Saturday, March 15, 2014

Apa ada Pada nama?

Assalamualaikum


Ramai yang tak tahu yang sebenarnya ibu YM adalah seorang mualaf.Masih ramai lagi keluarga di sebelah ibu YM yang bukan Islam.Ibu memeluk Islam selepas berkahwin dengan abah.Alhamdulillah.

Walaupun Ibu dah memeluk agama Islam,kami masih rapat dengan keluarga sebelah ibu.Keluarga sebelah ibu memang sangat-sangat baik dan memahami kami sebagai muslim.Setiap kali hari raya,mesti ramai yang datang berkunjung ke rumah kami memeriahkan lagi syawal.Dan kami pun akan balik ke kampung setiap kali perayaan Tahun Baru tiba.Ofkos Ibu saya la akan jadi ketua Chef.Hehe...



Teringat masa YM kecik-kecik dulu,betapa la tahap curiosity YM tu mengila sampaikan YM pegi tanya soalan-soalan yang agak menjengkelkan kat ibu YM tu.Hehe.Boleh je YM tanya,"Umi,dulu kan,Umi makan b*** tak?rasa apa yerk?" suka hati aku je bagi soklan-soklan camtu kan?huhu..Umi tak bagi jawapan pun dengan soalan YM tu.Membiarkan YM bertanya2 sendiri dan mencari jawapan sendiri.Bila dah besar baru la YM tahu apa agama dan praktis agama lama ibu YM.Tetiba rasa bersalah tanya soalan pelik ntahpape kat ibu Ym taw..huhu

Ibu YM pun tak pernah tukar nama dia taw.Kat IC dia tetap tertera CATHERINE MILD.Kat sekolah masa daftar pun YM tetap tulis nama tu.Kat Sabah takdelah janggal sangat bila YM guna.Bila sambung study kat UIA,Gombak...haaa!situ la menjadi tanda tanya ramaiii org.Selalu je dapat soalan-soalan pelik dr kawan-kawan.

YM teringat lagi satu kes kat campus,YM dipanggil oleh Kaunselor kat kampus.Masa tu punya la berdebar-debar kan?pehal pulak tetiba kena panggil ni ha??Apa la yang aku dah buat nih?seram sejuk dibuatnya.Then,bila bukak mulut,rupanya diorang ingatkan YM ni dibesarkan oleh keluarga yang ayahnya muslim and ibunya non-muslim yg tidak menukar agama-Living together.Astagfirullahalazim..

Plus Ym pulak berasal dari Sabah kan?so,lagi la menguatkan teori diorang tu,since kat Indonesia dengar2 ada yang praktis cenggitu.Rupanya diorang nak kaunseling YM sebab ingatkan YM ni dibesarkan dengan keluarga yang punya 2 agama.Mengucap panjang YM.Camtu sekali penangan nama ibu YM kan?hehe

Tapi YM tetap berbangga dengan nama ibu YM tu dan Ym puji pendirian ibu yang tak mahu menukar namanya walaupun telah bertukar agama.Sekurang-kurangnya,dengan nama dia tu la kami akan selalu ingat keturunan ibu kami,asal usul kami.

This is my Mum-- Mrs Catherine Mild


Dusun Kadazan adalah asal usul ibu saya,Islam adalah Cara Hidup dia,alhamdulillah.!


10 Sweet Words:

Cikgu Ross said...

Seorang ibu dan.kakak yg sangat memahami....masih ku.panggil dengan nama Trin...sejak myla mengenalinya...ketika itu abah YM dan dia tengah bercinta....heee . Seorg yg lembut, baik hati, cekal, tabah dan segala-galanya.....

Bunda_nora said...

assalam,

salam ziarah dari bunda..

Chic Na said...

muka sebijik.. hihi.. special gitu kan.. bestla sambut dua perayaan besar..

Deq's Qienz said...

hai YM..sihat ke??maaf lama xjenguk YM di sini :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam YM...Alhamdulilah YM & Ibu diberikn hidayah oleh ALLAH.Muda lg mak YM yer :)

Ibu Yusuf Maryam said...

Nampak muda lagi mak YM.. :D

msredcheesecake said...

selagi nama tu takde makna yg tak elok, takpelah kan... ada juga akk dengar mualaf pakai nama asal dia sendiri...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak yan, padanlah kak yan comel. muka umi kak yan, manis sangat. sampai camtu sekali depa salah anggap kan.. adehh... selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

Lyaa Suriany said...

lawa nya mak YM.


nama dia pn lawa. kalau convert pn tak semesti nya nama kena tkr kan.
janji, agama kite tu.

suria lekatlekit said...

bertuah dapat merasa hidup dalam 2 adat yang berbeza.