Sunday, September 14, 2014

Infused Water : Bukan setakat Air 0 !

Bismillah

Air... Air ni sangat-sangat-sangat-sangat penting utk badan kita!sangat taww!Coz 65-75% daripada badan kita terdiri daripada air.Kita perlu minum air sekurang-kurangnya 2-3liters sehari bergantung kepada berat badan kita.Setiap 25kg berat badan kita,kita perlukan 1 liter air.

Macam-macam boleh jadi taw kalau air dalam badan kita ni tak cukup.Badan kita tak mampu menjalankan proses-proses penting dalam badan kita kerana kekurangan air.Kita tak sedar pun kan?Tapi,kita boleh lihat daripada keadaan kulit kita yang kering, bibir kering,kedutan halus muncul,lingkaran bawah mata menjadi lebih gelap dan paling tak best bila bawah mata dah start berkedut!owhhhh!tidakkkk!Lagi satu,kalau air dalam badan kita tak cukup,proses mengeluarkan toksin daripada badan kita pun menjadi sangat sukar taw...thats why toksin-toksin tu semua dok dalam badan kita dan perangkap semua lemak-lemak because Toxin loveeee fats!eiuwwwww!Thats why kita jd chubby n gemuk taw..huhu...

Tapi tu laa....minum air kosong ni kan,boring btul!takde rasa apa pun kan?kosong-kosong-kosongggg je rasa dia.Tak mencabar langsung!hahaha.Nak minum pun dalam keadaan terpaksa!Kadang-kadang ada yang rasa nak termuntah pun ada kan?punyalah susah nak minum air kosong.


Infused Water??? YM came across pasal ni last month lagi,tapi tak sempat lagi nak study benda alah nih.Then semalam,tetiba rajin la nak study.Study punya study,ehhh!takdelah susah noo nak buat benda nih!kacang putih jek!

Ym memang sangat happy ngan idea "Infused water" ni taw!Infused water ni sebenarnya air kosong je,tapi kita tambah hirisan buah / sayur dalam air tu yang mana akan buat air tu ada perasa.Tapi perasa sihat gitew taw!Air kosong yang ditambah vitamin dan minerals semulajdi daripada buah-buahan dan sayuran.Takyah la letak gula....kalau letak gula dah tak jadi sihat dah..hihi.

Cara nak buat?senang je.Korang hiris-hiris je buah/sayur yang korang suka dan masukkan dalam air kosong dalam botol.Kalau boleh carik la bottle yang BPA-Free ye supaya air tu tak serap bahan kimia yang ada pada botol yang ada BPA (sejenis kimia yang bahaya utk kita).Then,biarkan at least 1hour, baru korang start minum.Tapi YM, YM buat siap2 malam sebelum Ym tido, so lepas tu masukkn dalam peti ais.Pagi esok, keluarkan dari peti ais,hilangkan dulu sikit rasa sejuk sgt2 tu,then baru Ym minum coz YM tak minat air sejuk sangat sekarang nih.Kalau korang suka, its ok,boleh minum terus.

Bila dah habis sebotol korang minum, refill lagi dengan air.At least 2 kali refill ye.Pastu,buat la yang baru pulak.Jangan korang simpan sampai 24jam pulak,kang rasa semacam,YM tak taw!hihi.Ni infused water YM pagi tadi... first time try buat.Hehe.Rasa best la pulak uols...stkt sekarang ni YM dah minum 3 botol air nieh...haha!

Ok ni resepi Infused water yang YM buat pagi tadi : 

3 hirisan timun
2 hirisan lemon
3 helai daun Pudina/mint
1 liter air sejuk
*owh ye,kalau korang ada oren kat umah,tambah la 1-2 hirisan oren ye,baru nyummy!Ym takde oren kat umah,huhu.*

Cara-cara nak buat,senang je,masukkan semua hirisan buahan tu dalam air sejuk tadi,kemudian masukkn ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.Lagi bagus kalau korang buat siap2 malam sebelum tido, so boleh minum keesokkan harinya. Resepi yang ni untuk detox toksin dalam badan dan untuk elakkan perut kembung (bloating) kerana lebihan air yang terperangkap dalam badan.

Owh ye,sambil minum air ni elok juga kalau kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam atau gula yang tinggi (makanan segera/kek/biskut,dll) coz makanan camtu la yang akan menjadikan "water retention" lebih parah.Perut jadi buncit dan muka pun nampak sembab.Sure uols taknak jadi camtu kan?Be well kawan-kawan,stay healthy!

Selamat mencuba juga kawan-kawan! 

4 Sweet Words:

Ahlam Miera Shafie said...

wahhhh... macam best jer.. nk try buatlah... hehehe salam singgah sini baca entry... ^_^v

Anonymous said...

There is definately a lot to know about this topic. I really like all of the points you've made.


Here is my website - Https://Www.Youtube.com/watch?v=7ZAogX5cYmo

Unknown said...

nice..sangat sesuai kpda yg tak suka minum air kosong...:-)
blog awak listed dlm Liebster Award blog saya...
jom sahut cabaran...
link ==> http://princesshealthybeautyshoppe.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html
jemput singgah...
TQ

Miera Nadhirah said...

thanks for sharing... I like infused water too.... try buat dengan strawberry, kiwi , lemon dan mint... sedap gile bau... heheh