Tuesday, February 24, 2015

Tips Menangani anak enggan ke sekolah

Bismillah

My son Aryan dah bercuti  agak lama sempena Chinese New Year bebaru nieh kan?hari ni baru start skool,bayangkan.Start cuti hari tu hari Khamis sampai la Isnin,tudiaa 5 hari direct ha.YM risau juga sebab yelah kan,budak-budak ni kalau dah bercuti lama agak susah sikit kalau nak kembali ke rutin harian dia.Alahhh,macam kita gak la kalau keje ofis kan.Dah cuti lamaaaaa,punya la lemau nak pi keja.Haha.Siap hapdate kat facebook,adoiiii malasnya nak pi keje.kan?kan?kan?
Sooo,apa yang YM buat untuk elakkan budak kecik nieh rasa lemau dan takmo gi skool??? 2 hari sebelum habis cuti,YM test dia.Memalam,dia tengah happy-happy ngan ayah dia,YM pun soh gitau dia yang esok kena gi school dia.Seperti yang dijangka,dia taknak!mata berair dah.Ayoookkk,ini budak.hehehe.Takpe,takpe..rilex..tu cuma cobaaaaaannn.
Pagi nieh,alhamdulillah!dia pegi skool tanpa sedikit pun drama apa-apa.Siap bangun sendiri taw pi mandi,which is I am sooooooooo happy.YM siap nyanyi-nyanyi lagi kat dia,bangun pagi gosok gg cuci muka dan mandi!Takde secuittt pun rengekkan ke ataupun sad face ke,takdekkk!Best kan?
Ok..meh YM share camne dia boleh jadi camtu sekali....Semoga perkongsian ni membantu serba sedikit untuk mengatasi anak enggan ke sekolah.
Tips menangani anak enggan ke sekolah :
1.Sehari sebelum nak ke sekolah,ingatkan dia banyak kali yang esok dia akan ke sekolah.Mom,pls do your happy face ke,excited face ke,funny face ke,clown face ke apa-apalah yang penting tunjukkn kat dia betapa bestnya pegi skool.excited!Macam YM nieh,YM akan ingatkan dia time dia happy-happy tengah main tu kan,"Aryan...esok aryan pegi skool tawww...yayyy!!"mmg agak ke over an di situ,but who cares...anak kita je tgk kita pun.hehe.

2.Jangan respon pada keengganan dia ke sekolah.Maksudnya,jangan sekali-kali kita seoalah-olah tunjukkn pada dia yang kita pun terkesan pada sikap dia tu.Jangan sesekali keluar perkataan, "janganlah camni,nanti susahlah mommy!","camne mommy nak buat ni kalau perangai camni????","kenapa susah sangat nak gi skolah nih haaaa???" - J.A.N.G.A.N. Memberi respon sebegini kepada mereka akan memburukkn lagi keadaan.

3.Terangkan dengan dia tentang rutin dia - dia mesti pergi ke sekolah setiap hari.Bagitau kat anak yang setiap hari itu la rutin dia,ke sekolah, sama macam kawan-kawan dia yang lain,atau sebut la sesiapa sebaya dia yang dia kenal.Macam YM nieh,YM suka kaitkan rutin dia dengan ayah dia,hihi.YM akan cakap... "Esok,Aryan pegi school, ayah pegi work... aunty Amy (adik YM) pegi work... kan?" So.... he's okay bila YM cakap cmtu.Dia rasa mcm dia ada tanggungjawab juga sama dengan ayahnya..dengan aunty dia.Budak-budak ni mmg suka ada tanggungjawab sebab akan buat dia rasa dia "besar".Hehe...comel kan?

4.Pastikan dia tidur lebih awal,so pagi esok dia takkan rasa terlalu mengantuk dan letih.My son nieh,seawal pukul 8.30 malam dia dah masuk tidur,so bila dia bangun pukul 7 pagi tu dia takdelah rasa ngantuk sebab dah dapat lebih kurang 11jam tidur kan?Kanak-kanak sememangnya perlukan lebih jam untuk tidur ok?at least 11-12jam sebab diorang perlu membesar.Kalau yang dah tua-tua tu, 6-8 jam tidur dah cukup dah,hihi.Sebelum dia tidur,ingatkan dia....esok dia akan ke sekolah,so kena tidur awal dan bangun awal.My son Aryan siap cakap... "okeh,esok pegi skool,minum mealshake,makan biskut,ye ibu?"hehee....sejukkkk perut ahkak dengar. 

5.Ibu pun perlu siapkan apa yang patut lebih awal supaya ibu pun boleh bangun dengan keadaan dan mood yang menyenangkan.Pastikan baju skolah,beg skolah dan semua la dah tersedia rapi,so pagi esok takdelah terkejar-kejar coz ladies nieh kalau terkejar-kejar tendency nak jadi "green creature" tu mmg agak tinggi.Miahahahaha!
6.Hantar dia ke sekolah dalam keadaan yang sgt happy.My son selalunya akan naik bas skolah,tapi 1st day of school bila dah cuti panjang nieh,seboleh-boleh YM nak juga hantar dia ke sekolah,so dia akan rasa happy juga.Jadi,pada parents yang sememangnya hantar anak ke sekolah dengan transport sendiri,seboleh-boleh pastikan dia dihantar dengan happy vibration juga ye... ibu senyum,ayah senyum,ofkos dia pun akan happy!inshaallah.

Okay,tu jelah tips yang YM boleh share berdasarkan pengalaman sendiri.Kawan-kawan yang maybe ada masalah yang berlarutan tu,personally YM rasa uols perlu berbincang dengan cikgu kat sekolah dia coz maybe ada gangguan di sekolah yang agak buat dia rasa tak selesa.Ataupun,parents boleh juga try bercerita dengan si kecik tu....bawak la dia ke tempat2 yang dia suka sebelum mulakan sesi heart to heart discussion dengan dia.Inshaallah,kanak-kanak ni sgt telus....they will tell us everything honestly.. dun worry.All the best kengkawan!
                                              
Cara Tambah susu badan.Klik Play untuk tonton Video nieh
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

2 Sweet Words:

Fiza Rahman said...

Thanks for the tips ayu. Bila adah lama cuti bukan mak jer yg lemau. Anak pon lemau jugak. Nasib semalam anak² ok jer. Cuma anak yg 2nd tu bley tertido lpas dah mandi & pakai baju skolah ☺

Najib Ariyan Ali Basha said...

ada masa ajar anak dengan manja... ada masa dengan tegas... saya puji cara2 nih... tak memanjakan dalam bab sekolah...

okay mummy Ariyan akan ke sekolah... ehhh salah nama Aryan lah... hehehehe