Wednesday, October 24, 2012

Aku ada Allah!

With the name of Allah, most glorious and merciful

Dear fren,

Terima kasih kerana ingin MENJATUHKAN aku. Pada mulanya aku terima berita itu, aku rasa sangat sedih, kecewa, marah, benci, geram.Yes, aku manusia.Aku lemah. Aku punya perasaan.Aku bukan robot.

Kau sendiri tahu kisah aku. Kisah aku yang keluar masuk suratkhabar memohon simpati untuk menampung kos pembedahan jantung anakku. Kau sendiri pernah menghulurkan bantuan buat aku. Tapi, mungkin kau salah anggap pada aku, yang mana perkara tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan aku.So, mungkin bagi kau itu tindakan yang paling baik  untuk membalas kejahatan aku (pada firasat kau).

Aku sedih. Sedih sangat. Aku sangat-sangat memerlukan RM50K menjelang 2014 untuk pembedahan terakhir anakku, kau tahu itu. Tapi, kau cuba menabur pasir dalam periuk nasi aku. Menjatuhkan aku dengan harapan kau mampu tersenyum sekiranya aku gulung tikar.Yess, itu mungkin harapan terbesar kau melakukan ini.

Aku jadi tidak tenang. Hatiku terasa disiat2, lebih2 lagi bila teringatkan anakku, Yayan.Pada siapa harus ku mengadu??Siapa yang terbaik untuk aku sandarkan semua kesedihan dan kekecewaan ini????

Allah swt!Alllah azza wajjalla!!Ya!Turn to Allah!

Lalu aku mengadu pada Allah.Hati aku jadi tenang.Hati aku jadi kuat.Malah lebih kuat daripada sebelum ini!Aku mampu berlapang dada dengan apa yang terjadi. Ini dugaan daripada Allah. Kau hanya didatangkan untuk menguji aku. Menguji sejauh mana kesabaran aku. Menguji sejauh mana aku mampu menukarkan yang negatif itu kepada yang sangat positif. Menguji aku untuk menjadikan aku insan yang sangat tabah dan bakal menjadi contoh pada orang lain yang ingin berjaya.

Satu perkara yang aku sedari, aku tidak perlukan orang-orang yang membawa perkara-perkara negatif dalam hidup aku. Aku hanya membuang masa dan tenaga utk kuhabiskan memikirkan orang2 yang mengecas Cas Negatif dalam diri aku.

Aku perlu bangkit!Yess, aku perlu POSITIF!~

Teman, aku maafkan kau.aku maafkan kau supaya aku rasa lebih tenang.

10 Sweet Words:

Mrs Velentine said...

kenapa ni Kak??kak hari tue kak ada buat entry pasal produk shaklee yg bikin buang lemak kan?berapa RM..

Miss N™ said...

Sabar byk2 ye kak..
siapalah manusia yg tidak punya hati dan perasaan tu..

nur nak akak kuat demi yayan..!
Jadikan setiap kata2 negatif sebagai smangat untuk akak terus maju..dan maju..

Pedulikan semua.. dan jgn putus doa..

akak, ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Mendengar...

InsyaALLAH..stiap apa yg terjadi, pasti ada hikmah buat akak dan balasan yg setipal buat org yg dgki dgn akak..

Kuat ye akak sayang..!

Unknown said...

allah bagi ujian .sebab allah sayang. sabar ye kak. ada hikmah di sebaliknya.

nurbijen said...

Be strong YM!
So true, bila ingat Allah sentiasa bersama kita, hati jadi tenang :)

Deq's Qienz said...

Knapa kak??sabaq yer ujian semua tuh utk mguji keimanan kite.

boni kacak said...

Ym.sabar tau.. ni semua dugaan2 untuk menguji YM..saya yakin YM tabah dan kuat..sebab saya kenal YM.. YM tak lemah untuk terus tunduk pada sesuatu dugaan tu..sebab YM seorang pejuang, yang akan berjuang hingga ke akhirnya..saya yakin sangat2 dengan YM..saya akan terus terusan menyokong YM.. InsyaAllah..

Deru Ombak said...

Ayu.. Be strong. I don't want to promise anything.. But I will try to figure it out to help Yayan..

Smile Ayu.. Smile!!!

Leena said...

Semoga hasrat seorang ibu terlaksana dengan izin-Nya.

Unknown said...

Dear, be strong..!
Ramai yg sokong Siti tau, so pedulikan kata-kata yg negatif tu.
Wish i was by your side..

Allah Maha Mengetahui..!

Riena Haiqal said...

YM jangan mengalah kerana ujian macam ni.. kena kuatkan semangat ya... jangan pedulikan orang macam ni.. maafkan saja dia.. smoga suatu hari nanti dapat merasa apa yang YM rasa...jangan patah semangat ya YM.. betul tu kita ada Allah.. Allah pasti melindungi YM demi Yayan...ingat Yayan ya YM