Wednesday, April 23, 2014

Keburukan Penggunaan Puting Kosong

Assalamualaikum

Memandangkan YM sekarang ni menjadi salah seorang admin pada satu kelab Ibu-ibu,so YM rasa terpanggil nak tulis artikel berkenaan dengan baby-baby nieh.Walaupun anak YM-Yayan dan besar panjang kan?hehe.


Puting Kosong.Puting jenis camni memang ramai ibubapa yang guna utk 'menenangkan" bayi mereka kan?Yayan masa bebi-bebi takmo langsung ngan puting nih.YM nak sangat dia pakai time tu taw,nape ntah ngan mak dia nih!haha.Bukan apa,sebab nampak mcm cute giler kot!dia dok nyonyot cenggitu.haha!Tapi,hampeh,yayan langsung tak berminat!dia luah-luahkan ada la!

Rupanya,oklah juga dia taknak sebab ada keburukan juga puting kosong ni.Ni info yang YM dapat hasil bacaan YM.

Keburukan penggunaan puting

  • Infeksi telinga meningkat
    Ada kaitan yang terbukti mengenai penggunaan puting untuk jangka masa panjang dan infeksi telinga tengah. Adalah disangkakan bahawa menghisap puting kosong menambah kemungkinan infeksi berpindah dari mulut ke tiub Eustachia (saluran berisi udara yang menyambungkan telinga tengah dengan bahagian belakang tekak). Hadkan penggunaan puting untuk tidur sahaja, untuk mengelakkan masalah seperti ini.

  • Kaitan dengan infeksi perut dan lain-lain
    Puting kosong telah dikaitkan dengan risiko tinggi mendapat simptom seperti muntah-muntah, demam, diarea (cirit-birit) dan kolik.

  • Penggunaan puting kosong secara jangka panjang menyebabkan masalah gigi
    Ramai doktor gigi tidak menggalakkan penggunaan puting kosong atau menghisap jari sebab kedua-duanya boleh menyebabkan beberapa masalah apabila gigi tumbuh dan keluar, terutama sekali jika bayi masih menggunakan puting sebagai penenang semasa gigi kekal mereka sedang menembus keluar.

  • Masalah pertuturan
    Penggunaan puting kosong tidak membolehkan bayi membuat bunyi-bunyian, yang merupakan langkah penting dalam mereka belajar bertutur, dan juga tidak menggalakkan bayi bertatih berceloteh, yang diperlukan mereka untuk membina kemahiran bahasa. 

  • Menggunakan puting kosong secara harian mengganggu penyusuan badan
    Ada bukti kuat bahawa wanita yang menggunakan puting kosong lebih cenderung untuk mencerai susu lebih awal daripada ibu-ibu yang menyusu badan yang tidak menggunakan puting kosong secara harian. Penggunaan puting kosong telah dikaitkan dengan masa yang lebih singkat bagi penyusuan badan secara ekslusif dan juga kekurangan susu semasa bayi berusia satu bulan.
Credit

Nampak gayanya, parents yang plan nak guna puting kosong ni utk bakal baby diorang kena pertimbangkan balik la kan,since tgk keburukan penggunaannya pun agak "heavy" kan? Tapi,apapun pilihan di tangan masing-masing, (^_^). Pilihlah yang terbaik utk anak-anak.

Oklah semua,tu je nak share hari ni.See you in the next entry!Take care!

4 Sweet Words:

Mayang Sari said...

Assalamualaikum... Great article! Thanks for sharing yayansmum! hehe.. Alhamdulillah kimi n hani x suka puting kosong ni. X la pening... :)

PearlKaz said...

anak saya pun tak suka sangat isap puting. tapi, sejak2 gusi gatal, baru lah dia nak isap... cuma, kadang2 je la bila nampak dia masuk mulut. kalau tak ada, dia tak cari pun. nasib baik.. hehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak yan, sheila masa kecik mak kata gigi jadi macam gigi arnab sebab dok nyoyot puting ni. masa tu dekat 2 tahun kot. mak terus cabut tak kasi guna. alhamdullilah dah besar ni, mujur gigi tak jadi macam gigi arnab. hehehe ~~~

Deq's Qienz said...

nice sharing YM..nt dq copy paste boleh??