Friday, October 5, 2012

Rezeki itu Bukan Semuanya Milik Kita!

Assalamualaikum

Cerita ni sangat menarik perhatian YM.YM rasa terpanggil utk share dengan all my readers. Semoga memberi manfaat utk semua.

Kisah Pengajaran untuk kita

Rasanya semua org di Msia pernah terserempak dgn saudara seperti ini. I watched from inside McD's play place, saudara ni mengetuk BMW, Merc, Camry dan kereta2 mewah sewaktu dengannya yg beratur di Drive thru. SATU JAM berlalu, matahari maki perit, tak sorang pun sudi beli.

Setelah pasang niat moga diberi kesempatan untuk membantu saudara ni sekadar yg mampu, I sear
ched for him on my way out but couldn't find. Surprisingly he was near my car (on the other side of the drive thru lane) when I wanted to go home.

Kami berbual ringan, sambil diri ini terkial2 meletakkan anaqi di car seat, dan makanan tak habis McD di kaki seat. Dia terkejut sy boleh ckp kelantan,biarpun sy bukan dari kelantan.Keropok RM20/packet,kalau beli dua RM35 katanya.Sementara sy membuka purse nak keluarkan RM35, saudara ni sempat memberi nasihat, yg 'anak itu harto Allah bagi kat kito, keno jago memolek'. Dia mintak maaf bukan niat nak beri ceramah, sy kata tak perlu minta maaf, kita kena saling mengingatkan. Sy tanya abang ada anak? Anaknya 3 org di kampung. Dia merantau mencari rezeki.

Bila sy bgtau sy nk beli 2 paket, dia tunduk mencari2, sy perasan bajunya dah byk bertampal2. Kain jubahnya lusuh sekali. Maaf ckp, kalau dirumah sy dah jadi kain buruk. Hati ni tersentuh sgt2. Tetiba teringat Rasulullah saw, dan para sahabah. Agaknya mcm ni lah pakaian mereka (Sayidina Umar diriwayatkan ada 14 tampalan di bajunya). Sy melihat dlm purse, ada duit RM50 sekeping. Sy beri padanya, dan bila dia nak bagi balance sy kata 'tak po lah abe, sedeqah sayo untuk anok2 abe.'

Dia terduduk. Terus sebak teresak2. Sy tergamam. Passerby started staring. Dalam sedu dia kata 'timo kasihlah dik. susohnyo nok cari rezeki untuk anok2...make minum pun tak tentu'...sebak sendunya makin kuat...Allah sj yg tahu apa yg dia rasa. Berejam di tgh panas, minta belas org2 berada yg duduk dlm kereta aircond, tak sorang pun sudi membantu. Bukan minta sedekah, dia ikhtiar sekadar kemampuan dia.


Sy cuba beri seidikit peringatan buat dia dan diri sy. 'Jange sedih abe.Kito ado Allah, tak po lah kito miskin didunio pong, yg penting akhirat kito kayo. Biarlah kok oghre nok kato lagu mano pong, asalke Allah tok hino kito...sabar deh...Allah ado...cukuplah Allah buat kita abe...HasbiaAllah'

Dia masih sebak, sy tak tahan terus masuk kereta dan menangis sepuas2nya dlm kereta.

Anak2ku Amirul Shaqil Azmir & Shireen Ara Alyssa, kalau jumpa saudara kita yg berusaha keras mencari rezeki mcm pakcik ni, bantulah sekadar mampu. Biarpun kita tak makan keropok yg dia jual, boleh je sedekahkan kat jiran ke, saudara mara ke, pak guard ke, hatta tol booth operator pun kita boleh bersedekah (kalau dah tak suka apa yg dijual). Tak makan bukan alasan untuk tidak membantu. Janji kita bantu pulihkan semangat yg menjual, untuk berusaha lagi mencari rezeki dgn cara yg halal. RM10-20 is nothing to us, but it could mean with or without rice for the day for them. Rezeki Allah bg untuk kita agih2kan, bukan untuk disimpan sampai jadi gunung.

Berkongsi cerita bukan nak bermegah dgn RM15 yg sy sedekah, tapi untuk membuka mata hati diri ini 7 yg sudi membaca. Semoga Allah jauhkan diri ini, anak2, suami & semua umat dari sifat ujub & riak. Wallahua'lam.
******************************************************* 
Lepas YM baca ni FB, YM baca komen-komen org mengenai cerita ni.Most of them bersetuju dengan writer ni, tapi tak kurang jugak bercerita mengenai kes-kes penipuan segalanya.Bagi YM, senang je, YM pernah juga share dengan kawan-kawan sebelum ni yang dalam bersedekah ni cukup la kalau kita bersangka baik.Samada org tu tipu atau ape, kita serahkan pada Allah.Apa yang penting, kita telahpun berkongsi rezeki yang mana sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa itu rezeki kepunyaannya.

Wallahualam

7 Sweet Words:

Miss N™ said...

betul tu YM, xkisahlah siapapun dia, bersedekahlah dengan ikhlas..

sebak baca kisah ni..

Mrs Velentine said...

tak kisah di anak tipu @ tak.tp kalau sya mmg akan bagi..urusan tipu @ tak itu antra dia dengan Allah jer,

Riena Haiqal said...

sedih pulak saya baca kisah ni.. rezeki yang dia cari halal sebab dia tak minta sedekah.. dia menjual kerepek.. tak salah.. sekurang2 nya kita bantula dia.. apa salahnya kita beli.. kita hanya perlu bersangka baik dan ikhlas.

boni kacak said...

tak semua orang bertuah memiliki hidup yang sederhana dan mewah... bagi saya pula, orang yang menjual keropok ni bukanlah pengemis.. kerana mereka jua mencari rezeki dengan cara halal.. mereka berniaga.. dan kita boleh nampak betapa bersungguh2nya mereka mencari rezeki demi sesuap nasi untuk keluarga.. ramai yang memandang serong orang2 sebegini.. bagi saya, orang2 yang memandang serong macam ni pula orang yang tak pernah bersyukur dengan rezeki diberikanNya.. bila Allah tarik balik nikmat yang ada tu, baru mereka akan merasa betapa peritnya hendak mencari rezeki dan sesuap nasi untuk keluarga dan juga diri sendiri..

Nur-nba said...

Sebak bila membaca kisah ni.. Moga kita tidak berkira dan sentiasa membantu insan yang memerlukan.

sal ya said...

baca kisah ni kat fb. niat kita bersedekah tapi kalau dia dah buat benda lain itu diluar pengetahuan kita kan? urusan dia dgn allah pulak la.

Anonymous said...

I always appreciate a great article or piece of writing. Thanks for the contribution.