Wednesday, January 28, 2015

Insaf dah,insaf!Seriusss!

Bismillah

YM ni kalau korang nak tahu,dulu...memang jenis org yang kalau stress akan jadikan shopping activity tu sebagai peneutralisasi stress koo!Serius.YM ni kalau dapat shopping,rasa macam bahagia sungguh hidup.Lupa semua masalah.Kalau hari-hari shopping pun takpe.
Back in 2011
Penyakit ni dok hinggap kat YM sejak YM keje dengan Mall management company.Yelahhh,korang bayangkan la YM ni keje dengan pengurusan shopping complex,office pun dalam shopping complex,melangkah keluar je kedai-kedai best,aduhhhh!Tak dapat gaji lagi,kitorang dah ada list nak beli apa bila dapat gaji.Dah aim dah benda apa nak beli.Aduh-aduh,peer-pressure betul.
Tu yang bila dapat gaji je,habis sgt cepat!siap pernah negatif taw tak?Ada hutang yang tak berbayar bulan tu,bawa ke bulan depan.Ish-ish.Teruk betul penyakit tu kalau YM dok ingat-ingat.Tapi ni realiti.YM rasa bukan YM sorang je camni.

Memang kadang-kadang tanpa sedar kita berbelanja lebih daripada pendapatan bulanan kita.
source : google
Then,tahun 2012 YM resign dari keje ni selepas 4 tahun berkhidmat kat sana.YM decide utk buat kerja dari rumah.Alhamdulillah,rezeki YM murah,income YM bertambah berbanding keje makan gaji dulu.Tapiii...masalahnya ni la kan,makin besar periuk tu,makin besar la keraknya juga kan?Maksudnya,makin meningkat gaji kita,so automatik perbelanjaan kita pun meningkat!Memang tak sedar perbelanjaan tu meningkat lebih lajuuuu daripada income yang YM generate tiap bulan.Mmg giler kentang!
Tapi,alhamdullillah this time YM setelkan semua hutang piutang bank-bank dulu,hantar duit kat parents sket,then balance tu YM belanja.So,oklah juga.Cuma yang tak bestnya tu,saving takde sebab nak spend utk shopping hah!sure ada je tiap2 bulan nak menyoping!

Ni la masalahnya.
Setelah banjir pergi di kelantan,segala harta benda dibawa sekali... Sumber : google
Sampai la bila terjadinya musibah banjir kat kelantan baru-baru ni,buat YM insaf.Serius insaf!Tak terbayang,kalau tetiba rumah tinggal tiang jek.Astagfirullah.Dengan takde saving,nak mulakan hidup balik dengan apa???takkan nak mengharapkan bantuan je?bantuan banyak mana la sangat kan?Memang tak terbayang rasanya sebab YM ni stay Pantai Timur gak,so risiko tu memang setiap tahun akan ada.Cuma tahun ni area YM alhamdulillah terselamat.Tapi masa akan datang??Kita pun tak mampu nak mengagak.
Time ni la YM terfikir.

YM taknak la bila dah jadi baru nak menyesal kenapa la dari dulu tak buat simpanan apa-apa.Asyik nak enjoy je dalam hidup kan.So,bagi YM 2015 ni adalah tahun permulaan bagi YM untuk berusaha ke arah hidup bebas hutang dan tingkatkan simpanan,inshaallah.

YM nak setelkan 3 kad kredit YM yg dah cecah limit tuh!3 kad koo!Bayangkan.Punyalah tanda-tanda si shopaholic kan!Huhu.Pastu nak setelkan 1 personal loan YM nieh.Ni target untuk 2015 nieh,inshaallah.
Tapi target jangka masa panjang,YM nak jadi org yang bebas hutang-hutang bank nieh menjelang tahun 2018,kecuali hutang rumah la,hutang rumah ni org panggil "hutang sihat"sebab harga rumah akan melambung naik setiap tahun,hehe.So,this kind of debt,oklah.Tapi hutang-hutang yang lain,hurmmm not so sihat.Thats why nak jadi org yang bebas hutang.

Yes.Bebas hutang.

YM dah buat spreadsheet kat Excel,list kan semua hutang piutang termasuk study loan (PTPTN).So,YM nak berusaha sungguh-sungguh utk pastikan menjelang 2018,YM dah jadi org yang bebas hutang-hutang bank dan PTPTN nieh.Inshaallah.YM dah plan betul2 on paper,mudah-mudahan YM mampu berjuang sampai berjaya!YM sedar yang setiap matlamat ni perlukan perancangan baru nampak jalan mana nak ikut,kan?Baru nampak jelas sikit apa yang patut kita buat.
YM tulis kat blog ni pun bukannya nak bukak pekung di dada,tapi YM nak cabar diri YM.At least kalau YM dah tulis kat blog nieh kan,YM akan jadi semangat utk berusaha sebab kalau YM memain kan,sure malu ngan uolsss kan?Hihi.Strategi nak pushhhhh myself.

Lagipun YM sangat confident ramai kat luar sana tu mengalami sindrom mcm YM nieh, sindrom impulsive buying,yang rasa bestnyaaaaa shopping,bestnya ada itu dan ini!So,tak salah sharing kan?

heloooo!We are talking about reality here.No more fairy tales,fancy-fancy life.


Ramai lagi tak menyedari bestnyaaaa hidup tanpa bebanan hutang!Bestnya tido tanpa perlu fikir nak kena bayar itu dan ini,boleh tidur sambil senyum woooo.hihi

Pada yang sememangnya dah superb dengan financial planning ni,bagus la.Tapi jgn jadi org yang judgemental pulak kat sini ye,hehe.Setiap org akan ambik masa masing-masing utk mencari dan bertemu dengan "Push factor"masing-masing.Lambat ke cepat ke,tu bukan masalahnya.Better late than never,right? 
                                                    

5 Sweet Words:

Kyrul Nizam said...

Entri yang bagus. Sekarang ni, merancangan kewangan adalah penting. Simpan duit untuk masa tua dan hidup bebas hutang. :)

KakSuey said...

Ptptn diskaun 20% settle sblm 31mac tau!
Good luck!

Unknown said...

nk bayar hutang tu buat kita tak tenang..

Unknown said...

nice entri....

muzai said...

betul2.. dulu pun pakai kad kredit.. bila nak membayat alahai sakitnye hati ni rasa.. skrg dah x pakai kad kredit.. alhamdulillah rasa sket kebebasan kewangan tu.. tp hutang lain banyak lagi ni x settle..