Friday, May 25, 2012

Allah Menguji Kita dan kita Mesti Tabah!

Assalamualaikum...

Bertandang ke blog Syana tadi, terbaca cerita dia pasal 5 tahun takde Anak.Tersentuh hati YM sebab YM pun 5 tahun hidup tanpa anak. Tahun ke-5 baru Yayan hadir menyinari hidup kami suami isteri. 

Masa takde anak, hidup memang rasa mewah.Nak pegi mana, nak makan apa,  takyah pikir panjang. Tapi, hati sangat-sangat sunyi. Terutama bila melihat kawan-kawan yang sudah punya anak sendiri. 

Teringat YM suatu ketika dulu, YM buat solat hajat tanpa henti, meminta untuk Allah kurniakan zuriat buat kami. Tapi, doa YM belum dijawab oleh Allah. Masa tuh YM anggap semuanya ujian Allah buat kami.

Pertama kali dapat dukung Yayan.Masa tu umur dia dah 7 hari.
Sampailah suatu hari, bila YM sudah belajar menerima ketentuan Allah, tiba-tiba kami dikejutkan dengan kehadiran Yayan. Sujud syukur YM...alhamdulillah. Sebenarnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui bila masa yang benar-benar sesuai untuk Dia kurniakan sesuatu buat kita kan?

Cepat sembuh ye Sayang....
Walaupun sekali lagi kami diuji dengan penyakit yang dihidapi Yayan sejak lahir, namun YM tetap positif. Allah tidak akan menguji kita dengan dugaan yang tidak mampu kita hadapi.Allah kan maha penyayang.

Walaupun Yayan sakit tapi dia tetap anugerah terindah buat kami. Memberikan YM peluang untuk merasai manisnya hidup seorang Ibu.

Yayan said : Masa nih, umo saya 1 tahun 5 bln!
Yayan said : Saya dah 2 tahun!
Walaupun, dah bermacam-macam dugaan yang kami tempuh dalam membesarkan Yayan, syukur alhamdulillah kami masih diberi peluang demi peluang untuk melalui kehidupan ini bersama Yayan.

Yayan la satu-satunya permata hati yang kami ada buat masa ini. Walaupun YM diuji lagi oleh Allah dengan penyakit yang YM hidapi membuatkan YM mungkin sukar untuk mengandung lagi kata Doktor, namun YM percaya kalau Allah mengkehendaki sesuatu, Kun Fayakun!Dia Maha Berkuasa.Doktor bukan Tuhan!


Buat masa ini, YM hanya akan terus berdoa , berusaha , menjadi lebih kuat &  tabah menghadapi apapun ujian yang Allah berikan. Memang itu yang patut kita semua buat pun kan???

Hidup kita ini adalah satu perjuangan!

p/s Jgn lupa klik-klik Tabung jantung Yayan kat  bawah ni, kat atas dan kat tepi ye.Jasa baik dan keprihatinan kalian hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.Semoga kalian diberkati, amin!

18 Sweet Words:

mama maman aka yana said...

Hidup penuh dugaan.. Bertahan la yer....

dieyna said...

betul.. Allah menguji sepadan dengan kemampuan hambanya..

Riena Haiqal said...

Kunfayakun....
Allah lebih mengetahui segalanya... Semoga YM tetap kuat menghadapi dugaan hidup.
Yayan, auntie doakan Yayan agar sembuh seperti kanak2 normal yang lain dan jadi kuat k..

Myra Jay said...

Semoga YM kuat dalam mengharungi dugaan ni ye..

Sabar banyak2 dan berdoa..

Dan semoga Yayan cepat ssembuh insyaAllah tiada yg mustahil kan ;)

Fatindn_ said...

betul tu kak .. semuaNYA ujian dari DIA .. kita selalu ingtkan diri kita , kalau ape pun jadi , pasti ada hikmah disebaliknye ..

@e_da said...

Sabar ye YM... sy pun 3 tahun baru dikurniakan mika.. sudah merasai 4 kali keguguran.. nasib setiap orang tidak sama... namun allah maha tau apa yg terbaik untuk kita... semoga YM dan yayan terus kuat dan sihat menghadapi hari mendatang.......

Yumida said...

alhamdulillah..akak dpt menerimanya dgn redha n tenang...tabahnya kak..sedih pulak sy membc nya....pa pun yayan tetap comel! moga Allah memberi kesihatan semakin hari semakin sihat utk yayan

Siti_btp said...

Syurga itu terlalu mahal YM..

Sedangkn Nabi dan Rasul yg tlh di angkat mertabatnya pun melalui pelbagai ujian dan dugaan di bumi Allah..

Inikan pula kita hanya hamba ALLAH..Kita hamba2 terpilih di uji utk menghampirkan kita ke Syurga Wallahualam..terpulang pada kita redha @ sebaliknya..

Unknown said...

betul tu kak.setiap yang berlaku adalah ujian daripadaNya.. kita hendaklah sentiasa tabah dan sabar menenpuhi setiap yang berlaku itu

::NureeN:: said...

betol.. kita hanya mrancng kan.. moga yayan akan terus menceriakan akak sekeluarga...
cantik last pic tue

sal ya said...

semoga YM terus tabah ye. Allah menguji mengikut kemampuan hambaNYA. DIA tahu YM blh hadapi semua ni.

Ibu Yusuf Maryam said...

Allahu akbar, Yayan dan YM sakit rupanya. Ibu Yusuf doakan semoga Yayan dan YM kembali sembuh sepenuhnya. Amin

NoorVictory said...

Kak Ayu kuat! ;)

Unknown said...

kadang2 kita rasa kita diuji dengan berat..ada orang lagi besar ujianNYA...bertabahlah..

Miss N™ said...

ALLAH Maha Mengetahui..! setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. jgn sedih dan jgn bersangka buruk pada ALLAH..!

sebagai hambaNYA, kita hanya perlu redha dan bersyukur atas apa yang telah dia kurniakan..

Unknown said...

YM, hakim pun nikmat Allah sempena ulangtahun perkahwinan kelima mamavogue :-)

& mamavogue pun susah pregnant sbb ade ovarian cyst. Tapi betul la kan, doktor bkn tuhan :-)

Melati Qistyna's Mummy said...

Dia menduga Kita tandanya Dia masih menyayangi Kita.... Mg yayan bertambah baik....

Chic Na said...

betul kan org kata kalau dah kawen & bahagia pun tp jika belum dikurniakan cahaya mata, tetap rasa kosong. tp semua tu ketentuan Allah. kita mesti terima qada & qadar nya. :)