Bismillah
Ok, utk berjimat cermat nieh apa yang YM belajar,kitchen kat umah ni yang sangat memainkan peranan yang agak penting.Yelah,kita kan perlu makan setiap hari dan tanpa sedar duit kita memang sangat banyak kita spend utk makan,makan dan makan.
Yes,makan.
Bukanlah takleh nak makan best-best.Bukan gitu.Tapi apa yang YM nak cuba sampaikan kat sini ialah kita boleh buat penjimatan yang agak banyak sekiranya kita mulakan dengan penjimatan di bahagian dapur itew.
Dulu,YM memang jenis yang suka dan happy giler kalau dapat makan kat luar.Uikkkss!sapa tak suka makan kat luar babe,takyah nak berpeluh-peluh kat kitchen tu nak potong itu dan ini dan berperang dengan tahap kepanasan kuali periuk belanga tu.Siap orang hantarkan makanan dan air lagi kat meja ha...takyah susah2 nak basuh kemas bagai.Aduhhh..syorgaaa!Alasan paling best,ai busy okehh??tak sempat nak masak!Pls la pahamm!hehe.
Tapi kalau dah dalam seminggu tu makan kat luar sampai 10 kali (Termasuk Lunch & Dinner ),uiksss naya gak kan.Mcm YM nieh dulu,sekali makan je paling kurang pun akan spend dalam RM20-RM25 ok?Tu kalau makan kat restoren biasa.Kalau tetiba tekak ni mengader nak makan kat Secret Recipe ke,nandos ke,tu diaaa... paling kurang pun RM60-RM70 hengettt!
Bayangkan kalau YM kira camni erk,kita ambik yang paling rendah la,RM20x10= RM200!RM200 seminggu uolssss!!kalau 4 minggu, tak ke RM800!ya ampunnn.
Ok, now... jum kita bandingkan dengan YM masak kat umah konsisten dlm seminggu nieh.YM bagi menu dinner je ye sebab family YM nieh,selalu skip Lunch.Selalunya Brunch dan terus dinner je.
Mee Kari simple |
Pecal ala-ala Jawa,hehe |
Ikan Kembung Belah Belakang + sambal belacan+Ulam |
Ikan masak tempoyak + Ikan grg + sambal belacan |
Nasi Chicken, hihihihi |
Kerisi Goreng + kailan ikan masin + Cencaluk |
Mihun Tomyam |
Ok... ni menu Dinner YM sepanjang seminggu nieh.Kiranya 7 hari punya Dinner menu la.Nothing fancy-fancy pun.Semuanya simple giler,but still mengenyangkan,tu yg plg penting kan?Nak tahu bape kos setiap menu ni?? Between RM7 - RM9 sahaja.Kiranya maksimum la RM9 tu.So,jum..kita buat calculation.Hehehe.
Kita ambik yang paling tinggi la,RM9.So,RM9 x 7=RM63 sahajaaa uols!ok...kalau konsisten selama 4 minggu, total kos utk dinner ialah RM252 sahajaaaa uolsss!
Sila bandingkan dengan yang kat atas tu.
Makan kat luar 5 kali seminggu (kos dlm RM20) = RM800
Masak kat umah 7 kali seminggu=RM252!
Perghhh!jauh giler beza tuh kan???Yelah,ofkos la kat luar tu makanan lagi la sedap2 kan.Masak kat umah nie takdelah best sangat pun.Menu-menu YM tu,menu biasa-biasa je,simple yang amat.But,who cares kan?Kalau kita betul nak berjimat utk capai target kita,redah jek.Tak gitu?Lagipun,makan kan utk hidup,bukan hidup utk makan.hehehe.
Bayangkan lagi, kalau selama ni kita spend RM800 utk makan kat luar,then tetiba kita hanya spend RM300 je.Balance RM500 tu boleh masuk dlm saving kita ataupun utk langsaikan hutang kita ngan bank kan?Imagine RM500 x 12 months = RM6,000 wooo!Boleh tahan kan...banyak tuuu!
Tapi ni semua based on calculation YM jelah,based on bilangan keluarga kecik YM dan daily habit kitorang.So,maybe berbeza dengan uols.Apa kata,cuba uols buat calculation dan eksperimen sendiri pulak.Hehehe.Boleh la dapatkan anggaran sendiri kan.Boleh la dpt gambaran yang lebih jelas.
Bukanlah YM kata takleh makan kat luar.No.Sekali sekala melayan tekak apa salahnya.Kot la nak makan kat restoren mahal sikit,sebulan sekali ke,ok je.Takpun 2 kali ke,still... oklah.Depends dengan kesungguhan masing-masing nak capai target la kan?Kalau nak cepat-cepat capai financial freedom,kenalah usaha lebih sikit kan?
Next time,YM share tips camne YM boleh konsisten masak kat umah within 7days nieh,ok?stay tune kalau sudi!
8 Sweet Words:
mmg btl tu.kdg2 x puas hati pon mkn kat luar, mahal je lebih..sbb tu suami sy skrg ni lebih suka mkn kat umah.walaupon lauk biasa je tp lebih kenyang sebab isteri yg masak..ekeke
salams ayu, memang betul jimat sgt:)
Terus terliur tgok semua mknn..excited terus nk g masak..hehe
Menarik tips ni... kadang-kadang makanan yang diorder banyak sangat dan terjadinya pembaziran..:-)
sedapnya lauk pauk ni.
banyak beza dia tu.. nice
lagipum masak kt rumah kita tau ape ingredients kita letak kan.. lagi sihat & healthy
good :)
boleh la try lepas ni :)
semuanye sedap menu2 makan malm tu ek..
Post a Comment