Wednesday, June 11, 2014

Beli Kasut Raya 2014 Secara Online!

Assalamualaikum

Bila raya makin dekat ni kita dapat lihat banyak persiapan sudah mula dilakukan, walaupun tak masuk bulan Ramadhan lagi,hehe..tu normal, biasa....Malah rata-rata sudah mula sibuk plan nak mencari perabot baru untuk rumah, baju raya, kuih raya, biskut raya dan macam-macam lagi. Seronok bukan dapat rasai suasana seperti ini? Apatah lagi kalau dapat buat segala jenis persiapan itu bersama keluarga dan teman-teman rapat yang tersayang.

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, kita pasti akan dapat lihat koleksi baju raya terkini. Saban tahun akan ada koleksi terbaru dengan stail yang terkini mengikut arus fesyen semasa. Jika dilihat tahun lepas untuk koleksi baju raya 2013 pasaran didominasi oleh stail baju kurung peplum moden.Namun untuk tahun ini mungkin demam peplum sudah pun reda dan akan digantikan oleh trend yang lain pula.


Untuk Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya pakaian tradisional pastinya akan menjadi pilihan.Antaranya adalah seperti baju kurung moden, jubah moden, baju peplum kurung, kaftan, baju Melayu dan macam-macam lagi. Namun pastinya  penampilan anda tidak akan lengkap tanpa adanya kasut raya untuk dipakai. Bayangkan anda mengunjungi rumah terbuka atau pergi beraya ke rumah sanak saudara dengan hanya berselipar? Pastinya penampilan anda itu tidak akan kena dengan baju raya serba cantik yang dipakai.Hurm...nampak mcm tak kena je kan?hehe.


Mencari kasut raya adakalanya memenatkan jika anda terpaksa berebut dan bersesak-sesak ketika shopping di luar. Malah bagi mereka yang sudah berkeluarga pastinya para ibu dan bapa akan berfikir banyak kali untuk bawa anak-anak kecil ke tempat yang penuh dengan orang ramai seperti itu. Jika anda mahu elakkan situasi seperti ini dan mahu menjimatkan masa serta wang anda, apa kata beli sahaja kasut raya secara online. 
Ini kerana seiring dengan trend online shopping yang semakin popular di Malaysia, anda boleh dapatkan kasut raya pilihan anda dengan membeli secara atas talian. Terdapat banyak website online shopping Malaysia atau blogshop Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis kasut untuk lelaki dan wanita sempena Syawal yang akan datang ini.

Sebagai contoh,Zalora Malaysia,destinasi fesyen online terkini mempunyai koleksi kasut raya yang cukup meluas daripada seleksi baju raya 2014 mereka. Hadir untuk wanita dan lelaki anda pasti akan teruja dengan apa yang mereka mampu tawarkan.Layari website mereka sekarang dan lihat apa yang mereka mampu tawarkan. Dengan pelbagai tawaran hebat dengan diskaun menarik pastinya akan dapat menarik perhatian anda!

Semoga kalian kelihatan cun dan handsome di pagi Raya nanti! 

2 Sweet Words:

Unknown said...

terus rasa nak bershopping sekarang..hukhukhuk

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.