Sunday, January 18, 2015

Berjimat time Sale!

Bismillah

Alhamdulillah,baru-baru ni YM sempat jugak la grab Sale Giant Supermarket untuk barang-barang dapur.Tengah-tengah bulan tu sale tu due,uols!Hihi.Seb baik le YM ni dapat duit "gaji" tengah-tengah bulan.


YM dah ambik pamplet ni awal lagi.Plan siap2.So,bila dah ada duit senang ahkak nak bershopping.Kalau dah ada plan ni takdelah suka-suki shopping ikut hati meroyan kan? :P Semuanya dirancang dengan berhati-hati dan ikut keperluan.

Ececece!cara ahkak ni bercakap kan,macam dah lama je plan bebaik cenggini kan?Haha.Padahal ni la first time ahkak ni shopping ala berhemah gini sebab insaf! :p Harap2 la keinsafan ni kekal untuk jangka masa yang lama.

YM dah siapkan list barang-barang yang perlu YM grab dan siap dah buat ikrar dalam diri,kali ni nak shopping barang yang perlu sahaja!No more impulsive shopping!Bukan apa,kdg2 YM ni pandai lupa diri bila nampak benda on-sale,padahal benda tu tak penting sangat pun.Welllll,pompuan kannn?ngeeee!

Tadaaaaa!!! Berjaya kooo kali nih!YM berjaya stick to the budget!YM dah setkan bajet hanya RM150 je maksimum utk beli brg2 keperluan dapur selama sebulan.RM150 tu takdelah termasuk barang2 basah like sayur ikan semua tu utk sebulan,jgn salah sangka ye.But still,Clap-clap-clap untuk diri sendiri,bukan senang ahkak korang ni nak menahan perasaan.Paling best boleh jimat RM20!Tak banyak pun penjimatan tu kan?but still duit tuuu... betul tak?


Paling best,bila ahkak berjaya menahan rasa meroyan bila tengok macam-macam kat supermarket tuh ha!Tutup mata,buat-buat tak nampak bila lalu rak-rak yang menarik tu.Lajuuuu je jalan.Kalau nak ambik barang pun,siap tanya diri sendiri " ni Ko perlu ke atau ko Nak???"Kalau Nak je,better forget it gal!".Gitu haaa dialog YM utk diri sendiri. :P Cuma ada budak tecikk tu,buat muka bila banyak benda dia nak,ibu kata "takleh!".haha.

Tahun 2015 ni,azam YM nak jadi org yang berjimat cermat gitu dan jadi org yang well-planned especially on money matters.Inshaallah.Jom kita!Harap-harap la tak hangat-hangat t*** ayam kan? :P

                                              

2 Sweet Words:

mila said...

alhamdulillah...berjaya

Najib Ariyan Ali Basha said...

yeayyyy tahniah tahniah... kalau saya belum mampu nak buat macam tu... masuk ke Giant bawak list penting bebarang yg dah abis... tapi belum satu pun barang dalam list masuk troli dah dekat Rm50 dah barang2 yg tak perlu tapi membeliakkan mata... sudahnya tak guna sangat punn....