Bismillah
Ramai yang tak sabar nak YM sharekan resepi DIY aiskrim sihat yang YM buat utk Yayan hari tu.Especially,mommies taw...yelah, of course la mommies nak bagi yang terbaik untuk anak-anak kan?since aiskrim yang YM buat tu memang free daripada refined sugar.Plus,boleh "paksa-rela"anak-anak makan buah-buahan tanpa kita paksa-paksa,haha!Bukan senang nak bagi anak makan buah-buahan kalau dia tu memang jenis yang tak suka buah,hihi.Macam yayan ni la..semua buah dia reject kecuali durian,favourite no.1 dia, pastu strawberry dan pisang.Strawberry dan pisang tu pun tgk mood.Kalau dia takde mood, jgn harap dia nak makan,haishhh!
Muka budak ngader dapat eskrem!hihi |
Ok, meh YM share resepi eskrem mudah ni.
Bahan-bahannya :
1. Frozen Banana (buang kulit/potong siap2 pisang tu dan letak kat deep freezer semalaman)
2. Frozen Strawberry (masukkan strawberry ke dlm deep freezer semalaman)
3. Serbuk koko / dark choclate
4. Susu (apa-apa je jenis susu yg jd favourite anak-anak)
Frozen strawberry |
Frozen Banana |
Cara membuatnya :
Masukkan frozen banana,frozen strawberry,dark choclate & susu ke dalam food processor dan blend sampai la lumat jadi mcm aiskrim.Siap!
blend dengan Food Processor |
Owh ye, kalau uols takde food processor camni, boleh guna blender biasa,tapi pastikan blender tu memang boleh blend ice ye coz frozen banana & frozen strawberry tu memang agak keras.Aiskrim ni memang sangat bagus kita bagi kat anak-anak sebab penuh dengan khasiat buah-buahan dan paling penting ibunya sendiri yang buat kan?which is full with TLC,tender,loving and care gitu...Lagi satu,diorang boleh dapat sumber gula daripada buah-buahan bukan daripada gula yang diproses yang ternyata tak elok utk kita.Ibu-ibu boleh pelbagaikan buah-buahan tu ikut selera anak-anak.Maybe berries,apple,dan lain-lain.
Oklah uols.Selamat mencuba!
4 Sweet Words:
Salam singgah...
Nice blog...dah follow blog nie..harap lepas ni sudi follow blog saya pula :)
http://seronoknyermelukis.blogspot.com/
Amboi, sedapnya eskerem yayan. Nak sikit.. ;-)
Awesome.... I nak try gitu.... heheh .. Nampak sedap jer...
salams ayu...wahhh bestnya....kak mieja nak mintak repesi ya...
Post a Comment