Thursday, May 7, 2015

Hobi Baru!

Bismillah

Sekarang ni kan, mmg jadi trend tanam bunga Rose jepun kan?kalau tengok timeline kat Facebook tu, ramai kengkawan yang dok update gambar-gambar bunga-bunga Rose jepun yg jadi koleksi diorg.Bunga Rose jepun ni ada gak yang panggil bunga kembang 10 la, bunga pukul 10 la.. hehe...maybe sebab dia berkembang dengan jayanya time-time tu kan?
YM actually takdelah ikut trend sangat tapi just nak try mulanya sebab tengok ada sorang akak ni yang stay kat area umah YM nieh, memang rajin sangat tanam pokok bunga ni.Subur-subur pulak tu.Kemain berbunga lagi!Dia memang tanam pokok bunga tu je,takde pokok lain.Tu yang YM tergerak hati nak tanam pokok bunga rose jepun nieh sebab sebelum ni YM tanam macam-macam pokok yang berbunga tapi asyik mati jek..tak pernah nak tumbuh subur.Sure dalam seminggu dua camtu, mampuih!maybe sebab YM ni stay dlm 100 meter je dari pantai,thats why jenis-jenis pokok yang berbunga ni takmo hidup!Memang almost semua jiran pun tanam pokok yang jenis takde bunga,yang berdaun jek.Spesis berbunga ni payah nak tumbuh.YM tanam pokok bunga Raya,mmg ada bunga,tapi tak sempat berkembang sure gugur.Memang cmtu la selama ni.
Tapi alhamdulillah.... Rose Jepun ni ok sangat-sangat.Tumbuh dengan jayanya.Dah lebih 3 minggu hidup,means oklah tu kan?haha.Kalau dulu,seminggu dua je,siaplah!Mula-mula bunga layu,pastu ngan pokok-pokok sekali layu,padahal YM siram hari-hari ha.
YM beli 2 jenis ni je dulu.Taknak beli banyak-banyak hari tu sebab takut mati.YM beli 1 pot kat Pasar Tani dengan harga RM15.Agak mahal juga rasanya sebab sebelum tu YM pernah nampak ada yang jual RM8 je 1 pot.Tapi yang tu spesis yang biasa-biasa jelah,yang ni nampak lain sikit bunganya kan?Nama apa pun YM tak tahu sebab YM pun baru je ngan hobi ni.Kalau yang dah siap join grup facebook Rose Jepun ni sure dah belajar macam-macam nama kan?
Disebabkan bunga ni tumbuh dengan bahagianya,YM plan nak beli yang kaler-kaler lain pulak.Tapi kat tempat YM nieh susah juga nak dapat.Kena pandai-pandai carik la.Tapi memang kelakar la bebaru ni...YM jumpa pokok ni kat pasar malam...so plan nak beli la sbb murah,RM8 je 1 pot.Tapi tak jadi beli sebab tak tahu bunga kaler apa.hahaha.Maunya idak...rose jepun ni mekar siang-siang hari je ye.Hihihi.
Tanam pokok ni memang terapi kan?Bila tgk laman rumah berbunga-bunga,hati pun ikut bunga-bunga sekali,hihi.

Tuesday, April 21, 2015

Tips menurunkan berat badan

Bismillah

Weyhhh laaa...sapa taknak slim melim uolss!ofkos la semua nak!YM tahu...Semua tgh hunting tips turunkan berat badan, tips nak kurus, cara menurunkan berat badan,dan mcm2 lagi la kan?Siap ada yang nak tahu rahsia artis kuruskan badan,specifically rahsia kurus artis Malaysia,katanyaaaa kan????
Well, meh YM share a few tips general yang sememangnya mampu menurunkan berat badan kalau kita betul-betul berdisiplin,retis-retis tu pun buat benda sama la nak turunkan berat badan,hehe


So ni antara tipsnya yer.. :
- Kuatkan keazaman untuk turunkan berat badan!Anda sanggup buat apa sahaja untuk menurunkan berat badan,selagi tak memudaratkan diri sendiri la.Contohnya buat benda-benda yang membahayakan kesihatan diri sendiri.
- Berhenti makan semua makanan yang berunsurkan "simple carbohidrat" seperti tepung,gula & kentang.Makanan jenis ni akan menaikkn paras gula dalam darah dan pankreas akan melepaskan insulin untuk menukar semua lebihan gula tersebut kepada lemak.
- Minum air masak/kosong lebih kerap.Kurangkan meminum minuman bikarbonat,jus buahan yang diproses dan sebagainya.Air kosong akan membantu untuk membuang toksin daripada badan.
- Meningkatkan pengambilan fiber dalam diet harian anda.Cuba makan 5 hidangan buah/sayuran dalam sehari.Fiber mampu membantu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan menyekat selera makan kita yang membuak-buak.Kebanyakkan makanan yang berunsurkan fiber ni sememangnya sangat rendah lemak.
Thats why YM sarankan supaya client YM mengamalkan Cinch Mix Shaklee yang sememangnya kaya dengan fiber.Memang ramai client YM yang inform sejak amalkan Cinch Mix nieh,diorang rasa kenyang lebih lama dan sekiranya mereka minum Cinch Mix 1/2jam sebelum makan tengahari ataupun malam,mereka akan makan dlm kuantiti yang sedikit sebab Cinch Mix akan membuatkan diorang rasa kenyang.Takleh nak push makan lebih-lebih dah.Hehe.
Minuman yang mengenyangkan!
- Menaikkn metabolisme badan.Cuba untuk makan 5 hingga 6 kali sehari dlm kuantiti yang sedikit dlm masa berselang 2-3 jam between meals.Lebih kerap makan adalah bagus untuk menaikkn metabolisme badan,tapi bukan dalam kuantiti yang banyak ye.So,bila metabolisme badan naik,badan kita akan menjadi pembakar lemak yang bagus.
Kami di shaklee juga suggest Lecithin untuk membantu badan membakar lemak kerana lecithin secara semulajadinya adalah pemecah lemak.So,bila amalkan Lecithin ni,ini akan menghalang badan kita daripada menyimpan makanan yang kita makan sebagai lemak dan menyingkirkan ia daripada badan.Awesome bukan?Kalau nak try, whatsapp je number tertera ye.Harga mmg sangat-sangat berpatutan,dun worry.
- Kurangkan memakan makanan yang diproses seperti,makanan segera (pizza,burger,kentang goreng,dll),makanan yang tinggi sodium seperti maggi,makanan dalam tin
- Jgn makan di waktu malam.Di waktu malam,badan kita telah pun bersedia untuk tidur dan secara semulajadi memperlahankan proses-proses dlm bdn kita.So,bila kita makan di waktu malam,apa yang kita makan tersebut tidak mampu diproses dengan baik oleh badan dan akan disimpan sebagai lemak di dalam badan.
Kita sememangnya mampu dapatkan berat badan ideal sekiranya kita rajin berusaha untuk mencapai matlamat kita.All the best semua!
Owh ye...nak tahu apa rahsia Ibu beranak 3 ni turun 20kg??? Tonton video comel ni ye...hihi..

                  
Maklumat Lanjut, sms/whatsapp YM : 011-21121422

Wednesday, April 15, 2015

WW : Rindu Abah!

Bismillah

Tetiba je sayu bila tengok adegan anak peluk ayah kat drama nieh.Tetiba pedih rasa kat ulu hati...tetiba bergetar rasa seolah-olah boleh rasa pelukan abah.Allah...Allah...rindunya kat Arwah Abah!

Ada beberapa perkara yang YM sesalkan sebab tak sempat buat sebelum abah pergi...Tapi,yelah..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya.
                                                          

Tuesday, April 14, 2015

Tips Penjimatan : Cara mengekalkan kesegaran Ikan

Bismillah
Pagi kelmarin,awal-awal lagi lepas brekfast YM pegi beli ikan Fresh kat tepi jeti Kuala Kerteh,dekattt je ngan umah YM (dalam 5 mins je ngan keta).Stok ikan dah clear kat Fridge.So,memang dah rutin la stock up ikan,so takyah beli ikan hari-hari walaupun Pasar Basah boleh jalan kaki je dari rumah tu about 5 mins dah sampai.Memang selalu beli ngan abg kat tepi jeti bawah pokok ni coz harga ikan dia agak murah berbanding ngan YM beli kat Pasar basah tu.
Bila nampak je muka YM ngan asben keluar dari keta,abg tu terus je cakap.. "ha,meh beli ikan nie,fresh lagi baru je naik dari laut!Harga hari ni pun tgh murah nieh.Ikan kembung RM12 sekilo,biasanya RM14 kan.Ikan pun gemuk-gemuk,hijau-hijau2 lagi".Panjang pulak abg ni pot-pet,hihi.Tapi YM suka je dengar,at least kita dpt info dan kita taw dia mmg jenis peramah kan?
Bila YM tengok sendiri ikan tu...wahhhhh!mmg fresshhh uols!Takdenye mata merah or lembik-lembik.Keras lagi haaaa.Memang kalau masak,manis la rasa ikan tu.Nyum-nyum.Dah terbayang bila goreng cecah sambal belacan/air asam/budu or Tempoyak,perghhh!terangkat!
So,YM pun borong 2 kilo skligusIkan Kembung tu.Abg tu pun kata,sementara murah ni,better la stock up lebih sikit.Yelah,betul juga kan?sementara dapat berjimat nieh,better la beli lebih sikit,at least boleh la jimat RM4 (dah lepas dah GST utk 1 resit tu,kikiki).Then,YM beli Ikan Mudok sekor yang bersaiz sederhana nak buat masak Gulai nanti.Ikan Mudok mmg best uols.Nak-nak kalau fresh!
Bila dah sampai umah,YM pun terus asingkan ikan-ikan nie ikut invidual pack.So,bila nak masak,takdelah YM kena keluarkan semua untuk defroze kan?Selalunya setiap kali masak,YM akan masak dalam 2 - 3 ekor camtu.Al-maklumlah,My asben n son mmg suka sangat meratah ikan.Hihi.
Bila dah asingkan 3 ekor dlm setiap bag tu, so YM dapat la 4 bags.Oklah kan,utk 4 kali makan.YM memang dah lama buat camni dan ikan mmg rasa fresh dan tahan lama berbanding dengan kita letakkan dalam satu bekas,then bila nak masak kena keluarkan semua ikan-ikan tu utk proses defroze.Coz biasalah kan,kita selalunya kalau nak percepatkan proses defroze tu akan rendam fish tu dengan air kan?so teknik tu la akan buat ikan tu cepat rasa tak best.
At least,bila kita dah asingkan ikut kuantiti yang kita masak setiap hari,ikan yang lain takdelah kena keluarkan sekali kan?dok la diam2 dalam deep freeze.Hehe.Selain menjimatkan masa dan minyak,takyah berulang banyak kali ke Pasar,ikan pun fresh kan?
Selamat Mencuba kawan-kawan!

                                                   

Monday, April 13, 2015

Melepaskan "Stuff" kesayangan itu sukar,tapi berbaloi!

Bismillah


Tudiaaa..lama benooo tak update blog ha.Punya la busy sampai tak nyempat2,hihi.Idea tu memang ada,tapi tak sempat nak mencurahkan pada blog je.YM busy sikit ngan proses let go barang-barang lama yang masih elok dan yg masih ada value.Plus,YM busy juga attend appointment doctor untuk my son & myself also.Huhu.
Kebanyakkannya YM let go Tudung-tudung YM.Tak sangka uols,ramai juga peminat tudung2 tu.Of course la YM reducekan 50% - 60% daripada harga asal.Yelah,prelove kan,takkn la nak jual mahal-mahal.Tapi kan,ramai je YM tgk yang let go Preloved items tu dengan harga yang agak mahal.Sudahnya,lambat sangat terjual.YM nak percepatkn proses tu,thats why YM jual murah-murah je.Lagipun brg2 tu semua kan kita dah guna,jadi bg YM mcm tak elok pulak kita jual memahal kan?Lagipun tak nyabo gak clearkan otak serabut bila nengok almari tu.Bila almari pakaian dan tudung2 tu dah banyak space yang kosong,rasa alahaiiiii leganya.Rasa happy je tgk tak banyak sangat dah barang dlm tu...almari boleh bernafas dgn bahagianya,hihi.
Mmg tak dinafikan time nak let go semua tudung-tudung tu kan,rasa mcm lahaiii....semua taknk let go taw,sayang sangat rasanya.Tapi bila memikirkan nak clearkan almari yang melimpah tu dan nak jayakan plan debt-free YM tu,ok...kuteruskan jua.Alhamdulillah,hasil let go tudung-tudung & baju-baju lama yang masih sangat elok,adalah hasil dalam RM400+. Not bad kan?Boleh la YM guna untuk bayar hutang2 berkaitan dan buat saving sket.Perjalanan YM untuk debt-free masih terlalu jauh,tapi inshaallah target YM tahun ni juga setel 3 keping CC tu.Aminnnn...no more hutang CC dah lps nieh.Inshaallah.

Owh ye..pada kawan-kawan yang nak tahu apa tips YM clearkan wardrobe yang melimpah tu, boleh baca kat sini ye-- > Tips Mengemas Almari yang Melimpah!
Ok juga la YM let go brg2 nie coz al-maklumlah skrg ni kan dok heboh pasal GST tu,so at least boleh la YM dpt income tambahan sikit kan.Lagipun,YM masih lagi dlm proses menabung utk simpanan pembedahan Jantung anak YM,Aryan nieh.Mudah-mudahan la dipermudahkan.Moga-moga YM konsisten dalam usaha YM nak setelkan segala hutang-hutang piutang nieh.

Ada juga beberapa barang yang YM bagi pada sedara-mara yang YM tahu diorang mmg sgt perlukan.Ofkos,tudung2 dan baju2 yang masih elok.At least,manfaat berterusan bila kita cuba membantu kan?Lagipun,bila barang-barang ni berkurangan dan tak melimpah sangat kita boleh hidup dalam keadaan yang lebih tenang dan aman tanpa berserabut kepala menengoknya kan?Hidup pun lebih manageable kalau tak banyak sangat stuff dalam rumah kita kan? :)
 
                                                        

Sunday, March 15, 2015

Tips kemas Almari baju yang melimpah!

Bismillah

Its time for decluttering wardrobe!!Last week bila YM tengok koleksi tudung-tudung YM kat almari,tetiba rasa macam insaf!Banyaknye la koleksi Radiusite nieh.Minat punya pasal sampai tak perasan dah menimbun!tetiba jadi serabut pulak kepala YM tengok.YM ni memang peminat tegar Radiusite sejak 2013.Setia pulak tu,hhihi.Memang beli tudung Radiusite je walau brand lain ada gak yang cantik-cantik.Nape ntah.
Betul la org kata kan,bila benda banyak sangat kat sekeliling kita pastu nampak macam messy,boleh jadi pening kepala jadinya.Nak kemas bagi cantik-cantik pun dah tak taw nak mula dr mana.Thats why YM decide untuk carik sedikit inspirasi dan tips dari pakar-pakar declutter nieh kat google utnuk bantu YM.Memang banyak tips yang YM jumpa dan yang YM ambik sebagai garis panduan untuk mengurangkan kekusutan hidup YM,ni haaa.. :
1- Dapatkan 3 kotak yang berlabel - Simpan,Buang/Jual/giveaway,Mungkin. (tak semstinya korang label la...hihi..yang penting,korang tahu perbezaan 3 kotak nieh)
2- Kotak yang berlabel "simpan", masukkan tudung yang YM selalu guna dan sayang sangat2.
3- Kotak yang berlabel "buang/Jual" apa lagi kan,masukkan brg2 yang berkenaan la
4- Kotak yang berlabel "Mungkin" YM masukkn tudung yang ssh sgt YM nak decide nak jual atau tak.So,YM asingkan box tu.Kalau lepas 6 bulan YM tak guna semua brg2 dlm box nieh,YM akan jual/giveaway la kat sapa-sapa. 
Alhamdulillah,akhirnya berjaya la jugak YM buat.Berkurangan jugalah kekusutan kat gobok YM tu.Hihi.YM berjaya juga jual beberapa koleksi tudung-tudung YM.Tak sangka pulak ramai yang nak beli.Alhamdulillah,boleh la YM buat saving.
Ini antara koleksi tudung YM yang YM dah berjaya jual.Sedih juga nak lepaskan,tapi kena buat jugak.Kalau banyak-banyak,tak pakai selalu,membazir.Baik bagi peluang org lain untuk guna kan?YM memang jaga kualiti tudung-tudung YM semua,yelah sayang punya pasal kan.Tapi oklah juga kan,bila jadi cmni,bila kita nak let go,condition still tip top.So value untuk let go tu still ok la..
Ramai yang tanya,"nape nak let go?sayang...",tapi yelah... girl have to do what girl have to do!Kuatkan hati,tutup mata,tutup telinga,lepaskannnnnn.
Bila tengok keadaan almari yang agak lapang sedikit,fuhhhh!tetiba rasa tenang.Tetiba jadi perasan ala-ala minimalist people.Ahhhhh...So minimalist,so pure,So lovely!
                                                

Friday, March 13, 2015

Tips Jimat YM : Cili segar dan tahan lebih lama

Bismillah

Hari ni YM nak share tips jimat kat dapur.Last 2 weeks,YM beli cili besar kat pasaraya Giant.Time tu Giant tengah buat promosi "clearance" utk sayuran nieh.YM tengok,satu plastik cili tu harga asalnya RM3.50,tapi sbb promosi nak bagi habis cepat sebab dah nampak mcm tak semenggah je kan,diorang jual RM0.50sen sahaja!Gila murah kan??RM0.50sen uolssss...banyakkk pulak tuh!
Bila YM belek-belek,cili tu masih sangat ok lagi.Tapi ada kemungkinan dlm 2-3 hari lagi cili tu akan rosak,thats why diorg nak clearkan stok kan?YM time tu,dok berfikir-fikir nak ambik ke tak sebab banyak!YM selalunya ambik 3-4 biji jek,pastu buat muka toye mintak timbang.
Tapi lepas dok fikir-fikir,timbang tara,YM pun ambik.Yelah,kalau YM ambik cili baru pun,harga mesti lagi mahal.So,bertindak bijak di sini,grab la clearance stock price tu.
Sampai kat umah,YM pun dok pandang cili tu.Apalah patut aku buat nak bagi ko ni tahan lama sikit,at least seminggu ke kan?Taklah rasa ralat sangat kalau ada yang terpaksa dibuang coz rosak.Lama jugak la dok pandang cili tu.So,YM pun try la bereksperimen.
YM tak basuh cili tu sebab kalau basuh sure cili-cili tu akan basah dan akan cepat rosak.YM cabut tangkai cili tu semua coz tangkai hijau tu la kadang-kadang yg akan buat cili rosak lebih cepat,pada YM la..Pastu YM masukkan dalam Ziplock plastik.
Alhamdulillah...surprisingly,lepas 2 minggu pun cili YM nieh still fresshhhhhh and crunchy taww!mcm tak percaya jek.Korang tengok laaaa...
2 minggu lepas,cili ni lagi banyak,agak penuh mampat juga la plastik ziplock nieh.Korang tengok la,walaupun YM tak basuh cili nieh,but still basah kan.Yelah duk dlm fridge.Kalau YM basuh hari tu,hurmmm...sure rosak sayur nieh sbb lembab yang amat!
So,untuk pastikan cili nieh bertahan lagi at least seminggu,YM ambik tisu dan letakkn dalam plastik ni sekali dengan cili nieh so klu ada air tu,tisu tu akan tolong serap.Hehehe.Harap-harap teknik yang ni pun berjaya.Uols pun boleh la try tips nieh,inshaallah berjaya coz YM dah buktikan,hehehe.
Fuh!!! RM0.50 sen for 2 weeks,not bad kan??YM harap YM dapat extend kan jangka hayat cili ni up to 3 weeks or 1 month or at least sampai la YM habiskan semua nieh.Whoaaaa!kemain angan-angan.Hihi.YM tak suka buang benda.Membazir kan.Kalau boleh guna sebaik mungkin kan best?
                                         

Tuesday, March 10, 2015

Alhamdulillah,setel 1 beban!

Bismillah

Allah....Allah.... happynya YM hari nieh.Baru je YM call RHB Bank, just nak tanya balance personal loan YM utk keep track.Tetiba,Officer RHB tu cakap "Puan,puan ada advance payment nih.Puan terlebih bayar utk bulan ni.Kalau Puan nak setelkan loan ni hari ni,saya akan unlock advanced payment nih dan puan hanya perlu bayar RM9.30 je untuk tutup akaun nie hari ni'.
Suprisingly,it settle???Ya Allah punya happy YM!Tak sangka la pulak begini cepat!kalau ikutkan plan YM,by April baru YM mampu setelkan loan nieh.
Alhamdulillah,tercapai 1 azam 2015 YM!Sepatutnya,YM ada 6 bulan lagi nak setelkan loan tu,tapi alhamdulillah ternyata teknik penjimatan YM menjadik!Rasa macam nak lompat-lompat gegarkan tiang jek,haha!punya Happy kan...
Rasa macam terlepas satu beban yang selama ni YM tanggung.Beban Hutang!Allah....sebak tetiba.Huhu...Akhirnya,kau pergi jua dari hidupku!
Sekarang ni YM ada 4 lagi beban nak kurangkan dlm tahun 2015 nieh.Yesss!4 uols!banyak kan?Semuanya perlukan usaha keras dan komitmen yang tak berbelah bahagi.
Bila dah berjaya padamkan satu hutang dari hidup kan,semangat terus membara-bara nak "halau"yang lain pulak.Seronok sgt rasa,takleh nak citer camne rasa.Bila YM dah berjaya setelkan 1 loan nie,YM bertambah semangat nak setelkan lagi dan lagi...inshaallah.
Jom-jom...kita kurangkan hutang yg jd beban hidup kita selama ni supaya kita boleh tidur dengan aman dan damai tanpa ada rasa susah hati nak bayar hutang!Perjalanan YM masih jauh,tapi YM yakin YM mampu buat!YM tgh buat saving utk pembedahan jantung my son,Aryan skli.Semoga YM sekeluarga dimurahkan rezeki oleh Allah swt.

                                                  

Thursday, March 5, 2015

Menu masakan saya sepanjang Februari

Bismillah

Sepanjang Februari lepas,YM mmg berazam sungguh-sungguh sepanjang Februari ni nak masak semaksimum boleh kat umah.Sebaik mungkin la kiranya,hehe.Alhamdulillah,last month mmg kurang makan kat luar.Kalau YM recall balik,kalau tak silap kitorang makan kat luar dlm  3 kali la cmtu.Selebihnya,makan kat umah.YM masak.Ada masanya YM repeat lauk yang sama,breakfast membawa ke lunch ataupun lunch membawa ke dinner.Last month gak YM balik kampung suami 3 hari,so 3 hari tu dapur YM bercuti la,hehe.

YM everytime lepas masak,sure upload gambar food yang YM masak kat IG.Bukan best sangat pun gambar2 lauk yang YM masak,tapi YM nak simpan sebagai rujukan YM dan pencetus semangat YM nak penuhkan hashtag sendiri #yayansmumkitchen.Hihi.Biarlah orang kata gambar foods tak best ke apa yang penting YM hasilkan dengan titik peluh sendiri,berperang ngan periuk belanga,sudip pisau segala.Khennn???



Alhamdulillah...takdelah sedap mana pun,tapi syukurrr semuanya hasil titik peluh sendiri.Yesss!target bulan ni tercapai,hehe.
                                                        

Wednesday, March 4, 2015

Wordless Wednesday : Jantung ooo Jantung!

Bismillah

 Beli RM3 kat pasar Malam.Nak masak utk lunch.Sekian.Ekeke.
                                                       

Tuesday, March 3, 2015

Syahdunya!

Bismillah

Tetiba malam ni ahkak emo sikit.Tengok 999 kat TV3,tetiba sebak.Cite pasal sorang ibu mati dikelar dek penagih dadah.Anak-anak kecil ketika dijumpai bertangisan dan baju-baju mereka ada kesan-kesan darah yang dipercayai terkena pelukan ibu mereka.
Aduhh...syahdunya.
Tetiba YM rasa mcm ngilu je kat hati nieh ha.Rasa macam terbayang-bayang kat mata insiden tu.Uwaaaa!Tu la kan,Islam mengharamkan apa jua jenis benda yang merosakkn kepala otak nieh supaya manusia tak bertindak di luar batas kemanusiaan!
 
 Entahlah...menjadi-jadi kejadian kelar-kelar nieh sekarang.Akhir zaman... 
                                                          

Sunday, March 1, 2015

Masa untuk buat bajet March!

Bismillah

Today is 1st March!yayy....!cepatnya mas berlalu kan...rasa mcm baru je masuk tahun 2015 kan?korang ada rasa cmtu tak?hehe. 
For me,first day of the month is the day of budgetting and groceries shopping,yayy!Time ni la YM akan set aside certain budget untuk bulan tu.Keluarkan duit dari ATM dan masukkn ke dalam sampul bajet masing-masing.Setakat ni YM cuma ada 3 sampul bajet : 
1-Groceries (brg dapur)
2- Entertainment
3-Eating Out (makan luar) 
YM cuma ada 3 sampul coz masih sangat baru lagi dengan sistem bajet nih,baru dlm 2 bulan.My husband cuma pegang 1 sampul bajet,which is Fuel utk kereta kitorg.Walaupun cuma ada 4 sampul in total,tapi alhamdulillah YM dh nampak kesan positif.YM dah semakin jelas dengan flow duit sendiri sekarang,which kalau dulu,tak penah ambik pusing pun.Tahu gunaaaaaaaaa jahhh.Hehe.
Bulan February yg lepas YM set kan RM500 utk groceries, RM200 untuk Entertainment, RM200 untuk Dining.Alhamdulillah,walaupun bajet groceries lebih RM30,Eating Out lebih RM100,tapi YM berjaya kurangkan bajet Entertainment dan gunakan balance tu utk cover groceries & Eating Out.Hehe.Not so good way,tapi at least YM berjaya jimatkan 1 part dan cover part lain kan?So lepas ni YM dah tahu la,which one yang perlu YM kurangkan dan lebihkan.
Belajar dari kesilapan,org kata.
Lagi satu,paling best bulan Februari ialah kitorg berjaya jimatkan penggunaan minyak keta.YM cuma ada sebijik keta je.So,kitorg bajet seminggu sekali isi minyak penuh (RM70),so about RM280 la sebulan kan?Kalau in case ada nak balik kampung ke atau nak gi bercuti mana-mana,minyak tu masuk bajet lain.
Syukur sangat2,bulan lepas kitorg hanya isi 2 kali je minyak.best-best-best,jimat!So,ada extra RM140 lagi.Excited taw bila berjaya nampak dengan jelas mana peginya duit kita kan?
Bulan March ni harapnya YM akan improve lagi.Really looking forward.Hopefully.Uols buat bajet bulanan tak?Jum la share experience uols.

Friday, February 27, 2015

Cara Mengatasi Masalah Rambut Gugur

Bismillah


Ada masalah rambut gugur???Rambut gugur selepas bersalin?masalah rambut beruban yang agak luarbiasa?luarbiasa tu maksudnya,kita ni takdelah tua sangat lagi punnn,tapi uban dah macam salji atas kepala.Sure merimaskan kita kan?sure tercari-cari tips merawat rambut gugur atau rambut beruban kan?memang masalah rambut gugur ni akan buat kita susah hati.Sapa tak takut botak weyhh...especially ladies.Kan?Mahkota tuuu.

Apa punca rambut gugur?Ini antara punca atau sebab-sebab terjadinya rambut gugur,lelaki mahupun wanita dan cara mengatasi rambut gugur :

1-Menggunakan bahan kimia yang berlebihan pada rambut.Penggunaan bahan kimia berlebihan selalunya terjadi ketika dlm proses mewarnakan rambut ataupun meluruskan rambut.Sekiranya kita terlalu kerap mewarnakan/meluruskan rambut,bahan kimia tersebut akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.Jadi,pastikan anda mengurangkan kekerapan mewarna/meluruskan rambut.Berilah waktu untuk rambut kita "berehat" daripada bahan-bahan kimia tersebut.Cubalah untuk menggunakan syampu dan perapi rambut yang kurang ataupun bebas paraben,sls,dan sebagainya supaya rambut kita akan lebih terjaga.



2-Perubahan hormon ketika mengandung dan selepas melahirkan anak.Ramai ibu-ibu di luar sana yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur di sebabkan perubahan hormon dan ketidakstabilan hormon di dlm bdn.Ibu-ibu boleh mendapatkan suplemen yang membantu untuk menstabilkan hormon di dalam badan seperti GLA Complex Shaklee,di mana ia bertindak untuk membantu menstabilkan hormon di dalam badan dan juga menguatkan rambut dan kuku wanita.


Info Lanjut tentang produk ni? SMS/WHATSAPP 011-21121422

3-Gaya pemakanan yang tidak sihat dan kekurangan nutrisi (vitamin) akan menyebabkan keguguran rambut kerana badan tidak mendapat keperluan yang mencukupi untuk menjalankan proses menguatkan akar rambut/kulit kepala supaya lebih sihat.Amalkan pemakanan seimbang dan mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh rambut seperti B complex,Zinc dan protein.
  
4-Faktor genetik juga memainkan peranan dlm masalah ini. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat,kemungkinan anak mereka juga akan turut mengalami masalah yang sama.

5-Pengaliran darah yang tidak lancar di dalam badan juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut.Jadi,pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 1-2 kali seminggu untuk memastikan perjalanan darah di dalam badan menjadi lebih baik.Banyakkn pergerakkan(berjalan) juga sangat bagus untuk melancarkan perjalanan darah.Gunakan tangga selalu berbanding lif, hehe.



6-Stress!Yess...stress akan menjadikan masalah keguguran rambut menjadi lebih teruk.Lagi stress,lagiii banyak rambut akan gugur.So,elakkan diri terlalu stress.Pergilah bercuti sekiranya perlu untuk menenangkan diri.Tangani stress dengan bersikap positif.
 
7-Tabiat menarik rambut.Sesetengah org mempunyai tabiat suka menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan mudah tercabut. Akibatnya,rambut anda akan gugur.Jadi,pastikan anda mengelakkan tabiat ini ye.


                                                  

Wednesday, February 25, 2015

Projek baru.Projek Hijau.

Bismillah

YM try new project last week - bercucuk tanam.Macam kelakar pulak bunyinya bila YM yg mmg jenis tak bape nak pandai menanam nieh buat projek nieh,hehe.Ntah datang dari mana ntah angin kus-kus nieh,tetiba meroyan nak bercucuk tanam padahal selama ni pokok survivor je yang hidup kat laman umah YM nieh,yg agak2 takyah nak siram hari-hari kan..haaa!mmg jenis2 bunga camtu jer la ada,yg jenis daun-daun,takde bunga.
Tapi,ntah nape ntah...sejak-sejak ada hobi nak berjimat cermat nieh kan...ada je YM terfikir nak try buat,yang tak penah-penah buat pun nak try gak.Salah satunya nak bercucuk dan bertanam sayur-sayuran nieh la.

Tadaaaa!!baru je 2 hari YM semai benih sayur sawi ngan Backchoy nieh kan,dah naik hijau-hijau haaa.Bapak besttt!Rasa macam,tadek la "panas" sangat pun tangan nieh.Yelah,selama ni dok propa kat org yang tangan ai nieh jenis panassss thats why takleh menanam,padahalllllll.........!hahaha.
Pagi tadi masuk hari ke-3 YM semai benih nieh,dah agak membesar dah diorang taw.Suka sangat!Harap-harap membesar la bagai johan lepas nieh.Boleh YM masak lemak sayur sawi tu.Hehehehe.Belum pape lagi dah berangan lebih kan?
Tapi kan...Paling takleh blah kan...kucing jiran pegi yak-yak dalam pot nieh tawww...tu yang part hujung pot tu tadek tumbuh pape tu sebab YM scoop skli bahan buangan miaw bertuah tu dengan benih sayur yang tumbuh tuh dan buang jauh2!yakkkk!Kucing tu ingat liter pot dia kotttt.Haishhh miawwww nieh,agak-agak laaaaa.... spoil mood i yang tgh berbunga-bunga tgk kelincahan benih2 yang ai semai tawww!
                                                         

Tuesday, February 24, 2015

Tips Menangani anak enggan ke sekolah

Bismillah

My son Aryan dah bercuti  agak lama sempena Chinese New Year bebaru nieh kan?hari ni baru start skool,bayangkan.Start cuti hari tu hari Khamis sampai la Isnin,tudiaa 5 hari direct ha.YM risau juga sebab yelah kan,budak-budak ni kalau dah bercuti lama agak susah sikit kalau nak kembali ke rutin harian dia.Alahhh,macam kita gak la kalau keje ofis kan.Dah cuti lamaaaaa,punya la lemau nak pi keja.Haha.Siap hapdate kat facebook,adoiiii malasnya nak pi keje.kan?kan?kan?
Sooo,apa yang YM buat untuk elakkan budak kecik nieh rasa lemau dan takmo gi skool??? 2 hari sebelum habis cuti,YM test dia.Memalam,dia tengah happy-happy ngan ayah dia,YM pun soh gitau dia yang esok kena gi school dia.Seperti yang dijangka,dia taknak!mata berair dah.Ayoookkk,ini budak.hehehe.Takpe,takpe..rilex..tu cuma cobaaaaaannn.
Pagi nieh,alhamdulillah!dia pegi skool tanpa sedikit pun drama apa-apa.Siap bangun sendiri taw pi mandi,which is I am sooooooooo happy.YM siap nyanyi-nyanyi lagi kat dia,bangun pagi gosok gg cuci muka dan mandi!Takde secuittt pun rengekkan ke ataupun sad face ke,takdekkk!Best kan?
Ok..meh YM share camne dia boleh jadi camtu sekali....Semoga perkongsian ni membantu serba sedikit untuk mengatasi anak enggan ke sekolah.
Tips menangani anak enggan ke sekolah :
1.Sehari sebelum nak ke sekolah,ingatkan dia banyak kali yang esok dia akan ke sekolah.Mom,pls do your happy face ke,excited face ke,funny face ke,clown face ke apa-apalah yang penting tunjukkn kat dia betapa bestnya pegi skool.excited!Macam YM nieh,YM akan ingatkan dia time dia happy-happy tengah main tu kan,"Aryan...esok aryan pegi skool tawww...yayyy!!"mmg agak ke over an di situ,but who cares...anak kita je tgk kita pun.hehe.

2.Jangan respon pada keengganan dia ke sekolah.Maksudnya,jangan sekali-kali kita seoalah-olah tunjukkn pada dia yang kita pun terkesan pada sikap dia tu.Jangan sesekali keluar perkataan, "janganlah camni,nanti susahlah mommy!","camne mommy nak buat ni kalau perangai camni????","kenapa susah sangat nak gi skolah nih haaaa???" - J.A.N.G.A.N. Memberi respon sebegini kepada mereka akan memburukkn lagi keadaan.

3.Terangkan dengan dia tentang rutin dia - dia mesti pergi ke sekolah setiap hari.Bagitau kat anak yang setiap hari itu la rutin dia,ke sekolah, sama macam kawan-kawan dia yang lain,atau sebut la sesiapa sebaya dia yang dia kenal.Macam YM nieh,YM suka kaitkan rutin dia dengan ayah dia,hihi.YM akan cakap... "Esok,Aryan pegi school, ayah pegi work... aunty Amy (adik YM) pegi work... kan?" So.... he's okay bila YM cakap cmtu.Dia rasa mcm dia ada tanggungjawab juga sama dengan ayahnya..dengan aunty dia.Budak-budak ni mmg suka ada tanggungjawab sebab akan buat dia rasa dia "besar".Hehe...comel kan?

4.Pastikan dia tidur lebih awal,so pagi esok dia takkan rasa terlalu mengantuk dan letih.My son nieh,seawal pukul 8.30 malam dia dah masuk tidur,so bila dia bangun pukul 7 pagi tu dia takdelah rasa ngantuk sebab dah dapat lebih kurang 11jam tidur kan?Kanak-kanak sememangnya perlukan lebih jam untuk tidur ok?at least 11-12jam sebab diorang perlu membesar.Kalau yang dah tua-tua tu, 6-8 jam tidur dah cukup dah,hihi.Sebelum dia tidur,ingatkan dia....esok dia akan ke sekolah,so kena tidur awal dan bangun awal.My son Aryan siap cakap... "okeh,esok pegi skool,minum mealshake,makan biskut,ye ibu?"hehee....sejukkkk perut ahkak dengar. 

5.Ibu pun perlu siapkan apa yang patut lebih awal supaya ibu pun boleh bangun dengan keadaan dan mood yang menyenangkan.Pastikan baju skolah,beg skolah dan semua la dah tersedia rapi,so pagi esok takdelah terkejar-kejar coz ladies nieh kalau terkejar-kejar tendency nak jadi "green creature" tu mmg agak tinggi.Miahahahaha!
6.Hantar dia ke sekolah dalam keadaan yang sgt happy.My son selalunya akan naik bas skolah,tapi 1st day of school bila dah cuti panjang nieh,seboleh-boleh YM nak juga hantar dia ke sekolah,so dia akan rasa happy juga.Jadi,pada parents yang sememangnya hantar anak ke sekolah dengan transport sendiri,seboleh-boleh pastikan dia dihantar dengan happy vibration juga ye... ibu senyum,ayah senyum,ofkos dia pun akan happy!inshaallah.

Okay,tu jelah tips yang YM boleh share berdasarkan pengalaman sendiri.Kawan-kawan yang maybe ada masalah yang berlarutan tu,personally YM rasa uols perlu berbincang dengan cikgu kat sekolah dia coz maybe ada gangguan di sekolah yang agak buat dia rasa tak selesa.Ataupun,parents boleh juga try bercerita dengan si kecik tu....bawak la dia ke tempat2 yang dia suka sebelum mulakan sesi heart to heart discussion dengan dia.Inshaallah,kanak-kanak ni sgt telus....they will tell us everything honestly.. dun worry.All the best kengkawan!
                                              
Cara Tambah susu badan.Klik Play untuk tonton Video nieh
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Monday, February 23, 2015

Cara Mengatasi Tekanan darah rendah semasa hamil

Bismillah

Ibu-ibu hamil yang ada masalah tekanan darah rendah memang agak membimbangkan juga.Yelah,hb rendah ni memang akan mendatangkan masalah sekiranya berlarutan.Ibu-ibu yang ada masalah hb rendah nieh sure tercari-cari cara menaikkan hb darah dengan cepat,cara mengatasi tekanan darah rendah,cara menaikkan hb pada ibu hamil kan?
Menurut Dr Zubaidi,tekanan darah/hb rendah ni terjadi kerana hormon yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang dan oleh sebab tu secara tidak langsung ia menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi rendah.
Source : Google
Ibu-ibu hamil yang mengalami masalah hb rendah blh mengamalkan makanan yang membantu untuk menaikkan hb ibu hamil;
Seperti,daging merah,brokoli,pisang,kekacang,hati,bayam,telur,oat buah delima dan Kurma.
Makanan-makanan ini kaya dengan zat besi yang sangat membantu untuk menaikkan jumlah haemoglobin dlm darah sekiranya ibu-ibu konsisten mengamalkannya.Pastikan juga mengambil makanan seimbang setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang lebih baik.
Ibu-ibu juga sangat digalakkan mengamalkan vitamin dan makanan tambahan yang boleh membantu untuk menaikkn hb seperti,vitamin yang membekalkan zat besi,folat dan B12.Apa yang harus diingat ialah pastikan vitamin tersebut BUKAN vitamin sintetik(yang ada campuran kimia) dan disahkan selamat oleh KKM.
 
Selain itu,Ibu hamil yang mengalami masalah tekanan darah rendah juga perlu berhati-hati dengan pergerakkan harian.Antara cadangan Dr Zubaidi seperti yang dikongsikan di facebook beliau ialah:

1. Duduk atau baring jika merasa pening untuk mengelakkan terjatuh.
2. Elakkan mengubah posisi duduk atau berdiri dengan pantas.

3. Berbaring ke sebelah kanan boleh membantu peredaran darah ke jantung.

Jika mengalami rasa pening, berpusing dan mahu pitam, segeralah mendapatkan bantuan kecemasan dari hospital berdekatan.Segera mendapatkan rawatan  sekiranya mengalami tanda-tanda pendarahan,pemandangan berkabur,sakit kepala yang kuat,sakit dada,sukar bernafas dan rasa lemah pada anggota badan.Tanda-tanda ini mungkin menunjukkan ibu hamil tersebut mengalami masalah yang lebih serius.  

Utk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang disebutkan di dalam video di atas,ibu-ibu boleh menghubungi saya melalui sms/whatsapp di talian 011-2112 1422 ye. 

Saturday, February 21, 2015

Food waste : Selagi boleh diselamatkan...

Bismillah

YM nieh kan,sejak-sejak belajar-belajar berjimat-jimat nieh,kalau nak buang foods kan rasa macam alahaiiiiiiiiiii... tak sampai ati taw!Rasa macam,adehh!membazirnya kau!Tuuu,nasik kat atas tu terpaksa YM buang coz dah basi,huhu.Terlupa nak masukkn dlm Fridge semalam.Selalunya,lebihan nasik akan YM masukkn dalam fridge,so esoknya boleh la YM buat nasik goreng ke apa kan?
Ni,tak pasal je dah berlaku pembaziran.Tak dapek den nak menyelamatkan ekau nasik.
Then,pagi ni YM buat stok check kat fridge utk menu plan next week.Tetiba,terjumpa benda alah nieh.Alamak!
Dah lembik and almost kecut kau!Punya lama YM dok peram dia dalam fridge kan?haha.Kalau nak makan cenggitu mmg takleh la.Kalau dulu,time-time tak sedarkan diri,mmg YM buang dh nieh,hihi.Buruk perangai.Teheeee.
Tapi sekarang,coz dah insaf kan?Takmo bazir-bazir lagi kan,selagi boleh diselamatkan akan diselamatkan!Makanya kenalah jadi creative dan inovatif sikit.So,YM pun scoop isi Kiwi tu,then YM blend buat Green smoothies yang nyummy!Hehe.
Nyum-nyummm.Sapa tak suka makan sayur,memang tak minum la smoothies nieh.Hehe.Ni YM blend Kiwi kat atas tu dengan sebiji buah oren,frozen banana dan juga salad hijau.Ok jelah rasa...mcm jus buah je.Tak rasa langsung salad hijau tu.lagipun Green smoothies nieh kan,bagus taw utk kulit.Kasik cantik kulit katanya.Lagi satu,senang nak "membuang".Lancar je.Bagus utk kesihatan kulit dan badan taw.

Korang camne pulak this week?ada pembaziran yang tak disengajakan berlaku???Jum la share...
                                                      

Klik Play utk Tonton Video

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.
Info lanjut tentang produk,sms/whatsapp 011-2121422