Assalamualaikum....
Pagi ni, YM & YD plan nak pi menziarah kawan yang sakit kat Kuantan Medical Centre. Kakak tu baru je lepas dioperate, buang cyst / ketumbuhan kat perut. Lebih kurang YM gak la 3 bulan lepas.
Sekarang ni cyst / Fibroid dah jadi common sgt kan? YM tgk calendar my Doc (biase, suke kepochi, hehe) last 2 weeks pun, tgk jadual utk dia buat Laparoscopy & Laparotomy berlambak. Kesian kat Doctor, asyik kene belah2 pwot org jew kan.Eh!Kesian gak pada yg pwot mereka dibelah, sama goes to me,huhu.
So, as a friend kita kene lar bg semangat ngan kawan-kawan kan? Sebab tu YM plan nak pi sat lagi. Menziarah org sakit ni banyak kelebihannya.
Sabda Nabi S.A.W.
Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.
Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
YM plan nak bawak Limau Sunkist utk dier.Baik utk pemulihan luka dalaman.:) |
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Doa mendoakan orang sakit:-
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.
Kelebihan menziarahi orang sakit.
Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).
Sumber Info : Via
Alhamdulillah. Semoga perjalanan kami diberkati.
9 Sweet Words:
insyaAllah moga lekas sembuh
semoga cepat sembuh buat kawan.
jaga diri,pemakana.
nice shaaring YM. :)
ziarah menziarahi sesama kita itu sgt baik...semoga cpt sembuh ye rakan itu.
Takut dengan pasal operate ni..macam2 penyakit skrg ni..semua tu dugaan Allah pada hambanya..
mak saya pun perut kena belah sebab appendiks pecah..
P/S : thanks ye YM sebab sharing info yang berguna ni.. :)
semoga sahabat YM cepat sembuh..!
cik nur pun risau juga..
sbb kalau priod sakit sangt2..huhu
semoga cepat sembuh dan sihat seperti selalu buat sahabat YM... :)
Kirim salam buat sahabat YM gak k..
Isteri yas pun kena belah juga YM...4 x....la ni doc dh tak bagi dah....stop production...hehehe
Semoga cepat sembuh...mungkin ada hikmah...
Post a Comment