Saturday, September 15, 2012

Kau tidak Layak menilai Amalanku!Hanya Allah berhak!

Assalamualaikum


Bila YM terbaca bait-bait kata-kata Ustaz Azhar ni, YM teringat satu cerita.Cerita daripada seorang sahabat.Bukan bertujuan untuk  membuka aib sesiapa tapi untuk kita jadikan pengajaran. Pengajaran agar kita menjadi manusia yang lebih baik.

Sahabat YM, ceritakan dengan YM dengan rasa yang sangat sedih dan sebak atas tanggapan dan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh darah dagingnya sendiri,iaitu keluarganya sendiri sewaktu  hari pemergian ayahnya.

Dia ceritakan, ayahnya sewaktu hidup bukanlah Muslim yang baik. Sewaktu mudanya, dia pernah melakukan beberapa perkara yang dilarang oleh agama. Solat 5 waktu bukanlah menjadi satu kemestian buatnya. Seluruh ahli keluarga sangat arif tentang itu.

Kemudian, ayahnya jatuh sakit.Bertahun-tahun ayahnya menderita sakit.Ketika itulah,kesedaran ayahnya timbul sedkit demi sedikit.Namun persekitaran ayahnya tidak banyak membantu dirinya untuk benar-benar berubah. Ditambah pulak,kawan YM  tinggal sangat jauh dari keluarganya menyukarkan dia untuk membantu.Semua perkara yang dilarang, ditinggalkannya cuma solat sahaja yang belum ditunaikan dek kerana malu untuk belajar kerana sudah tua dan persekitaran yang sangat-sangat sinis di kampungnya.

Beberapa bulan sebelum ayahnya meninggal,ayahnya datang melawat anaknya.Di situ,ayahnya melihat satu persekitaran Islam yang sangat menarik perhatiannya.Sempat dia berkata pada anaknya; "bagus tempat ni kalau nak berubah jadi baik kan, nak?".My fren sangat sebak at that time,katanya.Tak sangka perkataan itu boleh keluar daripada mulut ayahnya.Lagi menggembirakan hatinya,For the first time in his life,ayahnya berpuasa!Sebulan Ramadhan dia tinggal bersama sahabat YM. 

2 bulan selepas itu, ditakdirkan ayahnya meninggal.Sewaktu hari pemergian ayahnya,hati si anak berdebar-debar membuka penutup muka ayahnya.Terbayang cerita-cerita sebelum ini yang didengarinya yang kadangkala aib manusia dibuka sewaktu hari kematiannya. Dalam hatinya, dia berdoa, memohon yang terbaik buat ayahnya.

Namun, alangkah terkejutnya si anak,sejurus selepas dibukanya penutup muka itu,ayahnya kelihatan seperti tersenyum bahagia,seakan tidur yang sangat lena!!!!Sujud syukur si anak!Alhamdulillah.Rupanya,bukan dia seorang sahaja yang ditunjukkan keajaiban Allah itu, adik lelakinya juga!

Tapi, apa yang sangat menyedihkan sahabat YM itu ialah, ahli keluarganya sendiri.Ada yang meng"ada"kan benda yang tiada,kononnya roh ayahnya menjelma menjadi yang bukan2 kerana amalan buruknya sewaktu hidup, ada yang berprasangka bukan-bukan, even ada yang menyamakan taraf ayahnya lebih rendah daripada ANJING!Sampai macam tu sekali mereka merasakan diri mereka lebih baik daripada org lain!

Kepada ahli keluarga sahabat YM tu, YM nak tegaskan kat sini, kalian bukan Tuhan untuk menentukan seseorang itu layak atau tidak untuk Syurga-Nya!Manusia tidak layak untuk menilai amalan org lain, hanya Allah swt berhak!Mungkin ada amalan-amalan arwah yang kita tidak tahu mendapat pahala drpd Allah swt, siapa tahu???Itu Rahsia Allah.

Bila mana seorang manusia merasakan dia LEBIH BAIK daripada manusia lain, sebenarnya dia TIDAK. Dia cuma mungkin bernasib baik diberikan apa jua yang dikehendakinya buat masa ini, namun ingat, bilamana kita sombong dan bongkak,Allah akan tarik SEMUA nikmat-NYA itu sekelip mata!ALL OF IT!

Wallahualam

15 Sweet Words:

Anonymous said...

betul tu YM..dosa dengan pahala urusan Allah..kita yg masih hidup ni terus perbaiki amalan kita...:)

Riena Haiqal said...

Urusan dosa pahala Allah sahaja yang berhak tentukan..kita sebagai manusia tak patut nak menghakimi atau menghina orang sesuka hati.. cermin dulu diri sendiri sebelum mengaibkan orang lain..sedih juga bila baca kisah ni.

Unknown said...

Banyak kes macam ni berlaku. Ramai manusia sibuk nak ambil alih kuasa Allah, iaitu menghukum manusia. Ramai manusia berlagak seolah-olah merekalah malaikat Atid dan Raqib, yang tahu dosa dan pahala yang perlu dicatat.

NoorVictory said...

Macam tu la manusia kak, kain orang lain jak dijaga. Kain sendiri koyak xsedar.

Semoga ayah sahabat kakak tu dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang diredhai ALLAH. :)

Bagitau dia, biar la orang buat kita, yang penting jangan kita buat orang. Kan kak? :)

Pen Biru said...

sungguh x patut bnda ni blaku.

Miss N™ said...

setuju..!

siapa kita nak menentukan dosa pahala seseorgkan..

kadang2 yg buruk itu boleh menjadi sebaik-baik manusia.. kalau nak di bandingkan dengan org yg rasanya baik padahal mencanang cerita yg bukan pada si mati..

tak berdosakah namanya itu..?

Si Matatajam said...

Segala perbuatan setiap manusia tu hanya berhak diadili oleh Allah swt saja..kita ni sekadar hambaNya saja..tak layak pun nk judge org lain..

dieyna said...

jangan cepat menjatuhkan hukuman....

Chic Na said...

boleh pulak mcm tu. semuanya rahsia Allah. takde siapa yg tahu.

boni kacak said...

tu lah.. dah macma lumrah manusia ni. pasti akan terus menilai seseorang berdasarkan apa yang mereka lihat sahaja.. lihat sahajalah apa jadi kepada arwah.. tapi kuasa Allah. pasti apa yang jadi tu akan ada balasannya. makin ramai yang menghina, makin mulia seseorang tu di sisi Allah. InsyaAllah.. :)

ida =) said...

Alhamdulillah. Nsib kita belum tahu lagi.

Cikrosecute said...

Siapalah kita untuk menilai seorang manusia...Hanya Allah yg tahu...

sesep said...

Tidak ada yang serupa dengan tuhan,

abu hanis said...

Sememangnya manusia suka berlagak macam tuhan.Spt Menentukan org tu ahli syurga/neraka, menganggap dialah punca anaknya jadi baik,pandai dan berjaya. Atau kerana usahanya sendiri maka dia berjaya. Atau jadi tuhan kepada isteri dan anak;yg bagi makan isteri/anak siapa? tanyanya. Dia lupa bhwa Allah adalah segala2nya. Usaha/kerja bukan pemberi rezki,yg bagi rezki hanya Allah. Apa yg manusia buat, hanya usaha dan itu adalah perintah Allah, namun yg bagi apa yg kita dapat, hanya Allah.

Unknown said...

semoga setiap amalan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah.