Thursday, September 6, 2012

Kisah seorang Penderita Endometriosis!

Assalamualaikum



Ketumbuhan  yang pelik-pelik di badan manusia sekarang nih dah jadi TAK pelik kan?Common sangat! Kejap-kejap dengar si A kene operate.Esok, si B pulak.Alahai.Alarrr, korang takyah pikir panjang sangat pun, contoh terdekat, YM nieh ha, dah 2 kali kot kene operate!DUA kali yer dalam masa 5 tahun; first in 2007 and 2nd in 2012.

Dua-dua operate atas Reason yang sama, iaitu Endometriosis. Endometriosis tu aper?Secara ringkasnya,ni adalah ketumbuhan yang tumbuh di kawasan2 seperti ovari, tiub fallopian dan yang agak extreme mcm YM ni, kat usus taw!Bukan kanser, tapi ketumbuhan tu akan menganggu sistem reproduksi dan kesakitan yang melampau ketika haid.

Kalau peyed, ya Allah!Maunya berguling2 YM, sakit yang amat taw!Bukan setakat sengugut biasa,tapi luar biasa!Sampai takleh bangun taw.YM rasa pening-pening dan muntah-muntah.Aduiiii!Memang pain killer tu Bestfren YM la sejak dulu.Wajib ada dalam handbag YM.Kalau takde, mmg takleh buat keje la YM, yunk!

Diorang kata kalau dah berkahwin, sengugut tuh akan hilang kan?Case YM?ermm, takde maknanya!Lagi bertambah sakit ada la.Kalau nak period every months tuh, rasa macam phobia taw!sampai camtu skli tahap extreme nyer.Lagi satu, aturan kitaran haid tuh, takyah cakap la, bulan ni datang, ko tggu 3-4bulan baru nak datang balik.Then, masanya ofkos la more than 14days!Memang tunggang-langgang.Tu yg payah nak getting pregnant.
Lepas operate kali pertama tahun 2007,masa tu ketumbuhan di ovari kiri dan kanan YM, 6.5cm & 5cm. Mmg agak besar dan operate je solution Doctor.Alhamdulillah lepas operate utk buang ketulan dan settlekan 6 doses suntikan hormone every month from specialist utk stopkan period coz darah kotor tu la yg akan menjadi ketulan tuh, kitaran haid YM stabil.

Tapi, tulang-tulang YM rasa sengal-sengal, especially tulang belakang.YM takleh angkat berat dan badan cepat sangat masuk angin.

Then, bila YM preggy Yayan, alhamdulillah, lega la YM dlm setahun gitu. Tapi, lepas bersalin, period YM jadi tak menentu lagi. ingatkan normal, yelah ramai ibu2 yang baru lepas bersalin kata, tu normal.Then, kalau datang, almost a month taw!Pendarahan sangat banyak masa tuh.Masa tu tak ambik pusing sangat la sebab YM sibuk jaga Yayan yang sakit. Diri sendiri memang YM tak kisah sangat masa tuh.

Bila Yayan dah settle operate kali ke-3, YM rasa macam tak sedap hati. Bila period je, mmg kene telan Pain killer, kalau tak, rasa mcm nak pengsan!Plus, bila YM meniarap je, rasa macam ada ketulan besar di ovari YM. Yelah, YM dah pernah dibedah kan,so YM dah boleh agak dah perubahan2 tu.

YM terus je pegi scan kat clinic biasa, bulan August 2011. Bila scan je, Doctor tak cakap apa pun, YM dah, "Ya Allah...ader lagi!"on the spot terpacul drpd mulut YM taw!Terkejut Doctor tuh, huhu. YM pun dah terer tgk scanner tuh, hehehe.Kali ni, besarnya 6.2cm

Nampak yang Red dots tuh?tu la diaaaa....
Doc terus je refer YM ke specialist O&G.The same Doctor yang penah operate YM la. Tapi, kebetulan masa tu, My dad pass away.Jadi, tertangguh lagi la, semuanya. Emosi tak stabil.YM macam terlupa pada penyakit sendiri.

Then, bulan Januari 2012 baru le YM pi ke Specialist. Masa tu kalau korang nak tahu, bila specialist measure je ketulan tuh, dah jadi 9.2 cm! Bayangkan within 6 months, boleh membesar bagai Johan gitu!ngeri YM. Masa tu tak pikir panjang dah, dalam pale kalau Doctor nak operate masa tu pun, takpe, operate jek.!

Banyak kali YD tanya, YM still insist nak operate jugak ke?YM masa tu, confident jek, still nak proceed. YM takde nak carik alternative pun, yelah, takut kottt YM, cepat sangat membesar kan?

Lepas operate, Doctor suggest ambik suntikan hormone lagi. Aduhh. Tapi, kali ni Doctor kata, maksimum 4 kali je sebab Ym dah penah 6 kali, so dia takut ada effect pada tulang YM.

YM sempat ambik 3 suntikan je.Then,YM stop ambik.Trus stop consult Doctor.Nak tahu sebab ape?Sebab pertama, insurance dah tak cover suntikan hormone,so nak tahu kos bape utk 1 suntikan?RM400!Ha!nak menangis YM taw!

Second, sebab YM rasa badan YM dah takleh tanggung dah any hormone injection. Kejap2 sakit sana,sakit sini.Tulang belakang YM,ya Rabbi,sakit manjang!Nak tido malam pun tak selesa.Berdiri lama pun dah takleh.Dah macam orang tua taw!huhu...

Bila YM buat research sendiri kat tenet utk rawatan alternatif, terkedu sekejap YM bila baca ramainya yang nak elakkan diri daripada dibedah.Operation tu kira last choice la.Sibuk mencari penawar alternatif di sana-sini. Pesakit Endometriosis yang dah melalui 1 pembedahan pun, dah serik.YM?Dah 2 kali kot....ermmm.

Daripada banyak2 testimoni,YM tertarik pada 2 produk.1 produk YM dah start ambik, ari ni masuk hari ke-5.Apa dia?Later la YM story-mory kat korang yer.Dah panjang sgt nih....

Doakan YM serasi dengan penawar tu ye, kawan-kawan. YM kena pastikan diri YM sihat utk jaga Yayan.Insyaallah.

10 Sweet Words:

Leena said...

Semoga apa yg YM amalkan sekarang dapat memulihkan kesakitan YM.

Riena Haiqal said...

semoga Allah permudahkan segalanya buat YM.. semoga cepat2 sembuh utk Yayan ya YM.. kuatkan semangat.. jangan putus asa.mesti ada penawarnya

Miss N™ said...

YM...nur pun kalau period guling2.. sama mcm ym, xlarat bgun, muntah2... pening...CM 3 hari.. kalau priod je msti nangis2... pernah chek kliknik, katanya angin..!

nur pernah pegi ngurut..tapi still sakit...! nur dapat puasa penuh, sbb priod mmg xnormal..huhuhuhu...

nur takut bab2 sakit ni... nur mmg penakot..huhuhuh

Chic Na said...

cik na pun senggugut teruk. every month mesti MC sehari. tapi tak pernah g check sbb takut. huhu..

Unknown said...

Suntikan hormon mmg menyakitkan..
Mamavogue pun penah operate buang cyst dulu pun dua2 belah ovari..
Alhamdulillah walaupun tak pulih sepenuh nyer tp tak la sampai sakit especially time period.

Mamavogue tau YM sorg yg sgt kuat & tabah. Jage diri bebaik sebab kita kena jaga sayang2 kita kat umah.

Nur-nba said...

Tadi baru je bersembang dengan rakan tentang sakit yg dialaminya.. Dia juga seperti YM, endometrodisis beliau pula mengakibatkan rakan Nur kurang peluang untuk dapatkan zuriat sendiri. Menurut doktor, hanya boleh dengan cara IVF.

Semoga YM bersabar dengan ujian dariNya.

boni kacak said...

wah.. macam mana boleh tumbuh benda tu ye>? faktor pemakanan ke apa YM? saya pulak yang takut ni.. sekarang macam2 benda pelik hinggap kat badan kita ni kan.. YM sampai dua kali operate.. harap lepas jumpa penawar tu, masalah YM akan selesai..

sal ya said...

semog dipermudahkan.

Cikrosecute said...

Semoga apa yg YM amalkan sekarang dapat memulihkan kesakitan YM....takutnya bila baca entry nie...

Aznin Haida Bt Abu Hasan said...

saya baru jer baca erita ym ni....mcm mana skrg? Sebenarnya nasib kita sama. Apa yg ym rasai sya pernah rsai juga....sama ssperti ym....2 kali operate.....cuma bezanya sya punya endo etriosis ni ada semula buat kali ke 3. Sedih tapi redho....doc kata terpulang pada saya nk simpan asalkan ianya tidak pecah atau mengganggu buah pinggang. Jika tidak operate la jwbnya....x der pilihan...ni pun baru jer balik dr jumpa doc....mcm bisa endomtsis semakin membesr.....ubat? Mmg x der ubat? Suplment dah makan mcm2 dgn harapan boleh kecut. Tp masih belum dengar berita baik lagi.....sory..membebel pulak....just nak kongsi pengalaman.