Friday, May 11, 2012

Berita Terkini : Ibu dera Bayi 10 Bulan

Assalamualaikum...

Memang isu ni sangat hangat! Semua orang ingin tahu perkembangan bayi yang didera oleh ibunya sendiri tuh kan?Yelah, sangat tragis tuh, menyakit hati sangat-sangat. Pada yang terlepas tuh boleh tgk gambar kat bawah jelah coz video tu dah Youtube Remove sebab mengandungi unsur-unsur Melampau!

Tapi, YM rasa okay jugak pada sape2 yang tak tengok video nih sebab bila dah tgk video nih, emosi rasa terganggu sangat2, especially pada all mommies like Me, :( Really sad and tragic!seriously! Korang tgk gambar kat atas pun can feel kan?

Berita yang melegakan hati ialah bayi tersebut disahkan sihat dan menjalani kehidupan yang ceria bersama keluarga angkatnya.Malahan dia lebih ceria dan tidak mengalami trauma seperti yang disebarkan sebelum ini. Syukur alhamdulillah, kan?

Tentang hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan ke atas ibunya yang dirasakan tidak cukup bagi sesetengah pihak, kita terima jelah. Jangan risau, hukuman Allah di akhirat lagi berat, insyaallah.Just believe in that okay?

Perkara positif yang kita boleh ambil dengan kejadian ini ialah selepas melihat video yang kita rasa sangat kejam kepada kanak-kanak, mampu menjadikan kita seorang Ibu atau bapa yang sangat-sangat menyayangi anak-anak kita, lebih melindungi mereka dan juga tidak mensia-siakan peluang untuk membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.Betul tak?

Like me, bila dah tgk video tu, balik umah, terus peluk my son.Terus cakap, "Ibu takkan buat yayan macam tu!" sambil airmata laju je jatuh. Memang sangat-sangat menyentuh hati nurani keibuan YM.

Semoga semuanya menjadi iktibar terbaik buat semua.Mungkin ada lagi kes-kes penderaan yang kita tak tahu.Semoga masyarakat kita lebih prihatin dan berani menghadapkan ibu,bapa atau sesiapa yang tidak bertanggungjawab ini!

Tetiba pulak terfikir, sapa yang upload video lama ni erk?Apa Motif dier?since kes ni dah lama settle?Ermmmm...misteri...

p/s Jgn lupa klik2 Tabung Jantung Yayan erk?Nak penuhkan cepat2 supaya Yayan boleh buat operation jantung nanti. Terima kasih, korang!semoga Allah memberkati kalian.amin.

17 Sweet Words:

dieyna said...

tengok video ni kat blog YM semalam.. siap menangis lagi sambil peluk Hannah.. huhu hannah siap cakap baby angis angis tu .... huhu sehingga ke hari ini, perbuatan tu tak lupa diingatan.. ibunya memang meroyan kot, sebab tu jadi gitu. mental problem..

Izan Ishak said...

yelah YM... kes ni dah lama pun settle. yang merakan pun dah buat pengakuan kat akhbar. pelik sangat kerja siapa agaknya yg upload ke youtube kan.

Riena Haiqal said...

YM :: syukur alhamdulillah sebab bayi ni selamat.. perkara ni terjadi 29 mei 2011 tahun lepas.. gara2 suami curang anak yang jadi korban.. tapi syukur sangat2 sebab anak dia tak mengalami trauma.. saya tau pun sebab husband saya try cari kat google mengenai kes ni... lajulaju jer dia nak tau perkembangan tentang kes ni sebab dia sedih sangat tengok bayi tu...
Ini dah jadi pengajaran utk kami suami isteri agar lebih menyayangi anak dan menghargai anak kami.. Saya pun lepas tengok video ni bsma husband semalam, tetap gak mengeluarkan air mata tengok keadaan bayi tsebut. lajulaju jer saya peluk anak saya dan cium2 dia supaya dia tau yang saya sayangkan dia dan takkan sesekali sakitkan dia..

Ruse Sulaiman said...

Ya lah perkara dah lepas. Bila buat macam tu macam saja mengaibkan dia pula. Kalau budak tu tengok mesti dia sedih.

Nurna said...

sangat menyedihkan apabila ada ibu yang bersikap sedemikian rupanya.. sepatutnya sebagai seorang ibu haruslah mempunyai perasaan sayang terhadap anaknya sendiri..

Unknown said...

itulah...husband saya pun tertanya2 macam mana orang bole record macam mmg ada orang lain skali je..and mana bapak dia...saya x tgk pun video tu...ni YM p tepek gamba pun dah rasa sebak nak balik umah peluk anak2 je rasa....

sal ya said...

katanya si ibu muda tu ada msalah mental. nak salahkan dia 100% pun tk blh jgk sbb emosi dia terganggu kan.

Zehan Ilyana said...

seriously memang mengganggu emosi..
sampainya hati dera anak sendiri.. T_T

Ayu said...

betul tuh, kalau emosi terganggu, anak sendiri pun boleh terbunuh.Nauzubillah. !

Ayu said...

tu la kan...syukur...tapi tu la, di tenet nih pun byk betul version cerita nih.Mau percaya pun 50-50.Nda kisah la kan, yang penting baby tuh selamat, tu yg paling melegakan hati kita.:)

Ayu said...

Yang record tu katanya saksi Polis.Pernah halang pompuan tuh, tapi dia kena belasah skli.Tu yg dia record tuh, nk jadikan bhn bukti.

IntaNBerliaN said...

mmg sedih tgk video ni kan..

Miss N™ said...

syukur semuanya dalam keadaan baik..
selamat xde kesan buruk thadap baby tu.. :)
apa2pun kita doakan yg terbaik ye..

Hidayah said...

aiyo..tak sanggup..
fobia betul rasanya
masa tau hal nih semalam.

tak kuat nak tgk sampai abih..

beberapa saat je..

terus tak mau tgk lagi..

Riena Haiqal said...

YM :: sekali aku tengok lagi di satu blog ni dia cakap baby tu sekarang berada dihospital.. cuba ko tengok ni blog... betul ka lagi ni? aku susah sangat mo cakap ni...
http://encikbeliau.com/gambar-bayi-yang-didera-ibu-kejam/

Ayu said...

Riena, jgn la dipercaya tuh.confirm sudah bah, baby tu sekarang selamat di bawah jagaan keluarga angkat dia.(^_^)
Biasalah, di tenet nih banyak version.well, aku lebih percaya pada penjelasan PDRM.:)

Unknown said...

mmg geram betul yas tgk siibu tu...tergamak dia buat anak sendiri mcm tu....