfa is a big no-no for us.Dan saya teruskan mengambil suplemen shaklee yang lain, Gla complex + Ostematrix + Omegaguard + Vita E dan juga Vivix.

Dengan izin Allah,saya lebih sihat berbanding dulu.No more period pain sampai tak boleh bangun.No more period pain mcm nak bersalin setiap bulan sampai rasa phobia bila nak period!No more sakit pinggang macam nak patah.Berat badan turun dan jerawat semakin surut.Saya rasa lebih bertenaga dan sihat untuk menguruskan anak dan suami serta bisnes saya yang semakin berkembang.Apa lagi saya mahu???Ya Allah sesungguhnya pertemuan saya dengan Shaklee adalah satu anugerah.

Bagi Saya,tentang isu ni,sangat jelas sebenarnya.Badan kita tanggungjawab kita.Kalau dh rasa bdn lain mcm jumpa la doctor,jgn biarkn.Especially klu perempuan tu,kalau kitaran haid dh pelik semacam utk jgka masa yg lama tu,check la kat doctor kot2 ada apa2 kat dlm tu,mata kasar xleh nmpk.Jgn takut dan malas nk jumpa doctor.Jgn assume sendiri.Jgn tggu2....bdn kita ttgjwb kita.

Apapun yang org cakap tentang Shaklee,saya tetap yakin dengan Shaklee kerana saya bukan dipengaruhi oleh org lain ataupun sekadar mengikut trend terkini.Semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri bersama shaklee yang mana banyak mengajar saya untuk lebih menjaga kesihatan diri dan terus menimba ilmu mengenai kesihatan.Brand yang bertapak 100 tahun di pasaran ini tidak akan bertahan sejauh ini sekiranya benar dakwaan kamu,kamu dan kamu yang produk shaklee mengandungi bahan2 terlarang.

Perjalanan Saya dan endometriosis masih lagi jauh.Saya tahu.Saya berusaha untuk sihat dan meletakkan 100% kepada Allah swt untuk menentukan apapun corak dalam kehidupan saya.Wallahualam.

Saya bahagia dengan kesan yang saya dpt daripada Shaklee dengan Izin Allah.Alhamdulillah.

 

5 Sweet Words:

Ibu Yusuf Maryam said...

Sob sob sob (lap air mata).. Sedih ada, kesian ada, tp kekaguman tu yg plg tinggi.. Subhanallah YM mmg kuat, tabah dan tak mudah putus asa. Syabas!

aiman mania said...

Ya Allah!dugaan bertimpa-timpa..tak apa..sakit penghapus dosa dan setiap penyakit ada penawarnya ^^

::EIDA:: said...

ida pun suka shaklee. walau pun skrg tgh hangat kate tak elok GLA tu, ahh yg pasti ida makan rasa OK ;)

www.idabaharum.com

Nurul Says said...

wah lebih berseri selepas consume shaklee....hik hik hik..

apapun saya rasa simpati jugalah baca pengalaman ayu.. huhu

wpun tidak mengalami pengalaman yang sama mcm ayu tapi saya pn ada fibroid di rahim.. last check up masa anak 2nd lepastu ada ketumbuhan dekat area breast tp tulah dr cakap nda bahaya..tapi terus memantaulah..

benda bgni kan.. mcm menakutkan tapii atleast benda bgni bikin kita lebih positif dan menghargai hidupkan..

aise mcm boleh buat satu entri dah komen saya ni ahaha..

pendek kata we're at the same boat..

Unknown said...

suka baca cara penulisannya.. cerita yang santai... kehidupan yang penuh dengan cabaran.. alhamdulilah.. thank kak zefa kenalkan mila dengan blog ni...