Thursday, October 11, 2012

Wanita yang sangat Baik hati!

Assalamualaikum

Pagi ni, YM agak terkejut bila terpandang akaun YM.Eh!ni duit datang dari mana pulak ni, setahu YM, akaun YM ni memang selalu je kosong, ada isi bila dapat gaji je, huhu.Yelah,YM mmg ada masalah kewangan, kalian pun tahu, masih banyak lagi yang perlu YM langsaikan selepas 3 pembedahan jantung Yayan. Ditambah lagi dengan pengisian tabung jantung Yayan yang kadang2 ada, kadang2 tiada.


So, bila tetiba je akaun personal YM ber'isi' memang dapat trace dengan cepat.I thot ada customer masukkan payment.Then, bila YM tengok history, ya Allah....subhanallah! dia lagi.... :( Laju je menitik airmata YM.

Dia YM kenali dengan nama Kak Inah sahaja.YM kenal pun melalui this blog.YM cuma kenal namanya je, itu sahaja info yang YM ada.Belum pernah bercakap melalui fon apatah lagi bersua muka!Perkenalan kami hanyalah melalui email yang dia hantar. Dia kata,dia simpati pada Yayan dan ingin menghulurkan bantuan yang termampu pada Yayan.Pada mulanya, YM rasa seperti tidak perlu sebab kalian pun tahu sebelum ni YM memang enggan mendedahkan akaun no.YM.takut2 kalau disalahertikan oleh pihak lain.Tapi, Pada waktu tu,sudah berbulan-bulan Tabung Jantung Yayan YM tak mampu isi disebabkan kekangan kewangan.YM memang sangat stress dan sedih.So, dia la org pertama yang YM kongsikan no akaun YM.  


Kak Inah Minta YM tak dedahkan Nama sebenar beliau...YM respect keputusan kak Inah, (^_^)
Syukur alhamdulillah, wanita yang sangat baik hati menghadiahkan sesuatu untuk Yayan. Ini adalah amanah yang perlu YM pegang utk YM salurkan pada Tabung Jantung Yayan.YM hantarkan email untuk ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada dia. Ini jawapan daripada dia...

Saya cuma share rezeki yang Allah SWT bagi pada saya, ari ni ari kamu, mana tau esok lusa ari saya pula kan?mungkin yang dapat saya tolong tidaklah banyak, tapi insyaallah, sy cuba bantu sedikit setiap bulan dari gaji saya. Saya berdoa sgt2 semoga baby yayan cepat sembuh seperti kanak2 lain dan semoga tabung perubatan untuk baby yayan cepat terkumpul. kita sama-sama doa ya! dan semoga kamu akan terus kuat  ok?kamu mesti kuat k?

salam sayang dr auntie utk baby Yayan!

Masa ni YM sangat-sangat sebak. Dalam hati tak henti2 berdoa untuk wanita yang sangat baik hati ini!Ya Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk wanita ini, amin...amin...

dan, bulan ini....dia masukkan lagi untuk Tabung Yayan.YM betul2 speechless!wanita ini memang benar-benar berjiwa dermawan. Bagi kalian, mungkin jumlah ini kecil.Tapi, bagi kami jumlah ini sangat besar!Bukannya mudah untuk menghulurkan sesuatu apatah lagi duit pada org yang tidak dikenali.

Tapi YM percaya, mereka yang berjiwa bersih,Allah jauhkan segala prasangka,Allah hiaskan dengan rasa kasih dan sayang sebab tu mereka yang dermawan ni memberi tanpa ada tapi, dan tapi... 

YM sangat-sangat respect pada Kak Inah. Thanks a lot dear!Ingin YM khabarkan satu dunia bahawa Kak Inah memang sangat baik hati!Semoga Allah kurniakan rezeki yang berlipatkali ganda buat Kak Inah, dunia dan akhirat.Amin...amin...

Maaflah kawan-kawan, readers blog ni, kalau lately YM banyak upload cerita pasal Produk Shaklee.YM perlu berusaha sesuatu untuk Yayan.YM percaya pada keberkesanan produk ni dan YM yakin YM boleh mengisi Tabung Jantung Yayan melalui produk ini. YM niatkan semuanya untuk Yayan.Insyaallah, semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Doakan YM ya!

Salam Sayang,
Yayansmum

10 Sweet Words:

Mrs Velentine said...

wanita yang berhati mulia

mama aryan said...

salam YM..sedih akak baca cerita ni,baru hari ni terbaca blog ni.
sungguh mulia hati Zharinah tu,moga Allah terus murahkan rezeki beliau

emarieys said...

Syukur Alhamdulillah.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum Ym.
subhanallah, ada juga insan mulia sebegini. tergerak hati nak tolong yayan. sheila doakan lebih banyak insan diluar sana akan tlg yayan dan keluarga kumpul dana untuk next operation.

Amin :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mulianya hati dia..wani yg baca ni pun terasa sebak....

SyaNa said...

mulia sgt wanita tu :-)
insya Allah ada rezeki utk yayan

Chic Na said...

Alhamdulillah. moga murah rezeki dia yg baik hati tu.

Zie Madini said...

sgt sgttt mulia hati dia, YM. sebak plak zie baca. semoga ALLAH SWT melimpahkan lebih byk rezeki buat dia

Riena Haiqal said...

sgt2 berhati mulia wnaita ni.. semoga dia mendapat keberkatan dari Allah.. sangat2 mulia.. tersentuh pulak hati ni

Miss N™ said...

moga wanita itu sentiasa di lindungi dan dirahmati ALLAH selalu...!

baik sungguh diakan YM..