Tuesday, November 9, 2021

Vitamin untuk Anak-anak lebih Sihat

Assalamualaikum 

Tak lama lagi anak-anak kita akan memulakan persekolahan dan rasanya ada tempat yang dah pun memulakan sesi persekolahan kan? Memang la rasa lega bila anak-anak sudah pun boleh memulakan rutin harian ke sekolah tapi dalam masa yang sama kita masih juga rasa risau dengan pandemik covid10 yang masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda nak pulih 100% kan?  

Oleh kerana tu la kita perlu bantu anak-anak kita ni untuk menaikkan imuniti badan mereka untuk melawan serangan virus mahupun bakteria.Kita usaha apa yang kita mampu dan selebihnya kita serahkan pada Allah swt untuk tentukan. 

Macam Kekyue nie,kekyue sentiasa akan pastikan anak kekyue ni sentiasa konsisten dengan vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan tubuh badan yang sihat dan kuat,inshaallah.Yes,betul anak-anak kita makan makanan yang sihat akan membantu mereka membesar dengan sihat tetapi zaman sekarang ni kita memang perlukan bantuan extra sebab cara hidup dan pemakanan kita sekarang tidak lagi seperti sebelum ini. 

Ini adalah vitamin yang kekyue sarankan untuk anak-anak kita amalkan setiap hari.Bukan sahaja bagus untuk tumbesaran dan sistem imuniti yang baik tetapi juga untuk otak yang lebih sihat dan bijak inshaallah.








Inshaallah vitamin ini mama membantu anak-anak kita untuk menjalani kehidupan normal dengan lebih baik.Ada banyak vitamin di luar sana tapi pastikan kita bijak memilih yang terbaik uituk anak-anak kita.Saya memilih Shaklee kerana saya pasti yang vitamin yang dihasilkan oleh Shaklee adalah vitamin BUKAN SINTETIK yang bebas daripada bahan-bahan kimia dan juga perasa dan gula tambahan.

Semoga kalian juga mampu untuk memilih yang terbaik untuk anak-anak anda.

Sekiranya kalian berminat untuk mendapatkan vitamin kanak-kanak shaklee ini berserta KONSULTASI  daripada saya bolehlah menghubungi saya melalui whatsapp yang tertera di bawah ya?Inshaallah saya akan cuba bantu. 

Your Trusted Shaklee Distributor since 2012
011-2112 1422 Kekyue

Monday, April 20, 2020

Macam Tak Puasa je kau ni!

Bismillah

Hi guys...assalamualaikum.

Eh!Tak lama dah kita nak berpuasa kan?berapa hari je lagi tau!!Korang dah prepare ke apa yang patut?hehe.Yelah kan,especially mak-mak time PKP ni la agak mencabar untuk kita coz kebanyakkan masa kita perlu ke dapur untuk menyiapkan juadah bersahur dan berbuka,ye tak?

Kalau sebelum ni,juadah berbuka mungkin ramai yang beli kat bazaar Ramadhan kan?Yelah,beraneka juadah kat situ ha!Sedap-sedap pulak tu ye tak?hehe.Tapi tahun ni agak berbeza untuk kita disebabkan oleh wabak covid-19 kan?Tapi takpe,semua ni ada hikmahnya.

Ni YM nak share pasal satu minuman kesihatan ni - performance Drinks Shaklee.Minuman kesihatan ni best sangat diamalkan semasa kita berpuasa sebab minuman ni akan bagi kita rasa bertenaga dan kurang dahaga tau!Untuk anak-anak yang baru belajar nak berpuasa tu kan,boleh la bagi minum ni ketika bersahur,inshaallah anak-anak akan kurang rasa dahaga.Takdelah mak-mak kena melayan rengekkan si kecil tu sepanjang masa kan?hehe.


Inshaallah memang sangat membantu si kecil anda untuk rasa lebih bertenaga.Takdelah lembik semacam je time puasa kan?kita pun risau kalau tengok diorang camtu.Minuman ni menggalakkan badan kita sentiasa hidrat,meaning takdelah rasa kering tekak semua.


ADA DUA PERISA - LEMON LIME DAN NATURAL ORANGE. DUA-DUA PERISA AVAILABLE YE.


TESTIMONI PERFORMANCE DRINKS 






Kalau kita yang dewasa ni amalkan Performance Drinks ni,sure ada yang kata kita, "ko puasa tak puasa ni???segar fresh je aku tengok!" kah!

discount 10% untuk pembelian twinpack

Sekiranya kawan-kawan berminat nak dapatkan minuman kesihatan ni boleh contact saya ye.

KLIK



Sunday, April 19, 2020

Rahsia Kurus

Bismillah


Tengok gambar nieh... teruja kan??ni la namanya #shakleeEffect.Memang terbaik.Sebelum ni akak ni memang nampak cantik dan comel dah,tapi lepas amalkan Shaklee dia lagi nampak lebih langsing dan cantik kan?

Syukur alhamdulillah.

Apa rahsia kuruskan badan dia ni??? ofkos korang teruja nak tahu rahsia kuruskan badan , tips kurus dia ni kan? Pertamanya YM nak ingatkan kawan-kawan, tiada jalan mudah untuk dapatkan body idaman.Semuanya memerlukan usaha dan bukanlah bergantung pada suplemen 100% untuk mencapai body idaman.

ni la diaaaa rahsia kurus dia! 2 Suplemen ni yang membantu dia mendapat body idaman selain mengamalkan gaya pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Suplemen ni membantu melancarkan proses penurunan badan dia.Tetapi apa yang paling penting dia mengawal penggambilan kalori dan memilih makanan yang sihat untuk mempercepatkan proses penurunan berat badannya.

Penggambilan air juga penting untuk membantu melancarkan proses penurunan berat badan.So,kena la juga rajin-rajin minum air masak,bukan air manis tau...hehe.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan suplemen ini,boleh la contact YM ye...klik je gambar kat bawah ni.Inshaallah YM akan berikan konsultasi terbaik untuk anda.




Lama Tak Semestinya Hilang

Assalamualaikum and Hi Earthlings,


Dah lama sangat tak bersiaran kat blog ni.Dah bertahun kot!Bukan apa uols, sebelum aktif kat blog domain berbayar tu.Pointkan blog ni ke domain berbayar tu.So,bila stopkan domain berbayar tu,halamakkk tak dapat la pulak posting tahun-tahun sebelumnya.

Nasib baik la posting sebelum ni,still ada lagi.Syukur alhamdulillah.Maunya kalau hilang semua,waduh...sayang tu ... 

So,from now on,YM akan banyak menulis kat sini la.Inshaallah. So,all of you will see me a lot here,hehe.

Take care everyone,stay safe!

Saturday, April 18, 2020

Tips Melatih Anak ke Tandas

Bismillah

Ok...pada yang dah pernah baca post YM sebelum ni tentang ---> TANDA-TANDA ANAK ANDA BERSEDIA DILATIH KE TANDAS (<--- Klik kalau nak baca ye) pasti tertunggu-tunggu the next tips kan?Ok, kali ni YM share tips untuk melatih anak-anak ke tandas pulak ye.

TIPS MELATIH ANAK KE TANDAS /POTTY TRAINING

1. Pastikan anak dan rumah anda "bersedia" utk Fasa ni.

Beritahu si manja anda sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum anda mulakan perancangan anda.Jangan anggap mereka terlalu kecil untuk kita beritahu hal-hal sebegini.No.Diorang dah boleh memahami perkara-perkara simple sebegini sekiranya anda dah baca post saya sebelum ni tentang kesediaan mereka untuk dilatih ke tandas.
Sediakan juga tempat khas untuk dia "membuang" untuk memudahkan dia melalui proses itu.Sekiranya terdapat beberapa tandas di rumah anda,sediakan la beberapa kemudahan untuk dia juga.
Menyediakan seluar dalam untuk mereka juga merupakan aspek penting dalam menjayakan latihan ni.Ajak la mereka untuk memilih seluar dalam pilihan hati mereka.Melibatkan mereka dalam proses pemilihan ini akan membuatkan mereka juga sangat teruja melalui proses ni.

Kalau kat rumah tu ada carpet,sila la lipat dulu ye sebab dalam proses melatih ni for sure akan ada berlaku beberapa "accident" kan?So,anda pasti taknak rasa stress bila terjadi semua tu.Jadi,sila bersedia ye.

Lagi satu,sekurang-kurangnya dalam masa seminggu pastikan jadual harian anda sangat-sangat loose ye...takde perkara-perkara berat/besar perlu anda langsaikan sebab anda perlu betul-betul fokus pada proses ni.Pada surirumah ini mungkin bukan masalah besar tapi pada ibu-ibu yang berkerja,kalian mungkin perlu berkorban sedikit masa.Ambil la cuti 2-3 hari selepas hujung minggu,so anda boleh la bermula pada hari sabtu hinggalah hari Selasa/Rabu.Pandai-pandai la plan ye.

2.Kenalpasti apa yang mampu buat anak anda betul-betul bersemangat untuk membantu anda menjayakan proses ini.

Kanak-kanak selalunya akan lebih berkerjasama dan bersemangat untuk membuat sesuatu apabila mendapat ganjaran.

Contohnya, sehari sebelum anda memulakan proses tersebut, ajak anak anda pergi memilih beberapa mainan kegemaran dia.Like my son,dia sangat suka pada kereta-kereta kecil,so sy akan memberikan dia kebebasan untuk memilih set-set kereta kecil yang dia suka.Tak semestinya anda membawa mereka ke tempat-tempat yang menjual alat permainan kanak-kanak yang mahal.Berpada-padalah dan ikut pada bajet sendiri. Kemudian bila tiba di rumah,anda masukkan permainan tersebut di dalam bakul khas dan beritahu dia setiap kali dia menggunakan tandas,anda akan berikan dia 1 alat permainan yang dia suka.So,at the end of the day, masukkan toys tu semula ke dalam bakul anda dan esoknya mulakan lagi proses tersebut.

Ini hanya satu contoh.Anda bebas melakukan sesuatu mengikut kesesuaian dan minat anak masing-masing.

3. Mengajak mereka ke tandas dengan lebih kerap.



Sebagai contoh,dulu saya akan mengajak anak saya ke tandas sekali setiap 15-20minit.Terutamanya selepas mereka makan atau minum.Mereka akan terbiasa dengan rutin ini sekiranya kita membantu mereka untuk membiasakan diri.Pada mulanya sememangnya sangat sukar untuk kita,tapi sekiranya kita konsisten,ofkos akan berjaya juga!

4. Puji mereka tetapi jangan terlalu memuji.

Kanak-kanak memang sangat suka dipuji tetapi jangan puji mereka keterlaluan kerana mungkin mereka akan menggunakan itu sebagai salah satu "senjata" untuk membuatkan kita kalah pada mereka ataupun mendapatkan sesuatu yang mereka mahu.Hehe.

Puji la mereka seadanya.Contohnya,kita boleh berkata "wahh,gud job dear!dah besar dah anak mommy,dah bijak ke tandas sendiri!" dan sebagainya.

5. Sekiranya berlaku "kemalangan" (terkencing kat mana-mana),berikan perhatian,belajar dari situasi tersebut dan teruskan rutin seperti biasa.
Hampir semua kanak-kanak yang melalui proses ni pasti akan ada "accident" di sana - sini.Tapi apa yang saya buat dengan anak saya ialah setiap kali dia terkencing di mana-mana di rumah,saya tidak akan terus membersihkan tempat tersebut tapi kami akan berhenti seketika dan ada perbualan ringkas yang berlaku antara kami.Saya akan memberitahu dan mengingatkan dia kembali di mana sepatutnya dia kencing.Saya tidak mahu membuatkan dia rasa malu mahupun mengkritik dia tetapi saya tekankan dengan dia di mana sepatutnya dia kencing.Itu yang sepatutnya dia faham.

6. Mula mengajar mereka tentang kebersihan.

Didik anak anda tentang cara-cara mudah yang boleh anak anda praktikkan sebelum,semasa dan selepas membuang air kecil/besar.Gunakan bahasa yang mudah untuk anak anda fahami dan ingat.Perlu juga tekankan dengan anak-anak mengapa mereka perlu untuk melakukan apa yang anda ajar tersebut supaya mereka bukan sahaja ingat tetapi juga faham mengapa mereka perlu melakukannya.

Okaylah,itu sahaja perkongsian kekyue untuk kali ini.Semoga berjaya ye kawan-kawan.Apa yang paling penting kita perlu banyak bersabar dan terus konsisten walau apa yang terjadi,hehe.All the best!

Bertemu lagi di next entry ya!

Thursday, May 7, 2015

Hobi Baru!

Bismillah

Sekarang ni kan, mmg jadi trend tanam bunga Rose jepun kan?kalau tengok timeline kat Facebook tu, ramai kengkawan yang dok update gambar-gambar bunga-bunga Rose jepun yg jadi koleksi diorg.Bunga Rose jepun ni ada gak yang panggil bunga kembang 10 la, bunga pukul 10 la.. hehe...maybe sebab dia berkembang dengan jayanya time-time tu kan?
YM actually takdelah ikut trend sangat tapi just nak try mulanya sebab tengok ada sorang akak ni yang stay kat area umah YM nieh, memang rajin sangat tanam pokok bunga ni.Subur-subur pulak tu.Kemain berbunga lagi!Dia memang tanam pokok bunga tu je,takde pokok lain.Tu yang YM tergerak hati nak tanam pokok bunga rose jepun nieh sebab sebelum ni YM tanam macam-macam pokok yang berbunga tapi asyik mati jek..tak pernah nak tumbuh subur.Sure dalam seminggu dua camtu, mampuih!maybe sebab YM ni stay dlm 100 meter je dari pantai,thats why jenis-jenis pokok yang berbunga ni takmo hidup!Memang almost semua jiran pun tanam pokok yang jenis takde bunga,yang berdaun jek.Spesis berbunga ni payah nak tumbuh.YM tanam pokok bunga Raya,mmg ada bunga,tapi tak sempat berkembang sure gugur.Memang cmtu la selama ni.
Tapi alhamdulillah.... Rose Jepun ni ok sangat-sangat.Tumbuh dengan jayanya.Dah lebih 3 minggu hidup,means oklah tu kan?haha.Kalau dulu,seminggu dua je,siaplah!Mula-mula bunga layu,pastu ngan pokok-pokok sekali layu,padahal YM siram hari-hari ha.
YM beli 2 jenis ni je dulu.Taknak beli banyak-banyak hari tu sebab takut mati.YM beli 1 pot kat Pasar Tani dengan harga RM15.Agak mahal juga rasanya sebab sebelum tu YM pernah nampak ada yang jual RM8 je 1 pot.Tapi yang tu spesis yang biasa-biasa jelah,yang ni nampak lain sikit bunganya kan?Nama apa pun YM tak tahu sebab YM pun baru je ngan hobi ni.Kalau yang dah siap join grup facebook Rose Jepun ni sure dah belajar macam-macam nama kan?
Disebabkan bunga ni tumbuh dengan bahagianya,YM plan nak beli yang kaler-kaler lain pulak.Tapi kat tempat YM nieh susah juga nak dapat.Kena pandai-pandai carik la.Tapi memang kelakar la bebaru ni...YM jumpa pokok ni kat pasar malam...so plan nak beli la sbb murah,RM8 je 1 pot.Tapi tak jadi beli sebab tak tahu bunga kaler apa.hahaha.Maunya idak...rose jepun ni mekar siang-siang hari je ye.Hihihi.
Tanam pokok ni memang terapi kan?Bila tgk laman rumah berbunga-bunga,hati pun ikut bunga-bunga sekali,hihi.

Tuesday, April 21, 2015

Tips menurunkan berat badan

Bismillah

Weyhhh laaa...sapa taknak slim melim uolss!ofkos la semua nak!YM tahu...Semua tgh hunting tips turunkan berat badan, tips nak kurus, cara menurunkan berat badan,dan mcm2 lagi la kan?Siap ada yang nak tahu rahsia artis kuruskan badan,specifically rahsia kurus artis Malaysia,katanyaaaa kan????
Well, meh YM share a few tips general yang sememangnya mampu menurunkan berat badan kalau kita betul-betul berdisiplin,retis-retis tu pun buat benda sama la nak turunkan berat badan,hehe : 


So ni antara tipsnya yer.. :
- Kuatkan keazaman untuk turunkan berat badan!Anda sanggup buat apa sahaja untuk menurunkan berat badan,selagi tak memudaratkan diri sendiri la.Contohnya buat benda-benda yang membahayakan kesihatan diri sendiri.
- Berhenti makan semua makanan yang berunsurkan "simple carbohidrat" seperti tepung,gula & kentang.Makanan jenis ni akan menaikkn paras gula dalam darah dan pankreas akan melepaskan insulin untuk menukar semua lebihan gula tersebut kepada lemak.
- Minum air masak/kosong lebih kerap.Kurangkan meminum minuman bikarbonat,jus buahan yang diproses dan sebagainya.Air kosong akan membantu untuk membuang toksin daripada badan.
- Meningkatkan pengambilan fiber dalam diet harian anda.Cuba makan 5 hidangan buah/sayuran dalam sehari.Fiber mampu membantu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan menyekat selera makan kita yang membuak-buak.Kebanyakkan makanan yang berunsurkan fiber ni sememangnya sangat rendah lemak.
Thats why YM sarankan supaya client YM mengamalkan Cinch Mix Shaklee yang sememangnya kaya dengan fiber.Memang ramai client YM yang inform sejak amalkan Cinch Mix nieh,diorang rasa kenyang lebih lama dan sekiranya mereka minum Cinch Mix 1/2jam sebelum makan tengahari ataupun malam,mereka akan makan dlm kuantiti yang sedikit sebab Cinch Mix akan membuatkan diorang rasa kenyang.Takleh nak push makan lebih-lebih dah.Hehe.
Minuman yang mengenyangkan!
- Menaikkn metabolisme badan.Cuba untuk makan 5 hingga 6 kali sehari dlm kuantiti yang sedikit dlm masa berselang 2-3 jam between meals.Lebih kerap makan adalah bagus untuk menaikkn metabolisme badan,tapi bukan dalam kuantiti yang banyak ye.So,bila metabolisme badan naik,badan kita akan menjadi pembakar lemak yang bagus.
Kami di shaklee juga suggest Lecithin untuk membantu badan membakar lemak kerana lecithin secara semulajadinya adalah pemecah lemak.So,bila amalkan Lecithin ni,ini akan menghalang badan kita daripada menyimpan makanan yang kita makan sebagai lemak dan menyingkirkan ia daripada badan.Awesome bukan?Kalau nak try, whatsapp je number tertera ye.Harga mmg sangat-sangat berpatutan,dun worry.
- Kurangkan memakan makanan yang diproses seperti,makanan segera (pizza,burger,kentang goreng,dll),makanan yang tinggi sodium seperti maggi,makanan dalam tin
- Jgn makan di waktu malam.Di waktu malam,badan kita telah pun bersedia untuk tidur dan secara semulajadi memperlahankan proses-proses dlm bdn kita.So,bila kita makan di waktu malam,apa yang kita makan tersebut tidak mampu diproses dengan baik oleh badan dan akan disimpan sebagai lemak di dalam badan.
Kita sememangnya mampu dapatkan berat badan ideal sekiranya kita rajin berusaha untuk mencapai matlamat kita.All the best semua!
Owh ye...nak tahu apa rahsia Ibu beranak 3 ni turun 20kg??? Tonton video comel ni ye...hihi..

                  
Maklumat Lanjut, sms/whatsapp YM : 011-21121422

Wednesday, April 15, 2015

WW : Rindu Abah!

Bismillah

Tetiba je sayu bila tengok adegan anak peluk ayah kat drama nieh.Tetiba pedih rasa kat ulu hati...tetiba bergetar rasa seolah-olah boleh rasa pelukan abah.Allah...Allah...rindunya kat Arwah Abah!

Ada beberapa perkara yang YM sesalkan sebab tak sempat buat sebelum abah pergi...Tapi,yelah..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya.
                                                          

Tuesday, April 14, 2015

Tips Penjimatan : Cara mengekalkan kesegaran Ikan

Bismillah
Pagi kelmarin,awal-awal lagi lepas brekfast YM pegi beli ikan Fresh kat tepi jeti Kuala Kerteh,dekattt je ngan umah YM (dalam 5 mins je ngan keta).Stok ikan dah clear kat Fridge.So,memang dah rutin la stock up ikan,so takyah beli ikan hari-hari walaupun Pasar Basah boleh jalan kaki je dari rumah tu about 5 mins dah sampai.Memang selalu beli ngan abg kat tepi jeti bawah pokok ni coz harga ikan dia agak murah berbanding ngan YM beli kat Pasar basah tu.
Bila nampak je muka YM ngan asben keluar dari keta,abg tu terus je cakap.. "ha,meh beli ikan nie,fresh lagi baru je naik dari laut!Harga hari ni pun tgh murah nieh.Ikan kembung RM12 sekilo,biasanya RM14 kan.Ikan pun gemuk-gemuk,hijau-hijau2 lagi".Panjang pulak abg ni pot-pet,hihi.Tapi YM suka je dengar,at least kita dpt info dan kita taw dia mmg jenis peramah kan?
Bila YM tengok sendiri ikan tu...wahhhhh!mmg fresshhh uols!Takdenye mata merah or lembik-lembik.Keras lagi haaaa.Memang kalau masak,manis la rasa ikan tu.Nyum-nyum.Dah terbayang bila goreng cecah sambal belacan/air asam/budu or Tempoyak,perghhh!terangkat!
So,YM pun borong 2 kilo skligusIkan Kembung tu.Abg tu pun kata,sementara murah ni,better la stock up lebih sikit.Yelah,betul juga kan?sementara dapat berjimat nieh,better la beli lebih sikit,at least boleh la jimat RM4 (dah lepas dah GST utk 1 resit tu,kikiki).Then,YM beli Ikan Mudok sekor yang bersaiz sederhana nak buat masak Gulai nanti.Ikan Mudok mmg best uols.Nak-nak kalau fresh!
Bila dah sampai umah,YM pun terus asingkan ikan-ikan nie ikut invidual pack.So,bila nak masak,takdelah YM kena keluarkan semua untuk defroze kan?Selalunya setiap kali masak,YM akan masak dalam 2 - 3 ekor camtu.Al-maklumlah,My asben n son mmg suka sangat meratah ikan.Hihi.
Bila dah asingkan 3 ekor dlm setiap bag tu, so YM dapat la 4 bags.Oklah kan,utk 4 kali makan.YM memang dah lama buat camni dan ikan mmg rasa fresh dan tahan lama berbanding dengan kita letakkan dalam satu bekas,then bila nak masak kena keluarkan semua ikan-ikan tu utk proses defroze.Coz biasalah kan,kita selalunya kalau nak percepatkan proses defroze tu akan rendam fish tu dengan air kan?so teknik tu la akan buat ikan tu cepat rasa tak best.
At least,bila kita dah asingkan ikut kuantiti yang kita masak setiap hari,ikan yang lain takdelah kena keluarkan sekali kan?dok la diam2 dalam deep freeze.Hehe.Selain menjimatkan masa dan minyak,takyah berulang banyak kali ke Pasar,ikan pun fresh kan?
Selamat Mencuba kawan-kawan!

                                                   

Monday, April 13, 2015

Melepaskan "Stuff" kesayangan itu sukar,tapi berbaloi!

Bismillah


Tudiaaa..lama benooo tak update blog ha.Punya la busy sampai tak nyempat2,hihi.Idea tu memang ada,tapi tak sempat nak mencurahkan pada blog je.YM busy sikit ngan proses let go barang-barang lama yang masih elok dan yg masih ada value.Plus,YM busy juga attend appointment doctor untuk my son & myself also.Huhu.
Kebanyakkannya YM let go Tudung-tudung YM.Tak sangka uols,ramai juga peminat tudung2 tu.Of course la YM reducekan 50% - 60% daripada harga asal.Yelah,prelove kan,takkn la nak jual mahal-mahal.Tapi kan,ramai je YM tgk yang let go Preloved items tu dengan harga yang agak mahal.Sudahnya,lambat sangat terjual.YM nak percepatkn proses tu,thats why YM jual murah-murah je.Lagipun brg2 tu semua kan kita dah guna,jadi bg YM mcm tak elok pulak kita jual memahal kan?Lagipun tak nyabo gak clearkan otak serabut bila nengok almari tu.Bila almari pakaian dan tudung2 tu dah banyak space yang kosong,rasa alahaiiiii leganya.Rasa happy je tgk tak banyak sangat dah barang dlm tu...almari boleh bernafas dgn bahagianya,hihi.
Mmg tak dinafikan time nak let go semua tudung-tudung tu kan,rasa mcm lahaiii....semua taknk let go taw,sayang sangat rasanya.Tapi bila memikirkan nak clearkan almari yang melimpah tu dan nak jayakan plan debt-free YM tu,ok...kuteruskan jua.Alhamdulillah,hasil let go tudung-tudung & baju-baju lama yang masih sangat elok,adalah hasil dalam RM400+. Not bad kan?Boleh la YM guna untuk bayar hutang2 berkaitan dan buat saving sket.Perjalanan YM untuk debt-free masih terlalu jauh,tapi inshaallah target YM tahun ni juga setel 3 keping CC tu.Aminnnn...no more hutang CC dah lps nieh.Inshaallah.

Owh ye..pada kawan-kawan yang nak tahu apa tips YM clearkan wardrobe yang melimpah tu, boleh baca kat sini ye-- > Tips Mengemas Almari yang Melimpah!
Ok juga la YM let go brg2 nie coz al-maklumlah skrg ni kan dok heboh pasal GST tu,so at least boleh la YM dpt income tambahan sikit kan.Lagipun,YM masih lagi dlm proses menabung utk simpanan pembedahan Jantung anak YM,Aryan nieh.Mudah-mudahan la dipermudahkan.Moga-moga YM konsisten dalam usaha YM nak setelkan segala hutang-hutang piutang nieh.

Ada juga beberapa barang yang YM bagi pada sedara-mara yang YM tahu diorang mmg sgt perlukan.Ofkos,tudung2 dan baju2 yang masih elok.At least,manfaat berterusan bila kita cuba membantu kan?Lagipun,bila barang-barang ni berkurangan dan tak melimpah sangat kita boleh hidup dalam keadaan yang lebih tenang dan aman tanpa berserabut kepala menengoknya kan?Hidup pun lebih manageable kalau tak banyak sangat stuff dalam rumah kita kan? :)
 
                                                        

Sunday, March 15, 2015

Tips kemas Almari baju yang melimpah!

Bismillah

Its time for decluttering wardrobe!!Last week bila YM tengok koleksi tudung-tudung YM kat almari,tetiba rasa macam insaf!Banyaknye la koleksi Radiusite nieh.Minat punya pasal sampai tak perasan dah menimbun!tetiba jadi serabut pulak kepala YM tengok.YM ni memang peminat tegar Radiusite sejak 2013.Setia pulak tu,hhihi.Memang beli tudung Radiusite je walau brand lain ada gak yang cantik-cantik.Nape ntah.
Betul la org kata kan,bila benda banyak sangat kat sekeliling kita pastu nampak macam messy,boleh jadi pening kepala jadinya.Nak kemas bagi cantik-cantik pun dah tak taw nak mula dr mana.Thats why YM decide untuk carik sedikit inspirasi dan tips dari pakar-pakar declutter nieh kat google utnuk bantu YM.Memang banyak tips yang YM jumpa dan yang YM ambik sebagai garis panduan untuk mengurangkan kekusutan hidup YM,ni haaa.. :
1- Dapatkan 3 kotak yang berlabel - Simpan,Buang/Jual/giveaway,Mungkin. (tak semstinya korang label la...hihi..yang penting,korang tahu perbezaan 3 kotak nieh)
2- Kotak yang berlabel "simpan", masukkan tudung yang YM selalu guna dan sayang sangat2.
3- Kotak yang berlabel "buang/Jual" apa lagi kan,masukkan brg2 yang berkenaan la
4- Kotak yang berlabel "Mungkin" YM masukkn tudung yang ssh sgt YM nak decide nak jual atau tak.So,YM asingkan box tu.Kalau lepas 6 bulan YM tak guna semua brg2 dlm box nieh,YM akan jual/giveaway la kat sapa-sapa. 
Alhamdulillah,akhirnya berjaya la jugak YM buat.Berkurangan jugalah kekusutan kat gobok YM tu.Hihi.YM berjaya juga jual beberapa koleksi tudung-tudung YM.Tak sangka pulak ramai yang nak beli.Alhamdulillah,boleh la YM buat saving.
Ini antara koleksi tudung YM yang YM dah berjaya jual.Sedih juga nak lepaskan,tapi kena buat jugak.Kalau banyak-banyak,tak pakai selalu,membazir.Baik bagi peluang org lain untuk guna kan?YM memang jaga kualiti tudung-tudung YM semua,yelah sayang punya pasal kan.Tapi oklah juga kan,bila jadi cmni,bila kita nak let go,condition still tip top.So value untuk let go tu still ok la..
Ramai yang tanya,"nape nak let go?sayang...",tapi yelah... girl have to do what girl have to do!Kuatkan hati,tutup mata,tutup telinga,lepaskannnnnn.
Bila tengok keadaan almari yang agak lapang sedikit,fuhhhh!tetiba rasa tenang.Tetiba jadi perasan ala-ala minimalist people.Ahhhhh...So minimalist,so pure,So lovely!