Tuesday, May 22, 2012

Gerhana Bukti Kebesaran-Mu

Assalamualaikum...

Subhanallah! Maha Suci Allah!
Fenomena Gerhana Matahari Cincin / Gerhana Matahari Anulus - 20 Mei 201.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa. Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei.

Kanak-kanak yang sangat2 excited melihat Gerhana Annulus di Tokyo pada 

21 May 2012

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi. Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari.


Menurut portal itu, fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque berada di laluan pusat Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh lima minit dan 46.3 saat. Ia akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.

Oleh kerana, mungkin ada di antara kita tak diberikan kesempatan untuk meyaksikan bukti kebesaran Allah ini kali nih termasuk YM, jum! kita saksikan kebesaran Allah swt melalui lensa kamera org lain.Still, subhanallah!Allahuakhbar!






 

Subhanallah!Indah sungguh ciptaan-Mu Ya Allah....


Ini semua adalah koleksi gambar-gambar yang diambil daripada semua negara-negara yang diberi kesempatan meyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku ini. Semoga ramai yang ditiupkan hidayah ke hati mereka, insyaallah...


p/s Jgn lupa klik-klik Tabung jantung Yayan kat  bawah ni, kat atas dan kat tepi ye.Jasa baik dan keprihatinan kalian hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.Semoga kalian diberkati, amin!

10 Sweet Words:

Pen Biru said...

suhanallah..memang cantik.tapi nak tgok gerhana ni kena berlapik jugak.tak leh tengok direct..rosak mata karang..heheh

Riena Haiqal said...

Subhanallah.. sangat2 cantik... di labuan ni boleh nampak juga tapi nda terang sangat la..

alongxp said...

laa... semalam ke? xtau pon.. mlm td tgk berita pn pandang2 je.. xdgr sangat... aduh.. rugi tu... tahun lepas saya dapat shoot gerhana tu...

sal ya said...

subhanallah... besar kuasa Allah kan...

dieyna said...

Subhanallah.. keagungan kekuasaanNYa... Masih ada lagi yang tak nampak, tak tahulaa

The Fakhirin said...

kita seronok melihat gerhana...sedangkn ia adalah satu petanda bencana akan menimpa...hemmmm

Miss N™ said...

SubhanalaALLAH...cntikkan..!
nur xdapat tengok semalam, lagi pun sini hujan lebat..

Izan Ishak said...

subhanallah...sangat2 cantik!

Chic Na said...

subhanallah.. cantiknya. rugi rasanya tak dpt tgk yg betul2. :)

Cikrosecute said...

Subhanallah Maha Suci Allah...Sepatutnya selepas gerhana kita kena sembahyang sunat...