Assalamualaikum
Hi Lovelies!Camne puasa semalam?ok tak?ada yang melepek,lembik-lembik?hehe..takde kot kan...semua kuat-kuat nieh.
YM happy sangat 1st Ramadhan nie,sebab my son Yayan yang umo 4tahun++ tu puasa PENUH!alhamdulillah.Start 5.30pagi sampai la 7.24petang,syukurrrrr.YM memang over the top la happy!sebak ahkak taw!emosi sikit,hehe.Yelah,ni pengalaman pertama dia berpuasa dan syukur pengalaman pertama ni la pengalaman paling best dia bagi kat ibu dia nieh ha.Mula-mula YM agak risau juga,sebab yelah dia kan pesakit jantung,so YM risau kot-kot dehidrasi jadi.Pesakit jantung ni memang sensitif dengan dehidrasi.Tapi, Ym memang tawakal je.Doa banyak-banyak utk dia.
Ni video yang YM rekod pukul 6.30petang.Masih energetic lagi si kecik nieh.Happy lagi ha,menyanyi,saya "kuasa",saya "kuasa".Hihihi.Banyak kali ajar dia "P-U-A-S-A,tak jalan gak..nak jugak dia sebut Kuasa....haiihhh...tak kuasa dah YM nak betulkan,haha!Alhamdulillah,dia takde pun menangis-nangis melalak nak minta air or makan,sekali pun takde.Cuma ada gak la dia tanya dalam pukul 3ptg tu,"Ibu tak masak ke?"hihi.Then YM gitau,"kan ibu dah gitau,kita puasa".Dia just cakap "ooooooohhh!ok"hehe.Faham dia,bagus.Maybe terlupa la tu,dia puasa.
Ni reaksi budak kecik ni bila nampak makanan.Lahaiii...tu makanan yang dia pilih kat Bazaar Ramadhan.YM ajak dia ke Bazaar Ramadhan,nak bagi dia happy-happy sikit.Ym siap bagi kebebasan utk dia pilih apa dia nak.Dia apa lagi,lompat bintang la!haha.Laju je tunjuk sosej gergasi!RM4 sebatang ko!hihi.Oklah,rewards utk dia sebab puasa seharian kan?Dia siap nak air carrot susu lagi ha...hihi.Tapi bila YM kata,takpe,ibu bancuh kat umah,dia anggukkan aje.Hehe.Good Boy!
Reaksi dia kat gambar tu buat YM "meleleh" ayaqmata.Huhu.Mahunya tak sebak,bila tengok budak kecik gitu makan dengan happynya lepas seharian berpuasa.Memang terharu ahkak taw!sejuk rasanya perut ni mengandungkan ko nak.Alhamdulillah.YM dulu kecik-kecik, mula-mula mak latih puasa pun tak macam dia,menangis la jugak nak minta bukak puasa,siap hentak2 kaki haa...haha!malu pulak ngan anak,hihi.
Bila YM update status happy YM kat FB tentang progress yayan ni,ramai yang pm YM nak minta tips.So,YM rasa better YM share jat blog ni,manalah tahu boleh bagi benefit kat ibu-ibu lain jugak kan.Inshaallah.Tips Ym ni tips biasa-biasa je,tapi kalau mampu membantu kawan-kawan,alhamdulillah...YM happy sangat!
Tips Melatih Anak kecil Berpuasa ala YM :
Tips 1 : Terangkan dengan anak tentang apa itu puasa dengan menggunakan bahasa yang paling mudah.Terangkan dengan penuh rasa gembira dan excited supaya dia faham yang Puasa tu sebenarnya sangat Best!
Tips 2 : Pastikan malam sebelum tu anak2 tidur awal supaya boleh bangun sahur dengan lebih baik.Takdelah menangis2.Hehe.Kalau diorang tak mampu bangun sahur seawal kita,jadikan waktu sarapan mereka itu sebagai waktu sahur.
Tips 3 : Berikan anak-anak makan makanan berat seperti nasi utk melapik perut.Walaupun hanya makan 2-3 suap,itupun dah memadai,yang penting diorang makan.
Tips 4 : Berikan mereka suplemen/makanan kesihatan/vitamin yang mampu membuatkan mereka rasa kenyang lebih lama dan suplemen yang mampu memastikan bendalir di dalam badan mereka sentiasa seimbang.YM bagi Yayan minum mealshake shaklee + performance drinks shaklee ni slps bersahur.YM bancuh sekaligus keduanya ni dan bagi yayan minum.Alhamdulillah,suplemen ni mmg sangat2 membantu yayan utk kekal cergas dan tak dahaga.
Tips 5 : Pastikan anda mengalihkan perhatian anak-anak daripada ingat tentang rasa lapar/dahaga mereka dengan memberikan mereka aktiviti-aktiviti yang menggembirakan mereka.Apa-apa sahaja aktiviti yang mereka gemari mampu membuatkan mereka lupa tentang makan dan minum.Dengan syarat,anda perlu bermain bersama mereka sekali sekala.
Tips 6 : Peluklah mereka banyak kali dalam sehari.Beritahu mereka yang kita sangat bangga dengan mereka.Pujilah mereka berkali-kali.Kanak-kanak sangat suka pujian.Mereka hidup dengan pujian.Mereka sangat bahagia dengan pujian terutamanya daripada orang2 yang mereka sayang,ibu dan ayah.Pujilah kehebatan mereka.Inshaallah mereka akan lebih bersemangat lagi untuk berpuasa.
Oklah kawan-kawan.Tu je tips picisan dari YM.Semoga berguna untuk kawan-kawan semua.Semoga kita mampu mendidik anak-anak kita berpuasa dengan lebih baik tahun ini,inshaallah.
See ya in next entry guys!take care!