Saturday, December 1, 2012

Mengapa Bayi anda Menolak Penyusuan Badan?

Assalamualaikum

 
Apakah itu?
Bayi yang tidak mahu menyusu badan dan bukan berada dalam proses bercerai susu, dikatakan sedang melalui "mogok penyusuan badan". Ini adalah caranya bayi anda memberitahu yang dia mempunyai masalah tertentu. Anda perlu menyiasat untuk mengenal pasti apakah masalah ini.
Apakah puncanya?

Terdapat beberapa sebab bayi anda menolak penyusuan dan yang paling biasa ialah: 

• Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika anda mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.

• Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).

• Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang anda keluarkan apabila dia menggigit buah dada anda.

• Bayi anda mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.

Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.

• Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.

• Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.

• Anda terlalu kerap tidak mengindahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu.

• Rutin bayi anda telah terganggu sebab anda berpindah rumah atau anda kembali bekerja.

• Bayi berpisah dari anda untuk jangkamasa panjang yang luar biasa.

Antara sebab lain termasuk kesensitifan terhadap makanan atau kesensitifan terhadap susu badan atau alahan, atau kesensitifan terhadap krim atau produk wangi yang disapukan pada buah dada atau sekitarnya, atau mungkin telah berlaku perubahan dalam rasa susu anda. Perubahan ini boleh disebabkan oleh ubat, atau makanan tertentu, atau kedatangan haid atau mungkin anda telah hamil sekali lagi. 


Semoga artikel ni mampu membantu Ibu-Ibu yang lain. (^___^)

Susu badan anda menyusut??Mahukan MILK BOOSTER??? 
Dapatkan Alfalfa Shaklee skrg!
Alfalfa Shaklee yg terbukti mampu menambahkan susu badan
Maklumat lanjut, hubungi YM ye...

   

6 Sweet Words:

Riena Haiqal said...

terima kasih YM.. memang sedikit sebanyak membantu saya.. InsyaAllah lahir je anak kedua ni saya nak bg breastfeeding terus..

Miss N™ said...

bagus untuk yg mahu BF baby.

Si Matatajam said...

Nice sharing YM..
P/s: Maaf yea YM..M baru ingat nak alfalfa tu bila bukak FB tadi..M jarang bukak FB sb tu terlupa M janji nk beli..Maaf sesangat..kalau skang mesti dah x dpt harga tu dah kan..hu hu,,

ida =) said...

nice sharing YM!

boni kacak said...

wah..banyak juga sebabnya juga ye..

Deq's Qienz said...

sy pon sempt myusu qhayra beberapa miggu je..pastu dia taknak..coz susu tak banyak.for 2nd baby nt mmg berazam nk kasi susu ibu sepenuhnya,insyAllah :) kim salam yayan ya :)