Saturday, May 19, 2012

Cukuplah sekadar mereka kenal Blog ini...

Assalamualaikum...


Entry kali nih dedicated to my brother blogger Boni JJL3 a.k.a Bonz Zackless. YM memang beruntung dipertemukan dengan sahabat-sahabat seperti kalian.Really.

Boni,

Thanks a lot, Bro for your sincere concern.Really. Kami sangat-sangat hargai.

Pembedahan Yayan, insyaallah paling cepat pun masa umur dia masuk 4 tahun, insyaallah. Means, YM masih lagi ada masa lebih kurang 2 tahun untuk guna tulang 4 kerat YM untuk terus berkerja keras untuk mengumpul dana Jantung Yayan.Same goes to YD. YM sangat-sangat positif, Allah akan sentiasa bersama kami, insyaallah.


Jumlah duit terkumpul? erm...soalan yg agak menakutkan bagi YM buat masa ni.Kalau YM tempek kat sini account untuk Dana Jantung Yayan, korang semua pasti terkejut. :( YM memang tak dapat saving banyak untuk Yayan lagi sebab baru je August last year Yayan  buat pembedahan.Jumlah tuh, belum pun mencecah 1/4 drpd kos pembedahahan which is RM47K.

Yes, New Straits Times Charity Fund ada bagi dana, tapi masih ada kos-kos lain yang perlu kami langsaikan juga. Ada kawan-kawan yang sangat baik hati meminjamkan sejumlah wang untuk menampung here and there dan lepas pembedahan Yayan, YM berusaha untuk melangsaikan semua dengan mereka pula. 

Honestly speaking, sekarang ni, baru la YM lega. YM baru je mula bertatih-tatih untuk buat simpanan untuk pembedahan Yayan. Tapi, dalam masa yang sama YM juga punya tanggungjawab yang sangat-sangat besar untuk keluarga YM di Sabah selepas ketiadaan Abah YM. YM anak sulung, so tanggungjawab YM pada family memang sangat-sangat berat. Amanah tetap amanah, walau apapun kan? YM selalu ingatkan diri YM, kalau YM tolong keluarga YM dengan ikhlas, insyaallah Allah akan membuka lebih banyak pintu rezeki untuk YM, insyaallah. Tapi, YM perlu berusaha lebih keras.YM tahu itu.

Ibu akan berusaha sebaik mungkin utk Yayan!insyaallah!
So, duit gaji semata-mata memang takkan cukup untuk menampung semuanya. Disebabkan itulah YM kene berfikir alternatif lain untuk maximize kan income YM. Salah satu caranya ialah melalui menjana pendapatan halal melalui blog.Bukan nama yang YM kejar, tapi untuk Yayan semata-mata. Yes, for him.

YM share cerita pasal dana Jantung Yayan kat entry-entry YM sebelum ini semata-mata kerana mahukan kalian terus support blog YM.Itu je. Kalau ada di antara kalian sudi kenalkan blog YM ni kat kawan-kawan yang lain, YM sangat-sangat bersyukur. YM cuma mahu naikan trafik blog YM, supaya insyaallah ada rezeki lain menyusul.insyaallah...

Buat masa ini, cukuplah sekadar kawan-kawan kenal blog ini, baca blog ini dan klik Tabung Jantung Yayan.Itu dah cukup untuk membantu Yayan. Selebihnya, YM akan berusaha.Berusaha lebih keras tanpa mengenal apa itu erti lelah, penat & jemu.Doakan YM ya!

Pada sesiapa yang baru nak kenal-kenal Yayan, kalian boleh klik kat Tab - Info Penyakit Yayan. YM dah cuba masukkan semuanya kat situ. 

Sesungguhnya, keprihatinan kalian semua sangat-sangat menaikkan semangat YM untuk terus dan terus berusaha untuk penuhkan Tabung Jantung Yayan. Really.Really.



Salam sayang,

YM & Yayan

p/s Terus & terus klik Tabung Jantung Yayan ya! Semoga Allah memberkati kalian!amin.

3 Sweet Words:

Melati Qistyna's Mummy said...

Ya Allah, besarnya dugaan, Mg dipermudahkan ye dear...

Riena Haiqal said...

InsyaAllah kami sebagai sahabat alam maya ni akan membantu mana yang kami mampu.. hanya untuk melihat Yayan akan terus bersemangat dan hidup bahagia selamanya bersma YM & YD... Yayan budak yang kuat dan comel... sayang Yayan...

Unknown said...

semoga lebih ramai rakan yang prihatin dan baik hati tampil memberi bantuan...