Assalamualaikum
Pernah dengar Sanggar Cheese tak?Tak penah?okay-okay..kalau Sabahan ofkos tahu apa yang YM sebut ni,sebab makanan ni tgh hot kat sabah sekarang,hehe.Sebenarnya Sanggar Cheese tu ialah pisang goreng yang diletakkan cheese ke atasnya,like this...
My Homemade Sanggar Cheese |
Sanggar tu maksudnya pisang goreng.So,kalau Sanggar Cheese tu maksudnya Pisang Goreng berkeju la.. :) Hari tu YM balik kampung,so dapat la rasa penangan sanggar cheese sedap ni.Mula2 beli kat town Kota kinabalu, pisang gorengnya agak sejuk,so sah-sah la kurang menyengat.Agak kuciwaa di situ.ok fine.
Then,berpeluang menziarah ibu saudara YM kat Tawau,so dapat la YM rasa Sanggar cheese version Tawau pulak.Fuhhh,yang ni memang best!the best in town gitu.Pisang goreng ni panas-panas,mabelesss!Baru keluar dari kuali,korang bayang la..Teringat-ingat kesedapan,kerangupan dan kelemakan sanggar Cheese tu taw!
So dek teringat-ingat tu la,YM bersemangat waja buat sendiri koo.Alaa...bukannya susah sangat pun,buat mcm pisang goreng biasa tu,then parut la cheese ke atas pisang goreng panas-panas korang tu and boh susu pekat manis sikit,ala-ala percik-percik atas pisang tu je,jgn korang bubuh bebanyak pulak susu tu,kang over manis,tak elok utk kesihatan,acewahh, :P
Tapi, memang terubat la kerinduan dengan sanggar cheese ni bila dah buat sendiri.Yayan n his ayah pun suka,happy!Aryan siap request soh buat 2nd round,amboi-amboi budak kicik nieh...
Alamak!tetiba rindu gilerr kat kampung laman tawww!uwaaaa! |
3 Sweet Words:
Assalamualaikum kak yan.. wahh terliur kita tengok. teringin nak rasa... tgu pisang berbuah belakang rumah. heee sheila singgah sambil klik tabung Aryan ~~~
akak org mana ya?
nampak maveles je.. nyummm..
oo..nampak sedap je..hari tu g KK tak jumpa la pulak..huhu~
Post a Comment