Assalamualaikum
Bila
raya makin dekat ni kita dapat lihat banyak persiapan sudah mula dilakukan, walaupun tak masuk bulan Ramadhan lagi,hehe..tu normal, biasa....Malah rata-rata sudah mula sibuk plan nak mencari perabot baru untuk rumah, baju raya,
kuih raya, biskut raya dan macam-macam lagi. Seronok bukan dapat rasai suasana
seperti ini? Apatah lagi kalau dapat buat segala jenis persiapan itu bersama
keluarga dan teman-teman rapat yang tersayang.
Sama
seperti tahun-tahun sebelum ini, kita pasti akan dapat lihat koleksi baju raya
terkini. Saban tahun akan ada koleksi terbaru dengan stail yang terkini
mengikut arus fesyen semasa. Jika dilihat tahun lepas untuk koleksi baju raya
2013 pasaran didominasi oleh stail baju kurung peplum moden.Namun untuk tahun
ini mungkin demam peplum sudah pun reda dan akan digantikan oleh trend yang
lain pula.
Untuk
Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya pakaian tradisional pastinya akan menjadi
pilihan.Antaranya adalah seperti baju kurung moden, jubah moden, baju peplum
kurung, kaftan, baju Melayu dan macam-macam lagi. Namun pastinya penampilan anda tidak akan lengkap tanpa
adanya kasut raya untuk dipakai. Bayangkan anda mengunjungi rumah terbuka atau
pergi beraya ke rumah sanak saudara dengan hanya berselipar? Pastinya
penampilan anda itu tidak akan kena dengan baju raya serba cantik yang dipakai.Hurm...nampak mcm tak kena je kan?hehe.
Mencari
kasut raya adakalanya memenatkan jika anda terpaksa
berebut dan bersesak-sesak ketika shopping di luar. Malah bagi mereka yang
sudah berkeluarga pastinya para ibu dan bapa akan berfikir banyak kali untuk
bawa anak-anak kecil ke tempat yang penuh dengan orang ramai seperti itu. Jika
anda mahu elakkan situasi seperti ini dan mahu menjimatkan masa serta wang
anda, apa kata beli sahaja kasut raya secara online.
Ini kerana seiring dengan trend online shopping
yang semakin popular di Malaysia, anda boleh dapatkan kasut raya pilihan anda
dengan membeli secara atas talian. Terdapat banyak website online shopping
Malaysia atau blogshop Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis kasut untuk
lelaki dan wanita sempena Syawal yang akan datang ini.
Sebagai contoh,Zalora Malaysia,destinasi
fesyen online terkini mempunyai koleksi kasut raya yang cukup meluas daripada
seleksi baju raya 2014 mereka. Hadir untuk wanita dan lelaki anda pasti akan
teruja dengan apa yang mereka mampu tawarkan.Layari website mereka sekarang
dan lihat apa yang mereka mampu tawarkan. Dengan pelbagai tawaran hebat dengan
diskaun menarik pastinya akan dapat menarik perhatian anda!
Semoga kalian kelihatan cun dan handsome di pagi Raya nanti!
2 Sweet Words:
terus rasa nak bershopping sekarang..hukhukhuk
Post a Comment