Assalamualaikum
Kali ni YM nak kongsikan Artikel yang YM rasa sangat-sangat berguna utk Ibu-Ibu yang hamil. Demi kesihatan dan keselamatan si Ibu dan juga kandungannya.
Tidak
kira berapa luas anda telah baca atau berapa banyak berbincang dengan ibu-ibu
yang lain mengenai kehamilan, ianya sukar untuk mengetahui sama ada apa yang
anda rasakan semasa kehamilan adalah normal.
Berikut adalah simptom yang perlu anda risaukan. Jika anda sedang mengalami
satu-satu daripada masalah berikut, hubungilah doktor anda dengan segera.
Anda rasa "tidak begitu
sihat"
Jika
anda tidak pasti mengenai satu simptom, tidak berasa seperti biasa atau berasa
tidak selesa, percayalah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika
terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda
akan berasa lega.
Doktor anda menjangkakan panggilan seperti ini dan akan sedia memberikan
nasihat kepada anda. Badan anda berubah dengan cepat dan kadang-kala ianya
sukar untuk mengetahui sama ada apa yang anda rasa adalah "normal"
atau tidak.
Sakit di bahagian tengah abdomen
Sakit
di atas-tengah abdomen yang teruk dan seperti menyucuk, dengan, atau tanpa,
loya atau muntah adalah petanda beberapa keadaan. Ia menunjukkan samada:
- ketakcernaan yang teruk;
- virus
dalam perut;
- keracunan makanan.
Ia
mungkin juga pra-eklampsia, satu keadaan serius yang
memerlukan rawatan segera.
Sakit bahagian bawah abdomen
Sakit
yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi, atau di perut adalah petanda
beberapa keadaan. Anda mungkin mengalami ligamen terkoyak/tertarik atau mungkin
ia:
- tanda
kehamilan ektopik;
- keguguran;
- pelahiran pramatang;
- fibroid yang merosot dan berdarah atau
koyakan plasenta.
Demam
Jika
suhu anda melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda
pada hari yang sama.
Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin
mempunyai jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan
menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi
jangka masa yang lama, ia akan membahayakan bayi dalam kandungan.
Gangguan penglihatan
Jika
anda mengalami penglihatan berganda, kabur, malap, titik atau cahaya silau yang
berlaku lebih dari dua jam, panggil doktor anda. Simptom-simptom ini adalah
tanda-tanda pra-eklampsia.
Bengkak tangan, muka dan mata
Ramai
ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan
kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku
tiba-tiba dan disertai dengan sakit
kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom pra-eklampsia.
Sakit kepala yang teruk dan berkekalan
Jika
anda mengalami sakit kepala yang lebih dari dua atau tiga jam, bersama dengan
gangguan penglihatan dan bengkak yang tiba-tiba pada tangan, muka dan mata
anda, anda mungkin mempunyai pra-eklampsia.
Pendarahan vagina yang sedikit atau
banyak
Pendarahan sedikit tanpa kesakitan mungkin tanda
normal proses pelekatan apabila embrio melekat pada uterus di awal kehamilan
atau pendarahan menunjukkan kejayaan menjadi hamil. Tetapi anda perlu hubungi
doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh
menunjukkan komplikasi yang serius:
- Pendarahan
yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan
berwarna lebih gelap) bersama kesakitan teruk di satu sisi pada abdomen
boleh menjadi tanda kehamilan ektopik.
- Pendarahan
yang banyak, terutamanya apabila bersama sakit belakang atau abdomen,
boleh dikaitkan dengan keguguran yang sebenar atau berpotensi.
- Dalam
peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, koyakan plasenta yang
berlaku apabila plasenta mula berpisah dengan dinding uterus atau kelahiran pramatang (perlahiran yang bermula
sebelum minggu ke-37).
Rembesan cecair dari
vagina
Rembesan cecair dari vagina sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda akan
memasukkan anda ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk
mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang.
Selepas 37 minggu, anda mungkin akan mula proses pelahiran. Hubungi doktor anda
untuk berbincang mengenai pilihan anda jika perlahiran tidak bermula dalam 24
jam.
Peningkatan rasa
dahaga
Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi
kurang kencing, ini mungkin tanda penyahhidratan atau diabetis kehamilan (atau diabetis gestasi).
Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda.
Sakit semasa kencing
Sakit semasa pengencingan diikuti
dengan suhu tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran urin. Jumpalah doktor. Dia akan
merawat dengan antibiotik.
Muntah yang teruk
Muntah lebih daripada dua hingga tiga
kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda tanpa membahayakan bayi
anda. Anda perlu hubungi dengan doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis
gravidum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital.
Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di
bawah tulang rusuk adalah tanda pra-eklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan
kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan. Dalam
kedua kes, hubungi doktor anda.
Pengsan atau pening
Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup
makan pada hari itu tetapi ia juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa
pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor anda untuk
memastikan tiada masalah.
Pergerakan bayi
semakin perlahan
Tiada pergerakan atau pergerakan bayi
anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda yang bayi anda
tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa,
hubungi doktor anda. (Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta
bantuan).
Kegatalan seluruh
badan pada peringkat akhir kehamilan
Simptom-simptom ini menunjukkan masalah
berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami
obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan urin berwarna
gelap dan najis yang pucat.
Kegatalan adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan
dengan bayi anda yang sedang membesar, tetapi lebih baik jika anda membuat
pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk pada waktu malam dan
melibatkan tapak kaki dan tangan anda.
Anda jatuh atau
terhentak pada perut
Jatuh tidak selalunya membawa bahaya,
tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku.
Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda tidak
perlu risau. Bayi anda selamat dilindungi oleh uterus dan cecair amnion.
Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda
mengalami kontraksi, rembesan cecair atau sebarang pendarahan, hubungi doktor
anda dengan segera atau pergi ke hospital terdekat.
Take care all Mommies & Mommy-to-be!
Advert
Amalkan pengambilan ESP semasa hamil.Sangat baik utk Ibu dan juga anak dalam kandungan.
Mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia & Halal (ISA)yang diiktiraf oleh JAKIM.
Maklumat lanjut/tempahan, sila hubungi