Friday, September 21, 2012

Fitnah itu menjadikan aku Lebih Kuat!-Part 1

Assalamualaikum

Bila YM tengok quote kat atas tu, YM teringat kisah YM 12 tahun yang lepas. Masa tu YM masih lagi study kat campus. Perkongsian YM ni bukanlah untuk menyakitkan hati sesiapa apatah lagi mengaibkan orang lain.Ia semata-mata untuk menjadi pengajaran untuk kita semua.Semoga kita dapat pengajaran.

Ayesha (bukan nama sebenar) adalah sahabat baik YM. Ke mana-mana kitorang akan bersama. Dalam masa yang sama YM juga punya sorang lagi sahabat baik, Fateema, teman senegeri YM.Walau tak sekerap mana ke mana-mana bersama sebab YM tak sekelas dengan fateema, YM selalu berkongsi suka duka dengan Fateema. Kalau Fateema ada masalah kewangan, YM akan cuba tolong apa yang termampu dan dia juga begitu. Kebetulan kami semua serumah, so kami memang rapat.

Suatu hari, tiba-tiba Ayesha bermasam muka dengan YM. Tak mahu ke mana-mana bersama. YM jadi pelik.Apa dah jadi?Bila YM tanya dia elok2, dia senyap.YM minta dia bagitau apa salah YM, apa yang YM dah buat sampai dia sakit hati sangat2 pada YM. Tapi jawapan dia hanyalah, diam.Kemudian, hari-hari seterusnya adalah hari Perang dinginnya pada YM.

Bila YM tanya Fateema, Fateema kata dia pun tak tahu. Tapi, Fateema makin close dengan Ayesha. YM langsung tak suspect apa-apa coz bagi YM Fateema kawan baik YM juga. So, YM pun diamkan diri.YM ingatkan Ayesha sorang yang dah taknak bercakap dengan YM, satu rumah (10org) rupanya perang dingin dengan YM!Astagfirullah.YM makin buntu. Apa yang YM dah buat?YM memang takde klu. YM diamkan diri lagi.Dah jadi macam kera sumbang pun ada gak YM masa tu.

Then, 2 minggu selepas tu, cuti semester panjang start (3 bulan).YM n Fateema memang dah plan nak keje, keje kilang. Ramai yang mmg dah plan join skli, semuanya kawan2 senegeri YM dan ada yang satu skolah ngan Ym masa sekolah menengah. Ada la dalam 12 org. So, masa tu YM kenalkan Fateema pada diorang semua. Semua kawan-kawan YM boleh terima Fateema dengan baik.

Sebulan selepas tu, tiba-tiba satu rumah perang dingin dengan YM. Ya Allah!What happen actually?YM jadi makin binggung. Tiap malam YM nangis sorang-sorang. Bila YM mengadu dengan Fateema, dia kata dia tak tahu. Then, satu hari semua decide nak berhenti kerja dan tinggalkan YM sorang-sorang.Ada yang bagi alasan taknak keje dah, nak balik kampung, rehat.So YM pun diam walau dalam hati dah banjir dah.

Mujurlah ada sorang kakak yang baru join rumah sewa kami, berkerja sekali dengan YM. Dialah yang banyak kuatkan semangat YM. YM menangis, dia cakap No!Dia suruh YM kuat!YM kena buktikan pada diorang semua yang YM boleh stand on my feet.Masa tu, hanya Allah yang tahu betapa sedih dan kecewanya YM. YM tak tahu apa salah YM?Seriously, none of them cuba utk bagitau YM apa salah YM.

Then, seminggu selepas tu, YM decide nak tukar keje coz kakak tu kata ada satu company kilang ni nak pakai pekerja, gaji pun mahal. So, YM tak lepaskan peluang coz YM cuma ada 2 bulan untuk kumpul duit banyak2 utk tampung kos study nanti. Nak ditakdirkan Allah, YM terjumpa kawan-kawan senegeri YM keje kat situ!YM terkejut sangat, kaget!Coz, most of them kata, taknak keje dah, nak balik kampung. So, YM just senyum kat diorang semua.Tapi diorang semua mengelak daripada YM.Seminggu selepas tu, semua resign dan tinggalkan YM lagi. :(

Tapi kali ni, YM lebih kuat. YM fikir, apa tujuan YM datang ke Semenanjung ni. Harapan Ibu n ayah YM. YM terus berkerja di situ sampailah habis cuti semester 3 bulan tu. Kenal dengan kawan-kawan baru yang sangat baik hati.Syukur alhamdulillah, dalam masa 3 bulan tu YM berjaya kumpul duit utk belanja study dan kirim ngan my parents sikit. Happy.

Tiba masanya YM kembali ke kampus. Dalam hati berdebar-debar juga sebab YM dah isi form member-member serumah yang sama lebih awal sebelum tercetusnya perang dingin tu. Tapi, YM fikir positif, insyaallah mungkin ada ruang kemaafan untuk YM selepas 3 bulan.

Rupa-rupanya sangkaan YM meleset.....

To be continued.....(panjang sangat dah, huhuhu)

15 Sweet Words:

- AZIE - said...

kisah YM nie sama mcm kisah sy, pernah jgk cite dkt blog nie, difitnah kwn jgk..tp doa org yg teranaiya tue insyaAllah dimakbulkan..

beat said...

nice quote!

Unknown said...

emm..kisah2 dahulu kan..masing2 sume ade peel masing2..dugaan hidup sesama manusia..susah nk dpt 1 kepala kan..

Mrs Velentine said...

wah menarik ceta YM..cepat lah sambung..hish2 x baik kawan2 YM ni..sedih..cubit2 nuffnang kat sni

Marsha~ said...

hissshh.. saspen!!! cepat update

sue zainun said...

kenapa agaknya ye?hurmmm

Errah Najwa said...

cpt2 update ym..:)

Chic Na said...

elok2 tgh emo, bersambung lak. huhu..

Cikrosecute said...

nice story...tak sabar nak baca sambungannya...

boni kacak said...

apa la kisah nya tu ye YM??

ida =) said...

Suspend!

نورعيم said...

mesti ade yg jadi batu api ni. biasala kalau dlm 1 group, mesti ade yg tak puasa hati.

Si Matatajam said...

Ala tak sabaq nak tau kisah Seterusnya ni..suspen ni... Kesian YM..

Cik Ai said...

adoiyai
cpt2 continue..eksaited nak tau ni YM..

psst!sesungguhnya pengalaman mematangkan kita dlm kehidupan seharian kan YM =)

Riena Haiqal said...

cepat2 update lagi ceta ni ya YM.. mo tau apa ceta selanjutnya.. ada sedikit sebnyak macam kawan2 ku juga..