Sunday, September 21, 2014

Resepi Lempeng Sihat

Bismillah


Bila Ym post gambar lempeng ni atau bahasa lainnya Pancake,hehe...kat FB,tetiba beberapa org kawan berminat untuk tahu resepi lempeng nih.Nape diorang nak tahu sangat????sebab....lempeng ni YM buat tanpa tepung dan gula taw!yee...tanpa tepung.Dah tu takde tepung guna apa??hehehe.Nak maniskn dengan apa kalau tak guna gula??

ok.Meh,YM share resepi mudah nieh.

Resepi Lempeng Sihat YM

Bahan-bahan :

1. 4 biji telur
2. 8 sudu (sudu besi size medium) cream cheese
3. 1 peket Stevia
4. 1 sudu kecil ekstrak Vanilla
5. Butter

Cara Membuatnya :

1. Asingkan kuning telur dan putih telur.
2. Pukul kuning telur,cream cheese,stevia dan ekstrak vanilla  sampai kembang.
3. Kemudian,pukul putih telur sampai kembang(di dalam bekas yang berasingan ye), jadi mcm dlm gambar ni
4. Kemudian, satukan 2 adunan tersebut (jangan pukul dah) just gaul je.
5. Panaskan kuali, cairkan sedikit butter kemudian masukkn adunan tersebut.Masak la lempeng ni seperti biasa.

itu sahaja.Mudah kan?kalau nak senang, korang pukul kuning telur tu dalam mangkuk biasa je ngan pemukul biasa.Tak payah guna pemutar pun.Tapi putih telur tu better guna pemutar la sebab jenuh juga nak pukul sampai jadi mcm dlm gambar tu.hihi.Belive me,YM dah try.haha!

Resepi mudah ni bebas gula,low carb yang memang sangat sesuai la pada yang alah pada gluten ataupun tengah berdiet tuh. Selamat mencuba uols!


2 Sweet Words:

Unknown said...

Tergoda sungguh dengan lempeng ni!! :)

Ibu Yusuf Maryam said...

Wah, tgk bahan2 je dah tau sedap. Ibu Yusuf jaaaaarang buat lempeng, sbb kurang kerajinan. Hihi..