Friday, February 13, 2015

Resepi Lempeng Kelapa Mudah!

Bismillah

Jumaat yang diberkati.Sejak semalam YM rasa sedih sebab pemergian Tuan Guru Nik Aziz.Timeline Facebook pun penuh dengan updates tentang pemergian seorang murabbi bertemu kekasihnya.Allahu...leading issue setakat ni.Betapa disayangi insan yang bernama Tuan Guru Nik Aziz ni kan.Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman.Amin.
Namun,kita yang hidup ni masih punya banyak tanggunjawab untuk dilaksanakan.Masih punya banyak perkara perlu dilakukan untuk memastikan kebahagiaan hidup kita di dunia mahupun akhirat kelak kan?So,mudah-mudahan hari ini merupakan hari yang sangat produktif untuk kita semua.Inshaallah.
Hari ni YM mulakan hari dengan menu breakfast nieh.Mudah dan cepat nak buat.Paling penting kena isi minyak dulu,baru badan boleh berkerja dengan baik kan?
Lempeng kelapa in the house!Owhhh...ni lempeng kelapa version YM yang agak-agak semua benda nak buat cepat2 nieh.Hihi.Senang sangat uols!meh YM share resepi mudah nieh :

Bahan-bahan :

Tepung gandum 3 senduk
Baking soda 1 sudu teh
Santan kelapa 1 cawan kecik (tak kira la ori punya ke or instant,redah je)
kelapa parut (kalau ada, kalau takde,lupakan,haha!)

Cara Buat : 

Bancuh je semua bahan kat atas tu sampai takde ketul-ketul dah.Dah nampak cantik,tak cair or pekat sangat,then ambik cooking spray kalau uols ada,spray atas pan,then tuangkan sikit bancuhan tepung tu.Guna sudu tu,ratakan tepung tu supaya lempeng tu nanti nampak cantik,takdelah berbukit bukau,ekeke.Kalau takde cooking spray,just calit la minyak/butter sket atas pan.Pandai-pandai la.sikit je taw,jgn pulak uols letak minyak segantang,kang jadi cucuq pulak,haha!Dah nampak mcm garing sikit tu,then terbalikkan.Bagi yang sebelah tu garing pulak.Bila dah nampak garing dua-dua belah,ha,angkat dan letakkan atas pinggan.

Senang kan?Hidangkan atas plate,makan dengan sambal,fuhh!terangkat.Tapi,disebabkan YM ni rajin sangat pagi ni,jadi YM makan dengan susu pekat jek,ekekeke.
Kalau version complete kan,ada org guna air kelapa + isi kelapa yang best tuh.Baru rasa keaslian lempeng kelapa tu taw.Resepi YM nieh,resepi menderhaka namanya.Haha.Ahh!lantaklah,yang penting its works for me and my familia.Gituuu.
YM makan lempeng sambil minum Nescafe panas-panas.Fuhh!berasappp pagi-pagi.Owh!btw,cantik tak Mug tu?YM dapat free je sebab beli KitKat rege promo RM9.99 2-3 hari lepas.Mug Gedabak tu,jenuh nak perabih air dlm tu kalau penuhkan.Hehe.
                                                    

1 Sweet Words:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak yan, wahh mudahnya.. btw memang terasa kehilangan tok guru yang disayangi.. hmmm sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham