Monday, January 21, 2013

Produk Shaklee Tidak Halal???

Assalamualaikum


Waduh2....isu halal-halal toyiban ni memang sensitif taw zaman skrg ni. Yelah, semua Muslim nak pastikan apa yang dimasukkn ke dalam badan adalah yang halal sahaja, alhamdulillah, bagus kesedaran tu.Adalah sangat penting kita menitikberatkan apa yang kita makan & minum sebagai org Islam.Tapi, bukan yang zahiriah sahaja ye, yang lahiriah kena pastikan halal juga, (^__^). 

Namun, kurang pendedahan terhadap perkara ini kadangkala membawa kepada keraguan yang tak berasas. Misalnya menganggap semua produk luar negara tidak halal kerana tiada tanda/sijil halal JAKIM.


Haruslah kita ketahui bahwa JAKIM adalah salah satu badan yang mengeluarkan sijil halal/mengesahkan halal bagi produk keluaran Malaysia. Nama pun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Mungkin kita biasa dengar “Disahkan halal oleh badan2 yang diperakui oleh JAKIM”. Bermakna produk tersebut sudah lulus untuk status halal oleh badan Islam di negaranya, dan JAKIM mengesahkan bahawa status halal itu benar, bukan palsu. Dan sijil halal produk tersebut adalah dari badan yang meluluskannya, bukan JAKIM.

Shaklee merupakan produk keluaran luar negara, sebab tu la seringkali status halal-nya diragui.

Klik utk Tumbesaran

Utk Pengetahuan semua, Sijil halal Produk Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA).Syarat utk mendapatkan kelulusan ISA pula sangat la ketat dan susah dan alhamdulillah Shaklee berjaya melalui semuanya.

ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).

Fuhhh!sebelum ni siap ada blogger yang Up kan issue dalam produk Shaklee ada ekstrak Babi.Ohmyy!!sangat la tidak betul fakta Itu.....
No-No-No....Semoga Entry YM ni dapat menjelaskan keadaan yg sebenar.
Oklah, takmo membebel banyak la. Ni YM nak bagi Email terbaru yang sahabat kami terima daripada pihak ISA utk meyakinkan kalian yang Produk Shaklee adalah yang halalan toyiban.H-A-L-A-L.

KLik utk lebih jelas...
Semoga bermanfaat.

Firman Allah swt, "Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan; karena sesungguhnya syaithan adalah musuh yang nyata bagimu." (QS. Al Baqarah:168)


4 Sweet Words:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum YM, sheila pun baru nak try produk ni. kakak sheila suggest belikan. sheila beli dengan kawan dia :)

Dingdang said...

produk ni memang tengah hot sekarang. bila dah laris macam2 cerita yg keluar.

boni kacak said...

biasalah tu, bila sesuatu produk tu tengah hangat di pasaran,pasti akan ada yang PHD

:)

emarieys said...

Alhamdulillah..ianya produk halal... memang sekarang isu halal adalah yg utama dititikberatkan